Jika anda merupakan pemilik vending machine RO water, sudah tentu anda ingin melindungi pelaburan anda dan memastikan mesin berfungsi dengan baik sepanjang masa. Penyelenggaraan yang konsisten bukan sahaja memanjangkan jangka hayat mesin, tetapi juga menjamin kualiti air bersih yang berterusan kepada pelanggan anda.
Berikut adalah 4 tips asas yang boleh anda amalkan:
1. Letakkan Mesin di Lokasi Selamat & Terlindung

Mesin yang diletakkan di bawah kawasan berbumbung atau tertutup lebih tahan lama kerana terlindung dari hujan, panas terik, dan debu. Lokasi yang terlindung juga membuatkan pelanggan lebih selesa untuk mengisi air, terutamanya dalam cuaca tidak menentu.
➡️ Tip tambahan: Elakkan letak mesin dekat longkang terbuka atau kawasan yang terlalu gelap/mencurigakan.
2. Tukar penapis secara berskala

Sistem RO mempunyai beberapa peringkat penapisan yang penting:
Penapis karbon: Tukar apabila ujian klorin menunjukkan tahap tinggi atau rasa air berubah.
Membran RO: Biasanya perlu ditukar setiap 1.5 – 2 tahun, tetapi pastikan buat ujian TDS (Total Dissolved Solids) setiap 6 bulan jika mesin digunakan secara aktif.
➡️ Jadual penukaran penapis yang konsisten = air berkualiti tinggi = pelanggan yang berpuas hati.
3.Pemantauan & penyelenggaraan

Jangan biar mesin tanpa pemeriksaan terlalu lama.
Periksa sekurang-kurangnya seminggu sekali, lebih kerap lebih baik.
Periksa kualiti air, bersihkan bahagian luar mesin, dan kutip duit.
Semak skrin paparan, notis error, dan pastikan semua komponen berjalan lancar.
➡️ Dengan pemantauan kerap, sebarang masalah dapat dikesan awal dan tindakan boleh diambil segera
4. Ketahui Masalah Biasa & Cara Atasinya
Beberapa masalah biasa yang anda perlu tahu:
Duit tidak diterima: Biasanya disebabkan syiling/kertas wang yang kotor. Bersihkan sensor.
Air tidak keluar: Mungkin penapis tersumbat atau pam air bermasalah.
Paparan rosak: Periksa sambungan kuasa dan panel digital.
Belajar menyelesaikan masalah asas sendiri boleh menjimatkan kos technician dan mempercepatkan proses membaiki.
Penutup
Penjagaan vending machine RO water sebenarnya mudah jika anda konsisten dan tahu langkah yang betul. Dengan penyelenggaraan yang teratur, anda bukan sahaja melindungi mesin dan pelaburan, malah boleh menjana pendapatan pasif tanpa banyak masalah.
📌 Nak mulakan bisnes mesin layan diri?
Kami di Rakan Vending sedia membantu anda dari A–Z.
👉Layari sekarang: www.rakanvending.com
