
Antara kisah menarik yang saya suka kongsi ialah kisah Tuan Syed, seorang pelanggan saya sekitar 6 tahun lepas.
Waktu itu, beliau datang ke stor saya dan terus beli 5 unit kerusi urut layan diri sebagai permulaan bisnes vending machine beliau.
Bermula Dengan Niat Tambah Pendapatan Untuk Keluarga
Tuan Syed waktu tu masih bekerja makan gaji. Beliau memang tak tahu banyak pasal bisnes mesin layan diri, tapi semangat dan minat beliau sangat tinggi.
Beliau memang serius nak cari pendapatan tambahan untuk bantu keluarga. Walaupun masih baru, beliau bersedia untuk belajar dan ambil tindakan segera.
Saya Nasihat: Cari Lokasi Dulu, Baru Beli Mesin
Macam biasa, saya sarankan untuk cari lokasi dahulu sebelum beli. Tapi apa yang mengejutkan saya — dalam masa beberapa minggu sahaja, Tuan Syed dah dapat semua lokasi untuk 5 unit mesin beliau!
Ini kali pertama saya lihat orang secepat dan setekun ini dapatkan lokasi vending machine.
Cara Tuan Syed Cari Lokasi
Beliau cuma ikut skrip ayat dan proposal ringkas yang saya berikan. Tapi yang membezakan ialah:
Beliau ronda kawasan sekeliling tempat kerja
Contoh: Nampak kedai dobi ➝ ambil nombor telefon hotline ➝ terus call
Kalau tak dapat, beliau whatsapp pula
Pantang nampak peluang — beliau terus usaha
Letak Mesin, Hasil Pertama Dah Setanding Gaji
Selepas dapat lokasi, beliau terus letakkan vending machine (kerusi urut). Hasilnya?
➡️ Dalam masa singkat, 5 unit pertama dah mula berikan pendapatan hampir sama dengan gaji beliau waktu itu.
Pengajaran Dari Kisah Tuan Syed
Tindakan pantas lebih penting dari ilmu yang sempurna
– Beliau tak tunggu tahu semua benda baru mula. Beliau mula dulu, belajar sambil buat.Skrip biasa, tapi tindakan luar biasa
– Ramai dapat skrip, tapi tak ramai guna betul-betul dan follow up seperti beliau.Lokasi boleh dicari — jika anda usaha
– Jangan tunggu pembekal tolong cari. Usaha sendiri boleh dapat lokasi yang baik.
Kalau Tuan Syed yang 0 pengalaman pun boleh buat, anda pun pasti boleh — asalkan mula dengan tindakan. 💪 Kini, Tuan Syed sudah memiliki berbelas unit kerusi urut yang memberikan pendapatan pasif yang konsisten setiap bulan.
📘 Nak jadi macam Tuan Syed? Nak mula dengan langkah bisnes vending machine dengan betul?
👉 Layari: www.rakanvending.com
