Cara Mulakan Perniagaan Vending Machine

Vending machine merupakan suatu alat atau mesin yang menjual barangan atau perkhidmatan yang fungsi secara automatik. Vending Machine tidak memerlukan tenaga manusia atau pekerja untuk melakukan urusan menjual beli sesuatu barangan mahupun perkhidmatan yang disediakan.

Tidak seperti urusan jual beli biasa, mesin ini akan mengeluarkan barang yang kita inginkan setelah kita membuat pembayaran dengan cara memasukkan sejumlah coin, syiling mahupun wang kertas ke dalam mesin tersebut.

Dengan perniagaan vending machine, anda tidak perlu bersusah payah menjual barangan anda. Letakkan sahaja vending machine anda dikawasan yang bersesuaian dan biarkan vending machine yang menjual barangan anda kepada pelanggan. Walaupun anda berada dirumah mahukan ditempat kerja, Vending machine akan tetap bekerja dan menghasilkan wang untuk anda.

Perniagaan vending machine adalah perniagaan yang sudah lama wujud di malaysia. Cuma perniagaan vending machine ini mungkin kurang dikomersialkan kepada umum. Antara perniagaan vending machine yang paling popular di malaysia adalah perniagaan vending machine air tin atau lebih dikenali sebagai “mesin gedegang” oleh rakyat malaysia.

Perniagaan mesin layan diri atau vending machine telah menjadi satu perniagaan yang semakin popular sejak kebelakangan ini. Semakin  ramai rakyat malaysia yang ingin memulakan perniagaan mesin layan diri ini kerana ianya mudah, senang dan hanya memerlukan pemantauan yang minima.

Untuk memulakan perniagaan vending machine,  anda hanya perlu membeli sekurang2nya unit mesin layan diri seperti mesin air tin, kerusi urut layan diri, snak vending machine dan bermacam-macam lagi dan seterusnya menempatkan mesin layan diri anda di lokasi yang bersesuaian dan strategik bagi membolehkan anda mendapat keuntungan yang lumayan setiap bulan.

Dibawah saya senarai beberapa langkah yang perlu dilakukan bagi anda yang ingin memulakan dan menceburkan diri dalam perniagaan vending machine ini :-

 

1- Tambah ilmu dan buat kajian mengenai perniagaan vending machine

Image-for-Oracle-User-Productivity-Kit-Technical-Upgrade-Services-page

Dalam apa jua sahaja yang kita ingin lakukan, kita memerlukan ilmu. Tanpa ilmu yang cukup saya yakin amat sukar untuk anda memulakan perniagaan ini biarkan perniagaan ini pada dasarnya mudah.

Zaman sekarang ni sangat mudah. Google je kat internet mengenai vending machine atau mesin layan diri. Segala maklumat mengenai perniagaan vending machine anda boleh dapat dengan mudah. Jika anda ingin ilmu yang lebih, anda juga boleh bertanya dan belajar dengan rakan2 yang pernah melakukan perniagaan ini dan sedikit sebanyak mereka boleh kongsikan baik dan buruk mengenai perniagaan vending machine melalui pengalaman mereka sendiri.

 

2- Pilih mesin layan diri yang anda inginkan

vending-machines-products

Sekarang ini, terdapat pelbagai produk mesin layan diri yang ada di pasaran. Ada yang murah dan ada yang mahal.

Antara vending machine yang biasa digunakan bagi menjalankan perniagaan vending machines seperti can vending machine, vending massage chair, snack vending machine, self service laundry dan banyak lagi. Pilih sahaja mesin yang anda mahukan  serta mengikut minat dan bersesuaian dengan anda.

 

3- Cari pembekal mesin layan diri dan survey harga

ISHN1214_F6_pic

Sebagai pembeli kita mahukan yang terbaik untuk diri kita dan kita juga berhak untuk memilih serta membuatkan perbandingan harga. Di malaysia terdapat banyak pembekal bagi barangan vending machine. Anda juga boleh buat carian di internet mengenainya.

Nasihat saya, jika anda ingin membeli vending machine daripada sesesuatu pembekal pastikan anda menyelidik terlebih dahulu latar belakang syarikat tersebut. Pastikan syarikat tersebut betul2 wujud dan sebaiknya anda bersemuka dengan mereka. Luangkan sedikit masa untuk melawat kilang atau stor mereka bagi melihat sendiri stok vending machine yang ditawarkan.

Selain itu juga, pastikan vending machine yang ditawarkan berpatutan serta mempunyai jaminan. Kebiasaannya jaminan bagi sesuatu vending machine yang baru adalah 1 tahun dan recon 6 bulan. Selain dari faktor jaminanm, anda juga perlu pastikan bawa alat ganti bagi vending machine yang anda niagakan mudah untuk diperolehi. Hal ini penting bagi mengelakkan permasalahan yang timbul dikemudian hari setelah anda membeli sesuatu vending machine itu.

 

4- Cari dan dapatkan tempat  bagi menempatkan mesin layan diri anda terlebih dahulu

Pemilihan lokasi adalah perkara yang paling penting dalam perniagaan mesin layan diri. Keuntungan sesuatu vending machine bergantung pada lokasi yang anda pilih. Pastikan anda mendapatkan lokasi bagi menempatkan vending machine anda terlebih dahulu sebelum anda membuat pembelian mesin layan diri anda. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana cara bagi mendapatkan lokasi yang strategik bagi sesuatu vending machine, anda boleh baca dalam post2 article saya sebelum ini klik disini

Di Malaysia terdapat juga syarikat yang menawarkan servis mencari tempat bagi menempatkan vending machine dan kebiasaannya harga yang ditawarkan agak mahal. Jadi, jika anda mempunyai modal yang terhad, saya mengesyorkan kepada anda untuk mencari lokasi  anda sendiri bagi menjimatkan duit modal sedia ada anda.

 

5- Beli dan tempatkan  mesin layan diri anda

pic5

Beli vending machine daripada syarikat pembekal barangan vending machine yang anda telah pilih tadi dan tempatkan vending machine anda di lokasi yang dipilih tersebut. Kebiasaannya penghantaran dan pemasangan akan diuruskan oleh pihak syarikat pembekal dan mereka juga akan mengajar anda akan cara mengunakan mesin layan diri tersebut.

 

6- Pantau, jaga dan kutip duit

servicio_uve_vending_madrid

Setelah selesai proses pembelian vending machine dan pencarian tempat bagi menempat mesin layan diri,  proses anda seterusnya adalah menjaga dan pantau perniagaan vending machine anda . Kerja anda hanya perlu mengutip duit dan memantau mesin layan diri anda bergantung kepada jenis produk vending machine yang anda jalankan. Ada yang memerlukan pemantauan 1-2 minggu sekali , ada yang 2 hari sekali dan ada mesin layan diri yang memerlukan anda membuat pemantau sehari sekali.

Selain itu, pastikan anda mencatat hasil kutipan bagi mesin layan diri anda setiap bulan bagi memastikan hasil kutipan jualan yang dihasilkan bagi sesuatu mesin layan diri memberi keuntungan dan sekaligus memberi pulangan modal yang anda telah laburkan.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan anda sedikit pencerahan bagi anda yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan vending machine.

Jika anda ingin memulakan perniagaan mesin layan diri dan ingin mengetahui cara memulakannya sila layari www.rakanvending.com untuk maklumat lanjut

Share the knowledge:

40 Comments

  1. Saya ada tapak/ruang untuk disewakan di kedai dobi layan diri saya. Jika sesiapa berminat untuk menyewa ruang/tapak untuk diletakkan di kedai dobi layan diri saya boleh direct email ke saya. Terima kasih.

  2. salam tuan.. nk bertanya skit.. biasanya bagaimana urusan electric supply degnan tempat nk letak VM tu? .. brape kos anggaran eletrik utk sebulan VM ni?

    • wasslam tuan mizan.. kebiasaannya jumlah elektrik supply bagi VM ni bergantung pada Watt bagi sesuatu vending machine tu..Kebiasaannya kalau can vending dalam 450w ke 650W (bergantung pada jenis selection)..bill elektrik dalam rm 80 – rm 120 ringgit..boleh kira pakai kiraan tarrif elektrik terkini TNB klau nk lebih jelas.. klau kerusi urut sikit je dlam 190w bill elektrik sebulan dalam RM 30 ringgit je even operate 24 hour

    • Wassalam tuan pembekal vending machine sekitar lembah klang banyak…klau tuan berminat nak try can vending machine saya cadangkan boleh try dengan adamo vending machine..klau kerusi urut boleh try dengan rakan vending…

  3. Salam saya mencari investor untuk bersama buat mesin gedegang di uniten bangi. Saya dah dpt tender dan tapak dan perlukan pelabur. Bole dtg uniten bangi dan berjumpa dengan saya

    Azos 0145417198

  4. Saya berminat utk membekal mesin vendor kopi kepada universiti.. pihak universiti minta saya buat surat dan kertas kerja proposal. Mohon tunjuk ajar bagaimana nk sediakan kertas kerja tu.

  5. Saya Wan perunding kewangan dari RHB Bank (Easy) ingin menawarkan urusan pinjaman untuk sesiapa yang memerlukan dana untuk pembelian Vending Machine.

    * maksima RM150,000
    * kelulusan 10 minit
    * terima tunai serta merta
    * tidak perlu dokumen (hanya EPF)
    * tiada yuran pemprosesan
    * bersedia memberikan perkhidmatan ke tempat anda
    * bersedia memberikan perkhidmatan 7 hari seminggu
    * bersedia memberikan perkhidmatan siang dan malam
    * promosi MemberGetMember memberikan anda peluang menjana imbuhan sekiranya anda memperkenalkan kepada orang lain

    Saya berjanji akan memberikan perkhidmatan yang cekap, pantas, amanah dan mesra.

    Hubungi saya Wan di talian 0182905547

  6. Adakah anda memerlukan pinjaman? Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Aziz Aleksandra, pemberi pinjaman pinjaman swasta adalah untuk membuka peluang kewangan bagi sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan perniagaan dengan terma dan syarat yang jelas dan difahami.
    Hubungi kami hari ini melalui e-mel: (ivanaleksandraloanfirm@gmail.com)

  7. Salam tuan… Boleh tolong ajar saya macam mana kebiasaannya cara berurusan/prosedur untuk letak VM ni di pejabat-pejabat kerajaan @ sekolah dsb… Terima kasih tuan

  8. salam..saya masih mencari tapak untuk vending machine saya..untuk area klang dan port dickson..boleh dapatkan apa-apa info tak..terima kasih

  9. saya bercadang nak letakan wending machine di dalam homestay saya..adakah saya kena mohon apa2 lesen …takut nanti kena saman pulak

  10. Saya ingin memulakan bisnes vending mesin.masalah saya nak membeli mesin yang bersesuaian dengan budget saya.boleh kah dapatkan penjual yang berada di kawasan tempat tinggal saya di putrajaya.

  11. Salam, saya berminat utk memulakan perniagaan vending machine ni, boleh beri penerangan lebih lanjut berkenaan modal, jenis. Terima kasih

  12. Halo Semua, nama saya Rida Yahya, saya ingin berkongsi kesaksian hebat ini di platform ini supaya semua pencari pinjaman berhati-hati dengan pemberi pinjaman di internet

    Setelah beberapa lama berusaha mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan, dan terus ditolak, saya memutuskan untuk memohon pinjaman secara dalam talian tetapi saya ditipu dan kehilangan Rp. 14.4 juta, dari seorang lelaki di tempat yang tidak diketahui.

    Saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman, jadi saya berbincang dengan rakan saya yang kemudian memperkenalkan saya kepada Asmara Hasan, jadi rakan saya meminta saya memproses pinjaman saya dengan Asmara Hasan. Oleh itu, saya menghubungi Miss Asmara melalui e-mel: (asmarahasanloancompany@gmail.com) dan juga di WhatsApp: +1 (802) 695-0723
    Saya memohon pinjaman sebanyak Rp. 380 juta dengan faedah 2%, jadi pinjaman dapat disetujui dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dilakukan dengan pemindahan kredit, kerana tidak memerlukan cagaran dan jaminan untuk pemindahan pinjaman, saya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen untuk pemindahan kredit saya dan dalam masa kurang dari 4 setengah jam, wang pinjaman saya telah dikreditkan ke akaun bank saya.

    Saya menganggapnya sebagai gurauan sehingga saya mendapat pemberitahuan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan sebanyak Rp. 380 juta. Saya sangat gembira kerana akhirnya Tuhan menjawab doa saya dan Dia telah mengabulkan keinginan hati saya.

    Semoga Tuhan memberkati Cik Asmara Hasan yang telah membantu memberikan kehidupan yang bebas daripada tekanan kewangan bagi saya, oleh itu saya mencadangkan agar sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan pinjaman boleh menghubungi Miss Asmara melalui e-mel: (asmarahasanloancompany@gmail.com)
    atau melalui
    WA: +1 (802) 695-0723 untuk pinjaman anda

    Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana meluangkan masa untuk membaca kesaksian hidup saya yang sebenar mengenai kejayaan saya dan saya berdoa kepada Tuhan untuk melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda. Anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lebih lanjut melalui e-mel saya: (ridayahya1234@gmail.com)
    Salam

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*