
Perniagaan vending machine kelihatan mudah, tetapi hakikatnya memerlukan strategi yang betul untuk menjana keuntungan yang konsisten. Antara faktor paling penting dalam kejayaan bisnes ini adalah lokasi. Ya — lokasi adalah segalanya!
Berikut adalah beberapa strategi penting yang perlu anda tahu:
1. Pilih Lokasi dengan Waktu Operasi Panjang
Pilih tempat yang beroperasi sekurang-kurangnya 12 jam ke atas — lebih baik kalau 24 jam. Kenapa?
➡️ Lebih lama waktu operasi = lebih ramai pelanggan = lebih banyak jualan.
Contoh lokasi:
Stesen minyak
Kawasan rehat & rawat (R&R)
Klinik swasta 24 jam
Pusat beli-belah
2. Pilih Kawasan Orang Menunggu
Kawasan menunggu memberi potensi tinggi kerana orang biasanya bosan dan akan tertarik untuk beli sesuatu.
Contoh:
Hentian bas & stesen LRT
Kaunter perkhidmatan kerajaan
Car wash
Dobi layan diri
3. Pastikan Lokasi Bersih & Selesa
Tempat bersih akan beri persepsi baik kepada pelanggan. Mesin yang bersih = pelanggan lebih yakin untuk guna.
➡️ Elak tempat kotor, berhabuk atau terlalu terpencil.
4. Kawal Kos Sewa Lokasi
Sasaran sewa terbaik: RM100 ke bawah sebulan.
Kos rendah = margin keuntungan tinggi.
Jika lokasi berisiko atau anda tidak pasti trafik pelanggan:
➡️ Gunakan kaedah Profit Sharing – contoh:
Anda dapat 80%, pemilik premis 20%.
✅ Bila anda untung – semua untung
❌ Bila anda rugi – risiko dikongsi bersama
5. Pilih Kawasan Bertutup & Kurang Risiko Vandalisme
Vending machine di tempat terbuka berisiko dirosakkan atau dicuri.
Letak di dalam bangunan, kedai 24 jam, atau kawasan berpagar lebih selamat.
6. Untuk Mesin Indoor: Pilih Kawasan Berhawa Dingin
Khas untuk vending machine seperti:
Kerusi urut
Mini karaoke booth
Mesin snek premium
➡️ Kawasan berhawa dingin memberi keselesaan ➜ pelanggan akan guna mesin lebih lama.
7. Rekod & Nilai Prestasi Mesin
Sentiasa rekod kutipan hasil setiap minggu atau bulan.
Pastikan keuntungan mesin anda sekurang-kurangnya 2x ganda dari kos sewa lokasi.
Contoh:
Kutipan bulanan: RM300
Sewa lokasi: RM100
➡️ Mesin tersebut menguntungkan (3x ganda)
8. Mesin Tak Perform? Tukar Lokasi!
Jangan takut untuk pindahkan mesin jika lokasi sedia ada tak beri pulangan.
➡️ Jangan biar kerugian berterusan.
➡️ Cari tempat baru yang lebih strategik & ramai orang.
Penutup
Perniagaan vending machine memang boleh jana pendapatan pasif — jika kena strategi dan lokasi. Dengan pemilihan tempat yang bijak, pengurusan yang sistematik dan pemantauan berterusan, anda boleh jadikan vending machine sebagai sumber pendapatan jangka panjang.
📌 Berminat nak mula bisnes vending machine?
Kami di Rakan Vending sedia bantu anda dari pemilihan mesin hingga pemasangan dan latihan.
👉 Layari sekarang: www.rakanvending.com
