
Ramai yang cuba ceburi perniagaan vending machine, tetapi tidak semua dapat bertahan lama. Ada yang putus asa selepas beberapa bulan, ada juga yang kecewa selepas berdepan masalah mesin atau lokasi. Namun alhamdulillah, saya telah berkecimpung dalam industri ini lebih 10 tahun — dan masih terus berkembang.
Berikut adalah sebab kenapa saya boleh kekal dalam perniagaan vending machine melebihi sedekad:
1. Saya Mulakan Dengan Ilmu & Tindakan
Saya tidak tunggu semuanya sempurna. Saya belajar sambil buat. Dari satu mesin, saya belajar cari lokasi, baiki sendiri, urus kutipan, dan fahami aliran tunai. Tindakan pertama adalah pemangkin utama.
2. Saya Fokus Pada Servis, Bukan Sekadar Untung
Ramai hanya fikir pasang mesin, duit masuk. Tapi saya pastikan pelanggan selesa guna mesin saya — bersih, tak rosak, dan mudah digunakan. Bila pelanggan puas hati, lokasi pun sayang mesin kita.
3. Saya Konsisten Jaga Mesin & Lokasi
Saya jadualkan servis, pantau hasil, dan kekalkan hubungan baik dengan pemilik lokasi. Mesin yang dijaga dengan baik lebih tahan lama dan beri pulangan konsisten.
4. Saya Ulang Apa Yang Berhasil
Saya catat strategi yang berjaya — lokasi jenis apa yang laku, waktu kutipan terbaik, corak penggunaan mesin. Saya gandakan strategi yang berkesan.
5. Saya Siap Sedia Hadapi Masalah
Dalam 10 tahun, saya pernah alami mesin rosak teruk, kena curi, tempat tak sesuai, duit tersangkut dan pelbagai cabaran. Tapi saya tak berhenti. Saya anggap semua itu kos belajar.
6. Saya Bangunkan Sistem & SOP Sendiri
Saya guna sistem untuk rekod kutipan, susun lokasi, dan pantau prestasi. Ini bantu saya kawal banyak mesin serentak tanpa pening kepala.
Saya juga cuba rangka satu set SOP (Standard Operating Procedure) khusus untuk setiap aspek operasi — dari servis mingguan, pemantauan kerosakan, kutipan wang, susun stok, komunikasi dengan pemilik lokasi hingga ke laporan bulanan. SOP ini penting supaya setiap urusan berjalan lancar dan teratur.
7. Saya Tak Kedekut Kongsi Ilmu
Saya percaya bila kita bantu orang lain berjaya, kita juga akan berjaya. Saya kerap kongsi ilmu di blog saya di fahzalshahrel.com. Dari situ saya bina rangkaian dan peluang baru.
8. Saya Ada Niat Yang Besar
Saya bukan sekadar nak duit. Saya nak bantu lebih ramai jana pendapatan. Saya nak ubah hidup keluarga saya. Bila niat kuat, kita lebih bertahan bila diuji.
Saya seorang yang mementingkan matlamat yang besar dan tinggi. Bila kita ada impian dan cita-cita yang jelas, itulah yang akan menggerakkan kita untuk bertindak dan berusaha mencapainya. Saya sentiasa tulis apa yang saya nak capai — kerana saya percaya, apa yang kita tulis, apa yang kita rasa… itu semua adalah doa.
9. Saya Belajar Dari Kesilapan
Saya juga banyak belajar daripada kesilapan. Setiap kali tersilap langkah, saya jadikan ia sebagai pengajaran untuk perbaiki strategi dan bertindak dengan lebih bijak. Kesilapan adalah guru paling jujur dalam bisnes.
Penutup
Bertahan 10 tahun dalam perniagaan vending machine bukan kebetulan. Ia datang dari ilmu, tindakan, konsistensi dan matlamat yang jelas.
➡️ Nak tahu bagaimana anda juga boleh bina perniagaan vending machine yang bertahan lama? Layari: Lebih 11 Tahun Hidup Dengan Pasif Income atau baca kisah sebenar saya di sini: Dari 2 ke 70 Lokasi
