Berbaloi Ke Beli Vending Machine Sekali Dengan Lokasi? Ini Jawapan Jujur Saya

vending machine sekali lokasi

Ramai orang yang baru nak mula bisnes vending machine selalu tertarik dengan tawaran:
“Vending machine + lokasi siap sedia untuk jana pendapatan.”

Nampak mudah dan menarik kan? Tapi…
Adakah ia benar-benar berbaloi? Atau hanya nampak mudah di permukaan, tapi menyimpan risiko besar?

Sebagai pengusaha vending machine sepenuh masa, saya nak kongsi pandangan jujur berdasarkan pengalaman sebenar.


✅ 1. Tawaran Ini Boleh Jadi Mahal Gila

Harga satu unit vending machine biasa (terutamanya mesin minuman atau snek) boleh jadi sekitar RM7,000 – RM12,000 bergantung kepada jenis, jenama dan kondisi. Tapi bila ia dijual sekali dengan lokasi, tiba-tiba harga boleh jadi RM18,000 – RM35,000 seunit.

Kenapa mahal?

Sebab kononnya:

  • Lokasi “dah ada hasil tetap”

  • Tak perlu cari tempat sendiri

  • Terus boleh kutip duit setiap minggu

Tapi itu hanya separuh cerita…


❗ 2. Lokasi Yang Diberi Belum Tentu Buat Duit

Ramai orang sangka bila beli vending machine yang “dah ada lokasi”, itu bermakna mesin akan terus menjana pendapatan stabil. Tapi realitinya — lokasi yang diberi belum tentu perform.

Contoh kes yang sering berlaku:

  • Mesin diletakkan di lokasi yang sunyi, tak ramai lalu lalang

  • Lokasi memang wujud, tapi trafik manusia tak sesuai dengan produk yang dijual

  • Lokasi tersebut sudah ada beberapa unit vending machine yang sama — hasil kutipan akan berkurangan kerana perlu dibahagi antara beberapa mesin yang bersaing di tempat yang sama

Akhirnya, lokasi hanya nampak cantik atas kertas, tapi hasil kutipan sangat rendah — tak balik modal pun.

Jangan beli sebab dijanjikan “lokasi best”. Lokasi vending machine tak boleh dinilai dengan gambar atau cakap semata-mata — mesti tengok sendiri dan analisis.


🔍 3. Sukar Nak Sahkan “Hasil Bulanan”

Ramai pembekal akan kata:

“Mesin ni dapat RM1,000 – RM2,000 sebulan.”

Tapi bila ditanya bukti:

  • Tak ada laporan hasil

  • Tak boleh tunjuk rekod kutipan

  • Apa bukti yang mereka boleh tunjuk untuk menyokong dakwaan bahawa lokasi tersebut memang boleh jana pendapatan seperti yang dikatakan?

Akhirnya, anda beli ikut janji mulut dan cakap manis. Bila mesin dapat RM200–RM300 je sebulan, masa tu baru terasa rugi.


🚨 4. Risiko Jadi Mangsa ‘Scam’ Boleh Berlaku

Ya, ada kes yang berlaku — pembekal jual vending machine secondhand + lokasi yang kononnya aktif, tapi bila anda dah bayar:

  • Lokasi tak wujud

  • Mesin tak dihantar

  • No telefon tak angkat

Walaupun bukan semua begitu, anda perlu berhati-hati terutamanya bila berurusan di internet atau iklan media sosial.


✅ Jadi… Bila Sesuai Beli Vending Machine Siap Lokasi?

Sebenarnya, ada keadaan di mana beli mesin sekali dengan lokasi itu BERBALOI, iaitu:

  1. Lokasi adalah lokasi yang anda boleh sahkan 100% memang milik anda atau telah diberi hak secara rasmi. Salah satu cara terbaik ialah dapatkan surat tawaran lokasi daripada pihak berkenaan, dan seterusnya cuba hubungi pihak pengurusan lokasi untuk pastikan — betul ke mereka memang benarkan vending machine diletakkan di kawasan itu? Dan betul ke hanya ada satu mesin sahaja di lokasi itu?

  2. Ada perjanjian sewa lokasi secara bertulis. Perjanjian ini penting untuk anda tahu kadar sewa yang perlu dibayar, jumlah deposit dan syarat lain yang terlibat. Pastikan perjanjian sewa ini dibuat atas nama anda sendiri, bukan atas nama pihak pembekal.

    Ada kes di mana pembekal suruh anda bayar sewa kepada mereka kerana perjanjian adalah atas nama mereka. Tapi malangnya, sewa yang anda bayar tidak sampai ke tangan pemilik premis selama berbulan-bulan — malah ada kes sampai bertahun pun tak dibayar. Akhirnya, vending machine anda ditendang keluar dari lokasi tersebut tanpa sebarang pampasan.

  3. Anda boleh buat kutipan sendiri & semak hasil. Kebiasaannya vending machine ini telah diletakkan secara rasmi di situ. Cara paling baik nak tahu prestasi sebenar ialah dengan menyemak transaksi daripada sistem cashless. Ini kerana data transaksi cashless biasanya turut merekod jumlah tunai (cash) yang masuk sekali — jadi lebih tepat berbanding kutipan manual yang mudah dimanipulasi.

  4. Harga mesin + lokasi masuk akal (bukan markup 2–3 kali ganda). Contohnya, jika harga pasaran untuk vending machine sahaja sekitar RM10,000 dan pembekal atau penjual tawarkan mesin bersama lokasi dengan harga yang sama (atau sedikit lebih rendah), mungkin ia boleh dipertimbangkan — tetapi pastikan anda semak dan sahkan dahulu segala maklumat dengan teliti sebelum buat keputusan.


Kesimpulan Jujur Saya

Jangan beli vending machine siap lokasi sebab nampak senang.
Beli kalau:

  • Anda dah buat semakan sendiri

  • Tahu risiko dan ada backup plan

  • Faham apa yang anda beli

Kalau tidak, lebih baik mula kecil-kecilan:

  • Beli mesin vending murah

  • Cari lokasi sendiri

  • Belajar urus, repair dan kutip hasil sendiri

Itu lebih selamat, dan anda lebih faham bisnes ini dari akar umbi.


📌 Nak belajar lebih banyak tentang bisnes vending machine?
👉 Layari: www.rakanvending.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top