Scam Penjualan Vending Machine

Baru-baru ini berita tv9 telah memaparkan mengenai scam penjualan vending machine ini yang menipu seramai 30 orang dan dipercayai mangsa penipuan adalah jauh lebih ramai.

30 individu yang dipujuk supaya melabur hampir setengah juta ringgit dalam perniagaan mesin minuman layan diri mendakwa mereka ditipu oleh syarikat yang menawarkan perniagaan berkenaan.

Sindiket Mesin Layan Diri Semalam Berita TV9 memaparkan 30 i…Sindiket Mesin Layan Diri

Semalam Berita TV9 memaparkan 30 individu yang berhasrat menjadi usahawan mesin layan diri atau vending machine tetapi akhirnya menanggung kerugian
hampir setengah juta ringgit.

Hasil paparan itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM mendedahkan kepada kami sekumpulan guru di Putrajaya turut diperdaya oleh sindiket mesin layan diri hingga kerugian dialami mencecah RM3 juta.

Wartawan Izzatie Rizan ada laporannya.

Posted by Berita TV9 on Wednesday, August 23, 2017

Mesin entah ke mana, sudahnya mereka menanggung beban hutang dengan bank.

Hasil paparan itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM mendedahkan kepada kami sekumpulan guru di Putrajaya turut diperdaya oleh sindiket mesin layan diri hingga kerugian dialami mencecah RM3 juta.

Pada tahun 2011, mengikut berita yang dipaparkan di utusan, terdapat scam penjualan vending machine yang berjaya ditumpaskan dan dalang utama berjaya diberkas.

Kegiatan penipuan itu dibongkar hasil maklumat yang diperoleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas kira-kira setahun mengumpul bukti dan maklumat daripada kira-kira 1,600 individu yang menjadi mangsa skim berkenaan.

Dalam serbuan semalam, PPIM dengan kerjasama polis memberkas lelaki yang dipercayai salah seorang dalang utama skim penipuan itu ketika memberi ceramah di sebuah hotel.

Pegawai Kerja PPIM, Mustafa Hamzah berkata, dalam serbuan itu juga 30 mangsa penipuan skim tersebut meminta supaya suspek memulangkan semula wang mereka sehingga berlaku pergaduhan kecil.

vending machine scam alert

Suspek akhirnya mengaku bahawa beliau bertanggungjawab serta sedang berusaha untuk memulangkan wang yang dituntut mangsa, dakwanya di sini hari ini.

Mustafa menambah, PPIM kemudiannya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya yang menghantar anggota untuk menahan suspek bagi siasatan lanjut.

Katanya, mangsa dikatakan ditipu supaya membeli beberapa jenis mesin layan diri Matkiosk (mesin serbaguna), Waterdrop (air) dan kiddie ride (alat permainan kanak-kanak).

Menurutnya, modus operandi skim itu adalah dengan menjanjikan keuntungan setiap bulan kepada pelabur yang membeli mesin itu, namun tidak pernah dibayar.

Setiap mesin layan diri itu katanya, dijual dengan harga serendah RM18,000 dengan ada di kalangan pelabur yang membeli beberapa mesin berbeza membabitkan nilai sehingga RM100,000.

Semoga dengan perkongsian kali ini memberikan informasi yang berguna untuk anda.

Sumber: http://www.kwch.com

Jika anda inginkan kami membantu anda dalam menjalankan perniagaan vending machine atau mesin layan diri sila layari www.rakanvending.com

Share the knowledge:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*