Jangan Buat Bisnes Vending Machine Jika anda Tidak Melakukan 4 Perkara di bawah

Kenapa penting untuk anda kaji sesuatu perniagaan belum anda mengambil keputusan utk memulakannya?….jawapannya sebab supaya kte tidak ditipu oleh orang lain yang mengambil kesempatan kepada kte. Zaman sekarang kte berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Ade orang yang baik dan ade yang sebaiknya. Jadi, kte perlu lebih berhati2 supaya kte tidak terkene umpan dari org yg tidak sepatutnya.

Sama juga dalam anda mulakan perniagaan vending machine. Anda perlu ade ilmu utk memulakan perniagaan vending machine. Tanpa ilmu  dan pengetahuan yang cukup berkemungkinan besar anda akan mudah ditipu.

Dengan adenya ilmu dalam perniagaan ni, anda dapat memaksimakan keuntungan vending machine anda. Hal ini kerana dengan ilmu yang tahu anda akan dapat memilih lokasi yg terbaik utk vending machine anda sekaligus mendatangkan keuntungan yang bagus.

Berikut adalah 4 perkara yang anda perlu lakukan sebelum anda memulakan perniagaan vending machine :

Tak Survey harga

Kat mane nak survey harga utk produk vending machine?…..Sekarang ni tak susah, buat je carian kt internet. Internet adalah platform yang sangat bagus pada masa kini. Di internet segala info2 mengenai harga sangat mudah utk anda dapati. Jadi, gunakan platform ni sebaik mungkin bagi membantu anda mendapatkan harga yang terbaik utk vending machine yang anda inginkan.

Tak Survey pembekal

Terdapat banyak syarikat vending machine yang ade di malaysia. Mereka ini juga menawarkan perbagai tawaran, servis dan pakej yang menarik di pandangan mata anda.

Pastikan sebelum anda mengambil keputusan utk membeli vending machine dan berurusan dengan mereka, pastikan anda mengkaji kredibiliti syarikat dari segi jaminan, servis, respon dan feedback customer mereka sebelum2 ini.

Tak Survey Spare Part

Spare part amat penting dalam perniagaan vending. Jika berlaku sebarang kerosakan pada vending machine anda dan spare part takde .. nanti akan menjadi masalah yang besar kepada anda. Pastikan anda mendapatkan contact beberapa supplier vending machine bagi memudahkan anda mendapatkan spare part dan jangan hanya bergantung pada 1 supplier sahaja.

Tak Cari & Pilih Lokasi

Lokasi adalah segala2nya dalam perniagaan vending machine. Keuntungan sesuatu produk vending machine adalah bergantung kepada sesuatu lokasi. Tanpa lokasi yang strategik agak mustahil utk anda mendapatkan keuntungan yang lumayan. Bagi mendapatkan lokasi yang terbaik anda boleh membaca dalam article yang saya post sebelum ini …..Klik disini

Sumber dari : www.onlinevendingmachine.com

Semoga dengan pengkongsian kali ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam memulakan perniagaan vending machine. Jika anda ingin saya membantu anda dalam menjalankan perniagaan vending machine anda boleh layari www.rakanvending.com untuk maklumat lanjut

 

 

 

 

Share the knowledge:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*