Kisah Pelajar Mencipta Vending Machine Dalam Loker

Seorang  pelajar sekolah  mendapat perhatian bukan hanya di sekolahnya, tetapi di media sosial dan ceritanya juga tersebar di seluruh dunia.

Blake Hawkins mencabar dirinya dengan mencipta mesin layan diri di dalam lokernya. Dia menamakannya sabagai Locker Soda. Dengan hanya 75 sen, pelanggan boleh mendapatkan air tin soda daripada Locker soda, Hawkins menyediakan dua pilihan air tin soda, iaitu perisa 7up dan Mountain Dew.

vending machine loker Blake Hawkins menunjukkan vending machine ciptaan beliau di lokernya

Setelah berjaya mencipta vending machine di dalam lokernya, Hawkins memaklumkan beberapa kawan mengenainya dan hanya dalam beberapa jam dia berkata semua orang tahu mengenainya dan dia berjaya menjual enam tin hanya dalam masa yang singkat.

Perkara mengenai ciptaan vending machine Hawkins dalam lokernya tersebar hingga ke pihak pentadbiran sekolah. Salah seorang staff telah pergi ke lokernya dan mengambil gambar, staff tersebut ingin memaklumkan kepada kawan-kawannya.  Hawkins terpaksa menutup vending machine dalam lokernya kerana ia melanggar peraturan sekolah. Dia cuba berbincang dengan bahagian pentadbiran sekolah untuk membolehkannya menjual di sekolah dan wang hasil jualannya dapat disalurkan ke kelab atau program sekolah.

Beliau memasuki peraduan mengenai ciptaan vending machinenya. Untuk mendapatkan lebih banyak undi dia menyiarkannya di website Imgur. Keesokannya, beliau mendapati postnya di Imgur mendapat banyak undian. Dalam masa sehari sahaja, beliau mendapat sehingga 500,000 views mengenai ciptaan beliau. Daily Mail juga telah menyiarkan kisah tentang ciptaan beliau yang telah dikongsi hampir 3,000 orang. The Discovery Channel juga menghubungi beliau untuk menyiarkan kisah beliau.

Kansas-high-school-student-converts-locker-into-soft-drink-vending-machine
“Ia mengejutkan saya dan saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan, saya tidak pernah terfikir saya akan mengalami pengalaman seperti ini,” kata Hawkins.  Hawkins merancang untuk melanjutkan pelajaran ke Wichita State University untuk mengambil kursus kejuruteraan elektrik, beliau juga merancang untuk mempunyai perniagaan sendiri suatu hari nanti mungkin menjual ciptaannya sendiri. Bagi peraduan yang dia sertai, Hawkins adalah salah seorang daripada 36 peserta yang berjaya memasuki peringkat akhir peraduan tersebut.

Semoga dengan perkongsian kali ini memberikan informasi yang berguna untuk anda.

Sumber: http://www.kwch.com

Jika anda ingin kami membantu anda menjalankan perniagaan vending machine atau mesin layan diri, sila layari 👉 www.rakanvending.com

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top