
Bisnes kerusi urut layan diri atau *vending machine *massage chair semakin popular di Malaysia. Ia bukan sahaja menjana pendapatan pasif, malah tidak memerlukan anda untuk sentiasa berada di lokasi. Namun, seperti mana-mana bisnes lain, anda perlu tahu perkara asas sebelum mula — supaya anda tidak tersilap langkah dan alami kerugian.
Dalam artikel ini, kami kongsikan segala benda penting yang anda perlu tahu sebelum mula bisnes vending machine massage chair.
1. Modal Permulaan Bukan Sekadar Harga Mesin
Berdasarkan pengalaman kami, perkara pertama yang perlu disediakan ialah modal untuk beli vending machine massage chair itu sendiri. Tetapi jangan berhenti di situ. Anda juga perlu sediakan sedikit bajet tambahan untuk perkara-perkara seperti berikut:
Kos penghantaran dan pemasangan – bergantung kepada lokasi anda.
Caj wiring atau sambungan elektrik (jika ada) – biasanya jika lokasi sudah ada akses plug, anda boleh terus plug and play tanpa perlu kos tambahan. Kami sangat sarankan pilih lokasi yang sudah sedia ada soket elektrik kerana jika tiada, anda perlu upah tukang untuk tarik kabel, buat wiring baharu — ini bukan sahaja tambah kos, malah boleh jadi menyusahkan untuk setup awal.
Kos pengubahsuaian kecil (flooring plate, signage) – kalau nak nampak profesional, boleh pasang floor plate supaya kerusi tak nampak ‘terlalu kosong’. Buat juga signboard yang menarik untuk bantu marketing.
Reka bentuk maklumat harga guna bahan yang tahan – pengalaman kami, pelanggan kerusi urut ini suka ‘kopek’ sticker. Jadi lebih baik gunakan bahan seperti acrylic berbanding sticker biasa — nampak lebih premium dan tahan lama.
Sewa lokasi dan deposit (kalau lokasi sendiri takde lah) – ada lokasi minta sewa bulanan tetap, ada yang ambil % dari kutipan. Yang penting, pastikan anda dah deal betul-betul dengan owner premis dan buat perjanjian bertulis. Kalau mereka yang sediakan agreement, baca dengan teliti sebelum tandatangan. Pastikan juga anda selesaikan bayaran deposit dan sewa bulan pertama sebelum masuk dan letak mesin.
Insurans (jika perlu) – untuk lindungi mesin dari kerosakan besar atau kecurian. Bagi kami, ini adalah optional. Jika lokasi tersebut ada sistem keselamatan seperti CCTV dan berpagar, kami biasanya tidak ambil insurans bagi jimatkan kos operasi bulanan.
Lesen/permit pihak berkuasa tempatan (jika lokasi terbuka) – penting untuk elak sebarang tindakan pihak berkuasa.
Kebiasaannya, satu unit kerusi urut vending machine berharga antara RM6,000 hingga RM10,000 bergantung kepada jenis, jenama dan fungsi tambahan.

2. Pilih Lokasi Yang Sesuai – Lokasi Adalah Raja
Tanpa lokasi yang strategik, vending machine masssage chair anda hanya akan jadi perhiasan.
Lokasi terbaik untuk vending machine massage chair biasanya:
Dobi Layan Diri
Carwash
Kedai Gunting Rambut
Masjid (ruang menunggu lelaki)
Hotel & Resort
Pasaraya & Hypermarket
Pejabat Kerajaan / Swasta 24 Jam
Pastikan lokasi mempunyai:
Trafik tinggi (orang duduk tunggu atau menunggu giliran)
Tempat tertutup / teduh (elak kerosakan mesin)
Sumber elektrik yang stabil
3. Kontrak & Persetujuan Lokasi
Sentiasa buat perjanjian hitam putih dengan pemilik premis. Dokumen ringkas tetapi penting.
Perlu nyatakan:
Tempoh kontrak (1–2 tahun biasanya)
Siapa tanggung bil elektrik
Cara pembahagian keuntungan (jika ada)
Persetujuan untuk beri notis jika nak pindah mesin
Elakkan perjanjian lisan sahaja — untuk keselamatan jangka panjang.


4. Ketahui Sistem Operasi Vending Machine Massage Chair
Vending machine massage chair moden biasanya mempunyai:
Slot wang kertas & syiling
Pembayaran QR (Touch ‘n Go eWallet, DuitNow, GrabPay)
Papan digital LED paparan masa & harga
Anda perlu tahu cara:
Tetapkan harga (contoh: RM2 untuk 6 minit)
Semak kutipan
Reset sistem atau off-kan mesin sementara
Uji fungsi setiap kali buat servis


5. Kutipan Wang & Penyelenggaraan Rutin
Walaupun vending machine massage chair ini boleh ‘jalan sendiri’, anda tetap perlu pantau dan urus:
Kutipan duit: 1–2 kali seminggu adalah yang terbaik bagi saya
Penyelenggaraan: vacuum habuk, lap skrin, pastikan semua fungsi berjalan
Pemeriksaan fungsi urut: pastikan motor, roller urut, dan airbag berfungsi dengan baik
Buat logbook penyelenggaraan atau gunakan sistem digital seperti Google Sheets untuk pantau kutipan dan status mesin.
6. Buat jadual penyelenggaraan berkala
Untuk pastikan kerusi urut tahan lama dan sentiasa dalam keadaan terbaik, buatlah maintenance schedule seperti berikut:
Setiap 6 bulan: cuci dan servis bahagian penerima wang (bill acceptor), bersihkan port sensor, dan semak kekemasan wiring dalaman.
Setahun sekali: buat full service – buka penutup mesin, vacuum habuk dalaman, bersihkan motor, semak gear dan sistem tekanan, dan baiki sebarang isu kecil yang berlarutan.
Langkah-langkah ini bantu panjangkan jangka hayat mesin dan elak kerosakan besar di kemudian hari.
7. Risiko Yang Anda Patut Tahu
Walaupun bisnes vending machine massage chair nampak mudah, ada beberapa risiko:
Mesin rosak secara tiba-tiba (motor, board, Bill acceptor)
Kecurian atau vandalisme
Lokasi ‘mati’ – tiada pengguna
Saingan baru letak mesin di tempat sama
Customer tak tahu guna / salah faham sistem
Sebab itu penting ada SOP, sticker panduan di mesin, dan hotline mudah dihubungi.

8. Pulangan Modal – Berapa Lama Boleh Dapat Balik?
Bergantung kepada lokasi dan kadar penggunaan, purata kutipan sebulan ialah:
**RM500 – RM800 **untuk lokasi biasa
RM1,000 – RM1,500 untuk lokasi premium / high traffic
Jika kos vending machine massage chair RM8,000 dan kutipan RM1,000 sebulan, anda boleh capai break even dalam 8 bulan. Selebihnya adalah untung bersih, tolak kos penyelenggaraan kecil.
9. Automasi Kutipan Guna QR Payment Lebih Selamat
Untuk elak risiko duit hilang dan mudahkan kutipan, anda boleh pasang sistem QR payment automatik.
Faedah:
Duit terus masuk akaun
Tak perlu datang terlalu kerap kutip
Boleh tengok data jualan secara real-time
Sekarang ini pun sudah ramai pembekal atau supplier tempatan yang boleh bantu pasang sistem QR payment terus ke vending machine massage anda — jadi anda tak perlu buat dari kosong jika tiada kepakaran teknikal.



9. Automasi Kutipan Guna QR Payment Lebih Selamat
Untuk elak risiko duit hilang dan mudahkan kutipan, anda boleh pasang sistem QR payment automatik.
Faedah:
Duit terus masuk akaun
Tak perlu datang terlalu kerap kutip
Boleh tengok data jualan secara real-time
Sekarang ini pun sudah ramai pembekal atau supplier tempatan yang boleh bantu pasang sistem QR payment terus ke vending machine massage anda — jadi anda tak perlu buat dari kosong jika tiada kepakaran teknikal.





10. Jenama & Pembekal Mesin Yang Dipercayai
Jangan beli vending machine massage chair dari sumber tidak sah atau tiada jaminan.
Cari pembekal yang:
Berdaftar dengan SSM
Sediakan jaminan (warranty 6–12 bulan)
Ada sokongan teknikal
Boleh bantu A-Z untuk guide anda dalam bisnes
Cari pembekal yang berpengalaman dan terbukti meletakkan mesin sendiri di lokasi sebenar (proven result). Pembekal seperti ini bukan sahaja menjual mesin, tetapi mereka tahu selok-belok operasi sebenar kerana mereka sendiri mengendalikan kerusi di lokasi. Mereka lebih berpengalaman untuk bantu anda selesaikan masalah teknikal dengan cepat dan berkesan kerana telah hadapi pelbagai situasi sebenar sebelum ini.
Contoh pembekal boleh dilihat di:
➡️ www.rakanvending.com
Penutup: Mulakan Dengan Ilmu, Bukan Sekadar Semangat
Bisnes vending machine massage chair ini memang menjanjikan pendapatan pasif yang lumayan — jika anda bermula dengan persediaan yang betul.
Jangan sekadar tengok orang lain berjaya — ambil masa kaji, rancang, dan bertindak secara bijak.
🔽 Berminat Nak Mula Bisnes Vending Machine Massage Chair?
Dapatkan panduan lengkap, support, dan pembekal vending machine massage chair yang boleh dipercayai di sini: ➡️ www.rakanvending.com
