Perniagaan mesin layan diri adalah sejenis perniagaan mudah, senang dan dapat memberikan keuntungan yang menguntungkan kepada pemiliknya jika diuruskan dan dijalankan dengan betul. Dengan perniagaan mesin layan diri anda hanya memerlukan pemantauan yang minima dan juga tidak perlu bersusah payah bekerja keras untuk menghasilkan wang.
Akan tetapi walaupun perniagaan mesin layan diri ini mudah tetapi ia memerlukan sejumlah modal yang besar pada permulaannya. Betul ke?
Tidak dinafikan untuk memulakan sesuatu perniagaan vending machine anda memerlukan modal. Modal tersebut bergantung kepada harga sesuatu barangan mesin layan diri tersebut. Semakin besar modal yang anda keluarkan, semakin tinggilah keuntungan bakal anda perolehi jika diurus dengan betul.
Kebiasaanya ramai yang membeli mesin layan diri ini secara Cash atau tunai. Makna kata secara lump sum. Mereka-mereka ini kebiasaanya mempunyai duit simpan yang banyak dan mempunyai pendapatan yang besar.
Tapi bagaimana pula bagi mereka yang tidak mempunyai wang tunai atau cash money yang cukup untuk membeli mesin layan diri ?
Bolehkah anda membeli vending machine dengan harga hingga belasan ribu ringgit tanpa mengeluarkan duit anda?
Persoalan yang selalu diajukan kepada saya …Boleh ke beli vending machine dengan bayaran secara installment ?
Ya, Jawapannya boleh tetapi sebaiknya kalau boleh bayar cash lebih baik
Terdapat beberapa cara pembayaran bagi membolehkan anda mendapatkan mesin layan diri yang di ingin.Cara-cara pembayaran ini juga bergantung kepada pihak pembekal barangan mesin layan diri juga. Ada sesetengah pembekal yang hanya menerima pembayaran secara cash sahaja dan ada juga sesetengah pembekal yang memberi kelonggaran untuk membayaran secara ansuran. Berikut adalah beberapa cara pembayaran yang boleh digunakan bagi membolehkan anda membeli sesuatu barangan mesin layan diri :-
1. Cash atau tunai
Pembelian bayaran secara cash adalah yang paling terbaik kerana anda tidak perlu pening-pening kepala untuk membuat bayaran balik setiap bulan. Akan tetapi, ada yang berpendapat jika bayaran secara tunai dilakukan boleh merugikan pihak pembeli kerana wang cash anda habis sekaligus begitu sahaja. Walaupun bagaimanapun, Kita kene tahu bahawa jika pembelian secara tunai dilakukan, anda tidak akan dikenakan interest langsung dari mana-mana pihak.
Jadi, membeli mesin layan diri secara cash adalah cara paling selamat bagi memastikan anda mendapat keuntungan yang maksima setiap bulan melalui hasil kutipan mesin layan diri anda dan jika berlaku sebarang kemungkinan pada mesin layan diri anda sekalipun , anda tidak akan tersepit dengan hutang yang perlu dibayar setiap bulan.
2. Loan dengan pihak bank
Pinjaman dari pihak bank adalah bagi peminjam yang berkelayakan . Untuk memastikan anda layak, anda perlu memberikan penyata bank 3 bulan, slip gaji 6 bulan dan penyata kwsp terkini. Cara pembelian ni boleh digunakan bagi mereka yang ingin mendapatkan modal secara pantas dan tidak mahu mengeluarkan wang tunai dan ataupin tidak mempunyai wang cash langsung.
Dengan cara pembelian ini saya nasihatkan pastikan anda mengira sebaik mungkin akan keuntungan yang bakal anda perolehi setiap bulan dengan jumlah kos hutang setiap bulan yang perlu dibayar kepada pihak bank. Pastikan tempat vending machine dan mesin yang ditempatkan mampu memberi keuntungan yang membolehkan anda membayar jumlah hutang pinjaman setiap bulan tersebut sekaligus mendatangkan keuntungan kepada diri anda. Contoh pengiraannya yang boleh diambil kira seperti bawah:-
Hasil kutipan bulanan bagi sebuah mesin layan diri : RM 1200
Sewa : RM 200
Modal : RM 200
Bayaran loan bulanan : RM 200
*Untung bersih = Hasil kutipan bulanan – Sewa – Modal- Bayaran loan bulanan
= RM 1200– RM 200- RM 200- RM 200 = RM 600
*Pasti keuntungan yang diperoleh mampu memanpung semua kos2 di atas
Jadi nasihat saya, dapatkan nasihat daripada pembekal barangan mesin layan diri sebelum anda mengambil keputusan membuat pinjaman daripada pihak bank.
3. Bayaran secara Ansuran kad kredit
Kebanyakkan orang yang mengunakan kad kredit tahu akan cara ini, sesuatu barangan yang dibeli mengunakan kad kredit boleh diubah bayaran secara installement mengikut tempoh masa yang kita tetapkan 12 bulan , 24 bulan atau 36 bulan .Berbanding Anda swipe cash secara lump sump yang menyebabkan anda perlu membayar monthly kominment yang tinggi.
Contohnya :-
Harga mesin layan diri : RM 6000
Interest Kad kredit : 5%
Kalau Swipe cash :-
Harga mesin layan diri tambah interest : RM 6000 +(RM 6000*0.05) = RM 6,300
Bahagi 12 BULAN : RM 6300/ 12 BULAN = RM 484.00 (swipe cash tempoh komiment tak boleh lebih 12 bulan)
So,bayaran bulanan RM 484.00
Kalau installment by kredit card :-
Harga mesin layan diri tambah interest : RM 6000
katakan kte ambik installment 24 bulan
So , RM 6000/24 BULAN = RM 250
Interest bulanan %: RM 250 * 0.05 = RM 12.5
So, bayaran bulanan RM 262.50
Jadi, nampak tak cara mengurangkan bayaran bulanan melalui kad kredit?
4. Separuh Cash dan separuh lagi installment
Kalau anda ade sedikit cash tetapi masih tidak mencukupi untuk membeli vending machine, anda mungkin boleh menguna kaedah bayaran separuh cash dan separuh installment. Kaedah ini lebih selamat dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko kepada perniagaan vending machine anda.
Semoga sedikit sebanyak daripada perkongsian ini dapat membantu anda bagi mendapatkan mesin layan diri yang di idamkan oleh anda selama ini mengikut cara pembayaran yang sesuai dengan diri anda.
Vending machine