

Salah satu kisah yang sangat saya ingat ialah kisah Najmi, seorang pelajar universiti yang beli 2 unit kerusi urut layan diri — bukan untuk suka-suka, tapi untuk tampung kos belajar.
Bermula Umur 19 Tahun, Guna Duit Simpanan Sendiri
Kisah ini berlaku kira-kira 10 tahun lepas. Najmi datang ke stor saya dan beli 2 unit kerusi urut.
Waktu tu umur dia baru 19 tahun. Masih belajar di universiti. Tapi yang buat saya kagum:
Dia guna duit simpanan sendiri, mungkin dari ibu bapa
Dia nampak potensi bisnes vending machine, walaupun baru belasan tahun
Dan paling penting — dia berani cuba
Dapat Lokasi Dalam Kawasan Universiti
Najmi tak tunggu orang cari lokasi untuk dia. Dia sendiri mohon izin untuk letak mesin di dalam kawasan universiti tempat dia belajar.
Selepas lokasi diluluskan, kami bantu untuk hantar dan pasang mesin tersebut di tempat strategik dalam kampus.
2 Unit Cukup Untuk Tampung Kos Belajar
Bayangkan… hanya dengan 2 unit kerusi urut, Najmi berjaya:
✅ Dapat pendapatan tetap bulanan
✅ Tampung semua perbelanjaan belajar di universiti
✅ Kurangkan beban kewangan sebagai pelajar
Beliau kendalikan semuanya sendiri sambil belajar. Itu yang paling mengagumkan saya.
Tamat Belajar, Jual Balik Mesin Dengan Tenang
Selepas tamat pengajian, Najmi hubungi saya dan maklumkan:
“Saya nak jual balik mesin. Saya nak fokus pada kerja lepas ni.”
Bagi saya, ini keputusan yang sangat matang. Beliau capai objektif utama — gunakan vending machine untuk bantu sepanjang tempoh belajar. Bila dah tamat, dia boleh move on dengan tenang.
Pengajaran Dari Kisah Najmi
Umur muda bukan alasan
– Kalau budak 19 tahun pun boleh mula, anda pun boleh.Vending machine boleh bantu pelajar
– Bukan hanya untuk orang dewasa. Jika kena cara dan lokasi, 1–2 unit pun dah cukup bantu kewangan.Berani cuba, berani tanggungjawab
– Najmi tak tunggu cukup ilmu. Dia belajar sambil buat, dan dia sendiri urus semuanya.
Nak Jadi Macam Najmi?
📘 Nak mula dengan langkah bisnes vending machine dengan betul?
👉 Layari: www.rakanvending.com
