Perniagaan mesin layan diri atau vending machine kini semakin popular di Malaysia. Ini kerana model perniagaan ini mudah diuruskan, memerlukan modal rendah, dan berisiko rendah — sesuai untuk mereka yang ingin menjana pendapatan pasif secara konsisten.
Di pasaran, kita boleh lihat pelbagai jenis vending machine seperti:
Mesin air tin
Mesin snek dan makanan ringan
Mesin kopi
Mesin kerusi urut
Dan terkini, mesin layan diri tudung!
Tapi… pernahkah anda terfikir, dari mana datangnya asal-usul vending machine ini?
Asal Usul Mesin Layan Diri: Bermula Seawal 215 Sebelum Masihi

Tahukah anda bahawa vending machine pertama di dunia dicipta seawal tahun 215 Sebelum Masihi? Ia digunakan di sebuah kuil di Alexandria, Mesir Purba untuk menjual air suci.
Pelanggan akan memasukkan lima keping syiling dram, lalu beratnya akan menolak satu bekas di dalam mesin dan air suci akan mengalir keluar. Sangat inovatif walaupun tanpa teknologi moden!
Evolusi Mesin Layan Diri Moden

Paten pertama untuk vending machine moden dicipta pada tahun 1857 oleh Simeon Denham, seorang pencipta dari England. Mesin ini digunakan untuk menjual setem pos secara automatik.
Syarikat gergasi seperti Coca-Cola telah mengembangkan penggunaan vending machine ke tahap luar biasa. Antaranya:
Digunakan untuk memerangi jenayah, apabila staf yang mengisi mesin turut dilatih mengesan aktiviti mencurigakan.
Di Jepun, vending machine digunakan untuk kajian spesies burung terancam seperti Okinawa Rail.
Teknologi Vending Machine Hari Ini

Dalam era digital ini, mesin layan diri pintar semakin mendapat tempat. Beberapa ciri moden termasuk:
Pembayaran tanpa tunai (cashless) melalui QR code, e-wallet dan kad debit/kredit.
Integrasi IoT (Internet of Things) untuk pemantauan prestasi mesin secara real-time.
Reka bentuk lebih kompak & menarik untuk pelbagai lokasi strategik.
Nak Mulakan Bisnes Mesin Layan Diri di Malaysia?
Jika anda ingin mulakan bisnes vending machine, tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula, kami di Rakan Vending sedia membantu anda dari A sampai Z.
Kami menyediakan:
Mesin kerusi urut layan diri (refurbish & berkualiti tinggi)
Panduan lengkap permohonan tapak
Sokongan teknikal & alat ganti
Video tutorial pembaikan
Sistem kutipan tunai & cashless
👉 Layari sekarang: www.rakanvending.com
