Ramai yang ingin memulakan perniagaan vending machine tetapi sukar mendapatkan lokasi.
Walaupun perniagaan ni nampak mudah , Tetapi masih ramai dikalangan kita yang malu untuk bertanya dan memohon sesuatu lokasi bagi menempatkan vending machine.
Yang sebenarnya mencari lokasi bagi menempatkan vending machine bukanlah sesuatu yang sukar .Proses mencari lokasi vending machine hanya memerlukan anda untuk bertanya, kepada onwer lokasi yang ingin dipohon bagi mendapatkan kebenaran menempatkan vending machine anda di lokasi tersebut.Proses yang sama diulang2 bagi mendapatkan lokasi yang lain.
Mungkin juga tidak semua boleh melakukannya dik kerna bimbing takut dihalau atau direject oleh onwer lokasi tersebut .
Oleh itu, disini saya senaraikan 4 tips cara mudah untuk mendapatkan lokasi bagi mereka-mereka yang nak buat perniagaan vending machine tapi malu nak cari lokasi …saya pun macam tu jugak sebenarnya 😉
Dibawah saya senaraikan 4 cara mendapatkan lokasi vending machine dengan mudah.
#1 Round2 Kawasan sekeliling dan dapatkan no telefon
Cara mudah yang anda boleh lakukan ialah dengan mendapatkan no contact onwer tempat yang anda mahu tempatkan vending machine atau name card onwer tersebut. Setelah anda mendapat no contact onwer tersebut, kerja anda sudah selesai. anda hanya perlu meminta kebenaran melalui telefon sahaja tanpa perlu bersemuka dengan onwer tersebut.
Tapi kebiasaannya contact onwer kita boleh terus dapat di signboard atau di dalam sesuatu premis tersebut. Contohnya seperti dobi layan diri, Jika anda masuk ke dalam sesuatu dobi layan diri, anda akan dapat melihat di dinding ada notis “Talian Hotline”. Kebiasaannya talian hotline tu adalah no contact onwer dobi tersebut. Anda ambik no contact tersebut dan balik rumah nanti cuba hubungi onwer tersebut pada masa yang anda rasakan sesuai. Jika ada rezeki anda, owner tersebut besar kemungkinan memberikan anda kebenaran untuk menempatkan vending machine dengan kadar yang segera.
#2 Guna internet
Internet adalah platform yang paling canggih pada abad ini. Segala maklumat anda boleh dapatkan di hujung jari tanpa perlu keluar rumah. Bagi mereka yang tidak ada masa utk pergi round2 kawasan sekeliling, boleh mengunakan platform ini.
Caranya anda hanya perlu search lokasi yang anda inginkan di internet. Contohnya jika anda tinggal di kajang mungkin anda boleh guna seacrh keyword “dobi layan diri kajang” dan anda akan nampak dibahagian page pertama google search senarai dobi layan diri di sekitar anda. Klik link tersebut dan dapatkan no telefon onwer lokasi yang berada di dalam link tersebut. jika tidak ada no telefon dobi tersebut, teruskan dengan membuat carian lain di internet.
Jadi, gunakan teknologi yang ada masa kini ini sebaik mungkin supaya dapat memudahkan hidup anda.
#3 Kalau Malu Nak Call , Just Whatsapp
Tak semua orang boleh bersemuka atau face to face dengan owner premis untuk mendapatkan lokasi dan tak semua juga berani untuk call. Untuk pengetahuan anda, zaman sekarang ni tidak semua orang suka angkat kol sebab orang tak suka orang yang tidak dikenali menganggu seseorang itu terutama bagi mereka yang banyak berhutang :).
Jadi, zaman sekarang orang lebih selesa dengan whatsapp,sms atau telegram kerana mereka boleh membaca apa yang anda ingin cuba sampaikan tanpa sebarang tekanan dan gangguan.
Whatsapp sahaja kepada onwer lokasi mengenai hajat anda untuk menempatan vending machine dan jika onwer tersebut reply bermakna onwer tersebut berminat dengan servis yang anda tawarkan dan jika onwer tersebut tidak reply berkemungkinan besar onwer tersebut tidak berminat dengan servis yang anda tawarkan itu.
#4 Ajak Kawan jika owner tempat ajak berjumpa
Kebiasaannya setelah anda menghubungi onwer dan owner tempat bersetuju membenarkan anda menempatkan vending Machine, kebiasaannya onwer tempat akan ajak berjumpa. Jika anda tak berani untuk berjumpa seorang diri, anda boleh membawa teman bagi mengurangkan perasaan gemuruh anda itu.
Pastikan juga anda sediakan sekali proposal untuk onwer tersebut bagi memberi gambaran yang lebih jelas mengenai apa yang anda ingin tawarkan. Jika anda takde contoh proposal dan surat mohon lokasi vending machine, anda boleh klik link ni [Klik disini Untuk Contoh Proposal & Surat Mohon Lokasi] saya bagi free je..ramai yang dah download 🙂
So macam mana anda dengan 4 tips diatas membantu tak? SENANGKAN kalau kita tahu caranya :). Semoga dengan 4 tips di atas ni dapat membantu anda menghilangkan kerungsingan anda bagi mendapatkan lokasi bagi vending machine.
Leave a Reply