Kisah Saya Beli Secondhand Vending Machine RM35,000 Kepada RM5,000 Je

Bisnes vending machine _Fahzal Shahrel

Kisah ni berlaku lebih kurang 7 ke 8 tahun lepas.

Waktu tu saya baru nak berjinak-jinak dalam dunia vending machine, jadi saya mula cari mesin secondhand yang dijual atas talian. Seperti biasa, platform yang paling popular waktu tu — mudah.my.

Dan di sinilah bermulanya satu kisah yang membuka mata saya sampai ke hari ini…


Terjumpa Iklan Vending Machine 30 Selection Harga RM5,000

Saya terjumpa satu iklan. Ada seorang brader nak jual vending machine jenis can 30 selection dengan harga RM5,000 sahaja.

Pada waktu tu, harga pasaran untuk mesin seperti itu adalah antara RM8,000 hingga RM10,000. Jadi saya tertanya-tanya:

“Kenapa murah sangat ni? Ada masalah ke?”

Tanpa buang masa, saya pun terus hubungi si penjual dan set jumpa terus di lokasi mesin tu berada.


“Kenapa Bro Nak Jual Murah Sangat?”

Saya terus tanya brader tu:

“Bro, kenapa jual murah sangat ni? Mesin OK ke?”

Muka dia nampak macam kecewa… lepas tu dia tunjuk saya satu invoice.

Terkejut saya — dalam invoice tu tertulis harga mesin tu ialah RM35,000!

“Ni harga saya beli dulu,” katanya.


Rupanya Kena Scam Waktu Seminar

Rupa-rupanya, brader ni pernah hadir satu event/seminar yang promote bisnes vending machine. Dalam seminar tu, pembekal tunjuk gambar hasil kutipan yang “wow”, siap cerita lokasi-lokasi yang kononnya tengah buat duit hari-hari.

Disebabkan terlalu teruja dan yakin dengan apa yang ditunjukkan, dia pun buat keputusan beli tanpa fikir panjang, guna duit sendiri.


Mesin Dapat, Tapi Lokasi Sendu

Selepas beberapa lama, mesin tu pun sampai. Tapi bila tengok lokasi sebenar — hampa.

  • Tak ramai orang lalu lalang

  • Lokasi macam tersorok

  • Mesin ditutup separuh dari pandangan

Bila kutipan dibuat selepas sebulan dua, hasil memang jauh dari anggaran asal. Tak cukup pun nak bayar sewa bulanan.


Mintak Relocate – Tapi Lokasi Lagi Teruk

Brader tu minta pihak pembekal tukar lokasi sebab tak boleh cover kos langsung. Ya, pihak pembekal relocate — tapi lokasi baru lebih teruk dari yang lama.

Katanya, kawasan tu memang jarang orang lalu. Bila saya sendiri tengok… memang betul.


Akhirnya, Dia Nak Lepaskan Beban

Selepas beberapa bulan cuba bertahan, akhirnya brader tu ambil keputusan untuk let go vending machine tu. Katanya, dia dah tak sanggup nak fikir pasal benda ni.

Dan saya pun beli dengan harga RM5,000 sahaja.


Apa Yang Saya Belajar Dari Kisah Ni?

1. Harga Murah Tak Semestinya Mesin Rosak

Ramai ingat mesin secondhand yang murah mesti sebab rosak. Tapi dalam banyak kes, penjual cuma nak lepaskan beban yang dia tak mampu urus. Mesin masih elok – tapi lokasi, kutipan, atau pengurusan yang bermasalah.

2. Jangan Percaya 100% Gambar & Janji Seminar

Kutipan RM2,000–RM5,000 sebulan memang boleh jadi realiti. Tapi bukan semua lokasi akan dapat macam tu. Jangan buat keputusan hanya kerana teruja dengan angka.

3. Lokasi Adalah Segalanya

Kalau mesin power sekalipun, tapi letak di lokasi yang sendu — hasil tetap mengecewakan. Lokasi lebih penting daripada jenis mesin.

4. Ramai Yang Nak Jual Bukan Sebab Mesin Rosak

Kadang-kadang orang jual mesin sebab:

  • Letih nak urus

  • Tak sanggup tanggung sewa

  • Dapat lokasi yang tak perform

  • Atau dikecewakan oleh pihak pembekal

Ini peluang untuk kita beli mesin secondhand dengan harga rendah — kalau tahu nilai sebenar mesin tu.


Kesimpulan

Dulu saya pernah beli vending machine secondhand yang asalnya dijual pada harga RM35,000 — tapi saya berjaya dapatkan dengan hanya RM5,000 sahaja.

Untung? Ya. Tapi lebih dari tu, saya belajar sesuatu yang jauh lebih penting:

👉 Jangan beli sebab teruja. Beli sebab anda tahu apa yang anda buat.
👉 Jangan percaya 100% pada pembekal, gambar, atau seminar.
👉 Buat semakan sendiri. Tanya, tengok lokasi, check mesin.

Dan yang paling penting…

📌 Kadang-kadang kegagalan orang lain boleh jadi peluang terbaik kita.


📘 Nak mula dengan langkah yang betul?
👉 Layari: www.rakanvending.com


 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top