Kisah Adzim Berjaya Bina Side Income Kedua Hanya Dengan Secondhand Vending Machine Dari 1 Unit Ke 5 Unit – Pandai Ambil Peluang
Kisah Adzim antara yang menarik untuk dikongsi. Adzim merupakan adik ipar saya sendiri. Beliau sudah ada perniagaan kantin, tapi tetap mencari peluang pendapatan kedua.
Pada tahun 2020, semasa pandemik COVID-19 bermula, kami dapat satu tawaran menarik — sebuah syarikat vending machine yang dah tak beroperasi mahu jual mesin pada harga yang sangat rendah. Adzim nampak peluang, dan terus ambil beberapa unit.









