
📌 Pengenalan
Bisnes vending machine semakin mendapat perhatian ramai — dari golongan pekerja tetap, usahawan sambilan hinggalah pelabur pasif. Dengan operasi automatik 24 jam dan tanpa perlukan staf, ia adalah antara model bisnes paling mudah untuk menjana side income.
Tapi persoalan paling biasa ditanya ialah:
👉 “Berapa harga vending machine sebenarnya?”
👉 “Saya ada bajet RM5,000 ke RM10,000 — cukup ke nak mula?”
Dalam artikel ini, kami kongsikan harga vending machine terkini, serta panduan lengkap untuk anda mula langkah pertama dengan yakin.
💰 Harga Vending Machine Terkini (Anggaran Terkini)
Terdapat pelbagai jenis mesin layan diri di pasaran — setiap satu berbeza dari segi fungsi, harga dan keuntungan. Berikut adalah anggaran harga semasa:
| Jenis Mesin | Harga Anggaran | Status |
|---|---|---|
| Mesin Minuman Baru | RM10,000 – RM15,000 | Baru, sistem pintar |
| Mesin Minuman Refurbished | RM6,000 – RM8,000 | Jimat, sesuai untuk beginner |
| Mesin Kerusi Urut Refurbished | RM5,000 – RM7,000 | Sentiasa mendapat permintaan konsisten |
| Mesin Kerusi Urut Baru | RM9,000 – RM13,000 | Premium & tahan lama |
| Mesin Snek + Minuman | RM12,000 – RM18,000 | Lebih kompleks |
| Mesin Layan Diri Pelbagai | RM7,000 – RM18,000 | Niche market |
| Mesin Kiddy Ride | RM3,000 – RM6,000 | Hiburan kanak-kanak |
| Mesin Sabun Layan Diri | RM4,000 – RM7,000 | Mudah & praktikal |
| Mesin Dobi Layan Diri | RM100,000 – RM500,000 | Modal besar, pulangan stabil |


Mesin Minuman Baru
💸 Harga: RM10,000 – RM15,000
🔧 Pemantauan: Sistem cloud, boleh pantau jarak jauh
📍 Lokasi sesuai: Hospital, universiti, stesen LRT
🛠️ Maintenance: Berkala, 1–2 kali sebulan
📲 Sokongan: Bayaran tunai & tanpa tunai (e-wallet


Mesin Minuman Refurbished
💸 Harga: RM6,000 – RM8,000
🔧 Pemantauan: Manual atau semi-automatik
📍 Lokasi sesuai: Kilang, apartment, kedai dobi
🛠️ Maintenance: Asas, boleh buat sendiri atau guna bantuan teknikal
✅ Sesuai untuk pemula dengan bajet rendah


Mesin Kerusi Urut Refurbished
💸 Harga: RM5,000 – RM7,000
🔧 Pemantauan: Manual, berkala
📍 Lokasi sesuai: Klinik, apartment, pasar raya, tempat menunggu
🛠️ Maintenance: Ringan – lap dan semak sistem 1–2 kali sebulan
💡 ROI pantas, permintaan tinggi


Mesin Kerusi Urut Baru
💸 Harga: RM9,000 – RM13,000
🔧 Pemantauan: Sistem digital dengan sokongan alert penyelenggaraan
📍 Lokasi sesuai: Lapangan terbang, hotel, pusat beli-belah eksklusif
🛠️ Maintenance: Berkala, lebih konsisten kerana penggunaan tinggi
🛋️ Reka bentuk moden & pengalaman pengguna lebih selesa


Mesin Snek + Minuman (Combo)
💸 Harga: RM12,000 – RM18,000
🔧 Pemantauan: Digital, sesuai untuk kawal pelbagai produk
📍 Lokasi sesuai: Pejabat, kolej, pusat tuisyen
🛠️ Maintenance: Lebih kompleks dari mesin biasa, tapi berbaloi di lokasi trafik tinggi
🍫 Produk pelbagai tarik lebih ramai penggun


Mesin Layan Diri Pelbagai (Mainan, Produk Kesihatan dan Lain-lain)
💸 Harga: RM7,000 – RM18,000
🔧 Pemantauan: Manual, fokus pada stok
📍 Lokasi sesuai: Gym, pusat kesihatan, farmasi, surau besar
🛠️ Maintenance: Mingguan, pastikan bersih & berfungsi baik
🧴 Produk seperti sanitizer, mask, vitamin — niche tapi stabil
Mesin ini hampir sama dengan Mesin Snek + Minuman (Combo) tetapi tidak dilengkapi ciri penyejukan seperti ‘chiller’ atau ‘freezer’, menjadikannya lebih sesuai untuk produk kering atau tidak sensitif suhu.


Mesin Kiddy Ride
💸 Harga: RM3,000 – RM6,000
🔧 Pemantauan: Manual atau dengan sistem token
📍 Lokasi sesuai: Mall, kedai runcit, restoran mesra keluarga
🛠️ Maintenance: Perlu pelinciran dan servis asas bulanan
🎠 Hiburan untuk kanak-kanak, sesuai untuk kawasan keluarga


Mesin Sabun Layan Diri
💸 Harga: RM4,000 – RM7,000
🔧 Pemantauan: Manual atau sistem kiraan automatik
📍 Lokasi sesuai: Kedai dobi, surau, pasar malam
🛠️ Maintenance: Isi semula sabun & pembersihan luar mesin mingguan
🧼 Produk harian dengan permintaan konsisten


Mesin Dobi Layan Diri
💸 Harga: RM100,000 – RM500,000
🔧 Pemantauan: Digital sepenuhnya dengan apps & notifikasi status mesin
📍 Lokasi sesuai: Apartment, kawasan pelajar, taman perumahan padat
🛠️ Maintenance: Profesional – berkala dan perlu teknikal
🧺 Modal lebih besar, tapi potensi pendapatan tinggi & stabil
🔍 Nota: Harga boleh berubah ikut kondisi, jenama, dan fungsi mesin. Mesin refurbished sangat sesuai untuk pemula kerana lebih rendah risiko.
📍 Lokasi: Faktor Penting Selepas Harga
Jangan hanya fokus pada harga mesin — lokasi adalah penentu hasil.
Contoh lokasi terbaik:
Apartment/kondominium
Hospital & klinik swasta
Kilang & kawasan industri
Kolej / universiti
R&R atau tempat tumpuan ramai
Mesin murah di lokasi baik > mesin mahal di lokasi mati.
📊 Kiraan Pulangan: ROI & Side Income Anda
Berapakah potensi pendapatan dari satu mesin?
| Lokasi | Jenis Mesin | Kutipan Bulanan (Anggaran) |
| Apartment | Mesin Snek + Minuman (Combo) | RM1,000 – RM3,000 |
| Kilang | Minuman Refurbished | RM1,000 – RM2,500 |
| Universiti | Combo Snacks | RM1,000 – RM2,500 |
| Shopping Mall | Kerusi Urut Layan Diri | RM500 – RM1,000 |
| Car Wash | Kerusi Urut Layan Diri | RM300 – RM800 |
| Kawasan Kedai | Mesin Sabun Layan Diri | RM700 – RM1,600 |
| Tempat Awam (Taman, Terminal) | Kiddy Ride | RM300 – RM1,000 |
ROI (Return on Investment) biasanya antara 6–24 bulan bergantung pada lokasi dan kos permulaan anda.
🔧 Kos Lain Yang Perlu Diambil Kira
Selain harga mesin, anda juga perlu pertimbangkan kos berikut:
Transport & pemasangan: RM200–RM500
Kos refill / stok air: RM500–RM100 sebulan
Caj elektrik: RM30–RM80 sebulan
Kos servis (jika guna pihak ketiga): optional
✅ Siapa Yang Sesuai Mulakan Bisnes Ini?
Bisnes vending machine sangat sesuai untuk:
Kakitangan kerajaan / swasta
Suami isteri yang nak jana pendapatan sampingan
Usahawan part-time
Suri rumah yang ingin pendapatan pasif
Pelabur yang mahu aliran tunai stabil
🚀 Nak Mula Bisnes Dengan Harga Vending Machine Yang Berpatutan & Kurang Pemantauan?
Kami di Rakan Vending sedia bantu anda dari A sampai Z:
✅ Pemantauan minima seminggu sekali
✅ Panduan lokasi & pemasangan untuk bantu anda pilih tempat terbaik
✅ Support selepas jualan untuk pastikan anda tak keseorangan
🌐 Lawati: www.rakanvending.com untuk maklumat lanjut
