Anda baru nak mulakan perniagaan vending machine, Antara vending machine massage chair dan can vending machine … Mana yang lebih menguntungkan?
Mana satu yang paling win ? Eh..Eh.. ape benda pulak mendalah vending machine massage chair ni? bagi yang tak tahu ape vending massage chair ni boleh tengok dalam link ni www.rakanvending.com
saya just tahu mesin air tin je atau mesin gedegang. Sebenarnya berapa banyak jenis vending machine yang ada jual dipasaran?
Untuk pengetahuan anda, terdapatkan banyak vending machine yang ada di dalam pasaran malaysia antara yang paling popular adalah seperti can vending machine, vending machine massage chair, Coffee vending machine, Wifi vending machine, Self service laundry dan beberapa lagi jenis vending machine yang turut ada dipasaran.
Akan tetapi antara vending machine yang popular dan selalu di sebut2 serta saya sendiri buat adalah vending machine massage chair dan can vending machine. Kedua2 vending machine ni sangat popular dan telah ramai yang telah menjalankan atau mengunakannya sebagai perniagaan sampingan mereka. Saya juga tahu pasti ramai diluar sana yang menpunyai pendapat dan pandangan masing2 bagi kedua2 mesin ini. Bagi saya sendiri, ini adalah pengalaman yang saya kongsikan selama hampir 4 tahun dalam perniagaan vending machine. Dibawah senaraikan sedikit perbandingan antara can vending machine dan vending machine massage chair :-
Keuntungan
Keuntungan bagi kedua2 perniagaan ini sama ada can vending machine atau vending massage chair, kedua2nya bergantung pada lokasi. Lokasi yang Strategik akan menentukan pendapatan bagi sesebuah vending machine.Bagi can vending machine, anda perlu tahu keuntungan bergantung pada bilangan unit air tin yang terjual, semakin banyak bilangan air tin yang terjual, semakin banyak keuntungan yang anda akan perolehi.
Perlu diingatkan juga, bagi can vending machine ia memerlukan anda membeli dan mengumpul stok air tin yang memerlukan anda mengeluarkan modal yang agak tinggi pada permulaan. Jadi, harga dan keuntungan setiap jualan yang dihasilkan dari mesin anda juga perlu disuaikan dengan modal yang di keluarkan. Pastikan margin keuntungan untuk setiap jualan air tin yang dijual boleh menghasilkan keuntungan melebihi 50%. Jika kurang mungkin anda akan menghadapi masalah di kemudian hari kelak nanti.
Manakala bagi vending machine massage chair, hasil keuntungan bergantung pada servis urutan. Semakin banyak bilangan orang ramai yang mengunakan servis urut pada mesin tersebut, semakin banyak keuntungan yang anda akan perolehi. Untuk vending machine massage chair anda tidak perlu memikirkan soal pengurusan stok kerana mesin ini 100 peratus adalah servis.
Lokasi
Dari segi lokasi, bagi mendapatkan lokasi can vending machine adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan vending machine massage chair. Hal ini kerana pemilihan bagi menempatkan vending machine massage chair memerlukan anda untuk mendapatkan lokasi yang selesa,bersih dan terlindung dari hujan supaya selasa untuk digunakan.
Berganding dengan can vending machine yang lebih mudah untuk ditempatkan terutama dikawasan2 outdoor dan terbuka seperti dikaki 5 dan sebagainya.Selain itu juga, can vending machine juga tahan lebih lasak walaupun terdedah pada cuaca panas dan juga hujan..Maksud saya bukanlah mesin ini boleh mandi hujan tau:)
Penjagaan dan pemantauan
Melalui pengalaman saya, vending machine massage chair lebih mudah dijaga dan dipantau. Kerja anda hanya perlu datang kutip duit dan bersihkan massage chair anda sahaja. Selain itu juga, vending machine massage chair juga hanya memerlukan pemantauan sekitar 1 ke 2 minggu sekali sahaja.
Bagi can vending machine pula, memerlukan pemantauan 2 ke 3 hari sekali jika jualan bagi sesuatu lokasi itu bagus. Selain itu juga, anda juga perlu datang sentiasa menambah dan membeli.
Untuk menjalankan perniagaan can vending machine, anda memerlukan sekurang2nya sebuah kereta untuk membawa dan menambah stok air tin. Berbanding kerusi urut hanya datang kutip duit naik motor pun takpe sebab tak stok air yang perlu dibawa.
Maintenance
Vending machine ni kalau nak rosak anytime die boleh rosak samalah macam kereta anda. So, anda kene prepare jika masalah kerosakan ini datang. Kalau boleh cari pembekal yang boleh memberikan jaminan warranty sekurang2nya 1 tahun. So, klau rosak dalam tempoh warranty anda tak perlu risau dan pening kepada nak claim spare part. Soal maintenance ini juga banyak berkait rapat dengan pembekal. Pilih pembekal yang mempunyai track record yang bagus..Kat mane nak cari pembekal2 barangan vending machine ni ?…survey je kt internet..untuk more detail mengenai macam mana nak pilih pembekal vending machine yang superb boleh tengok dalam post saya sebelum2 ni.
Berpatah balik pada soal maintenance bagi vending machine massage chair, Antara benda yang perlukan maintain adalah leather kerusi. Kebiasaan kalau leather perlu diganti baru jika sudah lusuh koyak dan sebagainya. Bergantung jugak pada lokasi yang anda tempatkan, kalau tempat yang anda letak tu dalam tempat berhawa dingin, leather kerusi tu boleh tahan sampai 4 tahun ke 5 tahun .Tapi letak kat tempat tak berhawa dingin mungkin lebih cepat perlu diganti baru. Kadang2 tak sampai 2 tahun pun dah kene tukar.
Bagi can vending machine pulak, anda perlu pastikan yang compresser anda berfungsi dengan baik supaya mesin sentiasa anda sejuk.
Modal Permulaan
Dari segi modal, anggaran modal permulaan bagi vending massage chair adalah sekitar Rm 6+++ hingga RM 8+++. Bagi can vending machine pula, Modal permulaan antara RM7+++ hingga RM 14+++ bergantung pada saiz dan capacity air dan selection. Dan yang paling penting adalah anda beli ikut kemampuan dan bajet anda ada.
Saiz dan berat
Mesti anda tertanya-tanya kenapa saiz dan berat mesin pun perlu di ambil kira?… sebabnya adalah ia melibatkan kos untuk mengangkat dan menghantar sesuatu vending machine tersebut. Bagi can vending machine kebiasaannya anda memerlukan lori yang mempunyai hydrulic jack di belakang untuk di angkat dan dialih ke lokasi anda kerana machine ini berat dan memakan kos bagi penghantaran dan pemasangan.
Bagi vending machine massage chair pula, jika anda mempunyai kereta seperti alza atau ixora (MPV) SUDAH CUKUP UTK MENGANGKAT massage chair anda. Hal ini perlu di ambil kira kerana jika vending machine yang anda tempatkan kurang mendapat sambutan dan perlu alih ke kawasan lain, kos2 ini akan memakan keuntungan anda.
Dibawah saya senaraikan table bagi anda mendapatkan lagi gambaran jelas perbezaan can vending machine VS vending machine massage chair :-
Butiran | Vending Massage Chair | Can Vending Machine |
Stok | Tiada | Ada |
Margin Keuntungan | 100% sebab service ( tak perlu keluar modal utk beli stok) | 50% hingga 100% |
Mencari Lokasi | Medium | Easy |
Penjagaan | Very Easy ( just datang lap kerusi dan kutip duit) | Easy (Datang kutip duit, tambah stok air tin dan monitor duit syiling ) |
Pemantauan | 1 ke 2 minggu sekali | 1 ke 3 hari sekali |
Maintenance | Leather kerusi ( 1.5 tahun ke 4 tahun sekali bergantung pada lokasi ) | Kene sentiasa pastikan compresser berfungsi dengan baik supaya mesin sentiasa sejuk |
Kenderaan yang diperlukan | Sekurang2nya motorsikal | Sekurang2nya kereta |
Pengunaan Elektrik | sangat rendah (190 w) | tinggi (580w hingga 650w) |
Berat | 104kg ( boleh bawak masuk dalam MPV/4×4) | 271kg ke 359kg (Kena pakai lori hydrulic) |
Bagi saya, can vending machine dan vending machine massage chair ke dua2nya mempunyai kelebihan dan kekuataan masing2 . Ianya juga perlu disuaikan dengan diri anda dari segi masa, modal dan minat anda. Pada pendapat saya, jika anda seorang yang sangat sibuk dan tidak mempunyai masa yang banyak utk memantau mesin anda saya sangat cadangkan anda mulakan dengan vending machine massage chair kerana anda tidak perlu selalu pantau cukup sekadar 1 ke 2 minggu sekali, keuntungan margin 100% tak perlu keluar modal beli stok air dan kerusi urut juga antara perniagaan vending machine yang sangat mudah. Jika anda ada masa yang banyak , anda boleh mulakan dengan mesin air tin pula.
Apapun perniagaan mesin layan diri yang anda lakukan yang penting adalah pemilihan lokasi. Lokasi adalah segalanya dalam perniagaan vending machine. Untung rugi sesuatu vending machine atau mesin layan diri adalah bergantung kepada lokasi kerana location is king dalam perniagaan vending machine.
Semoga dengan entry saya kali ini dapat membantu anda dalam membuat keputusan memilih vending machine yang anda inginkan dan sekaligus memberikan ilmu yang bermanfaat untuk digunakan.
Jika anda inginkan saya membantu anda dalam perniagaan vending machine sila layari www.rakanvending.com
Assalamualaikum. Boleh Saya tahu peluang vending machine urut Tak? Masih Ada lagi ke? Modal permulaan berapa diperlukan? Boleh WhatsApp ke nombor Saya,0122339863. Sekian.