Perniagaan vending machine atau mesin layan diri antara peniagaan yang sangat mudah dilakukan. Perniagaan ini tidak memerlukan anda memerah tenaga anda untuk bekerja dan hanya memerlukan pemantauan yang minima. Perniagaan vending machine antara perniagaan yang semakin digemari pada masa kini.
Terdapat banyak jenis vending machine yang berada di malaysia antaranya seperti can vending machine (mesin air gedegang), kerusi urut , snack vending machine dan bermacam lagi yang boleh membantu menambah punca pendapatan anda.
Bagi anda yang masih bekerja pula bagaimana ? Vending machine jenis apa yang sesuaian untuk anda ?
Dibawah saya senarai top 4 vending machine yang sesuai bagi anda yang masih bekerja supaya anda dapat menjalankan perniagaan vending machine tanpa membebankan kehidupan seharian anda :-
4) Snack Vending Machine
Snack Vending Machine antara vending machine yang terbaru di Malaysia. Dengan Snack Vending Machine anda boleh menjual bukan sahaja makanan ringan bahkan anda juga boleh menjual barangan yang lain seperti air tin, pomade, tudung, dan sebagainya. Boleh dikata Snack Vending Machine ini is “Multipurpose” kerana pelbagai barangan boleh dijual mengunakan mesin ini.
Dari segi penjagaan, snack vending machine ini memerlukan anda sentiasa membeli dan menambah stok. Pemantauan 2 ke 3 hari sekali diperlukan jika traffic jualan bagi sesuatu lokasi itu tinggi. Untuk menjalankan perniagaan Snack Vending Machine, anda memerlukan sekurang2nya sebuah kereta untuk membawa dan menambah stok air
Snack vending machine ini juga boleh dikatakan antara vending machine yang memerlukan modal permulaan yang agak besar dan snack vending machine ini juga memerlukan tempat yang tertutup untuk ditempatkan seperti di shopping mall, kawasan universiti dan lain-lain lagi.
3) Can vending Machine
Boleh dikata hampir semua rakyat Malaysia mengenali vending machine ini atau lebih dikenali dengan mesin air gedegang .Sama seperti Snack Vending Machine, Can vending machine atau mesin air layan diri ini memerlukan anda membeli dan menambah stok air tin.
Pemantauan 2 ke 3 hari sekali juga diperlukan jika traffic jualan bagi sesuatu lokasi itu tinggi. Kadang-kadang, ada sesetengah lokasi yang memerlukan datang setiap hari bagi menambah stok dan kebiasaannya jika anda tempatkan can vending machine anda di sekolah. Jika anda yang ingin memulakan perniagaan can atau snack vending pastikan anda dapat memberikan sedikit komitment dari segi masa sekurang-kurang untuk membeli dan nambah stok serta sebuah kereta bagi membawa stok barangan untuk vending machine anda.
2) RO Water Vending Machine
RO Water vending machine atau mesin penapis air layan diri juga antara vending machine yang sudah diguna meluas dimalaysia sejak kebelakangan ini.
RO Vending Machine ini antara vending machine yang mudah untuk dijaga kerana anda tidak perlu menambah stok tapi anda perlu memastikan kebersihan machine ini sentiasa terperlihara supaya machine anda terhindar dari sebarang bakteria seperti virus kencing tikus.
Jika anda seorang yang bekerja, anda tidak perlu risau jika anda menjalankan perniagaan vending machine jenis ini kerana kerja anda hanya membersihkan mesin dan mengutip wang hasil daripada mesin layan diri anda.
1)Vending Machine Massage Chair
Bagi yang belum pernah mencuba Vending Machine Massage Chair, saya mengesyorkan kepada anda untuk mencuba mesin layan diri ini. Vending Machine Massage Chair atau kerusi urut layan diri adalah antara mesin layan diri yang lebih mudah dijaga dan dipantau.
Kerja anda hanya perlu datang kutip duit dan membersihkan kerusi urut dan pemantauan sekitar 1 ke 2 minggu sekali sahaja.
Anda juga hanya memerlukan sekurang-kurangnya sebuah motorsikal bagi membolehkan anda untuk mengutip hasil duit kutipan yang hasilkan dari kerusi urut anda.
Sebenarnya banyak lagi vending machine boleh diniagakan dan bersesuaian dengan orang yang masih bekerja.
Semoga dengan entry saya kali ini dapat membantu anda dalam membuat keputusan memilih vending machine yang bersesuaian dengan diri anda
Leave a Reply