
Ramai yang menjalankan perniagaan vending machine tetapi tidak tahu basic untuk membaikinya langsung. Perniagaan vending machine memang menguntungkan. Jika ditempatkan ditempat yang betul, pasti boleh menghasilkan pulangan yang lumayan walaupun anda sedang goyang kaki di rumah.
Tapi bagaimana vending machine anda tiba-tiba mengalami kerosakan yang menyebabkan vending machine anda tidak boleh menjanakan pendapatan…..pasti huru-hara anda dibuatnya.
Kebanyakan pengusaha vending machine harini , bila terjadi sesuatu kerosakan vending machine mereka, mereka mengambil jalan dengan meminta bantuan daripada mereka yang pakar dalam membaiki vending machine ini dan mereka juga akan mengenakan upah yang setiap kali servis mereka diperlukan bergantung pada jarak dan lokasi.
Harini saya nak kongsikan kepada anda 3 tips sebagai persediaan jika berlaku kerosakan pada vending machine anda.
1. Jangan Panic Hubungi pihak pembekal barangan vending machine
kebiasaannya, pembekal akan memberi jaminan selama 1 tahun bagi setiap vending machine yang dibekalkan dan jika terjadi sebarang kerosakan kepada vending machine anda dalam tempoh kurang daripada 1 tahun , alat ganti akan diberikan secara percuma dan tidak termasuk kos pemasangan.
Ada juga sesetengah pembekal vending machine yang hanya menjual dan tidak memberi sebarang jaminan setelah menjualnya dan sekadar mengambil keuntungan daripada anda. Jadi, pastikan anda menyemak terlebih dahulu latar belakang syarikat atau pembekal yang anda berurusan sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli kerusi layan diri daripada mereka.
2. Pastikan anda mendapatkan contact untuk 2 ke 3 syarikat yang membekal barangan vending yang sama dengan anda
Hal ini penting jika pembekal barangan vending machine anda gagal untuk dihubungi. Dapatkan 2 ke 3 contact pembekal untuk barangan yang sama sebagai backup plan jika pembekal barangan vending machine anda tidak memberi respon.
3. Jangan berharap 100% kepada pihak pembekal belajar basic untuk membaiki sendiri untuk kesenangan anda
Anda juga tidak boleh bergantung 100% kepada pihak pembekal. Ianya penting jika anda dapat belajar sedikit ilmu mengenai cara membaiki vending machine, anda akan dapat menjimatkan duit anda dari membayar upah membaiki vending machine anda. Jika berlaku kerosakan tanpa bantuan dari mana-mana pihak pun perniagaan kita masih berjalan seperti biasa.
Tetapi, ada kalanya ketidak bergantungan kepada mana -mana pihak lain jugak adalah sukar kerana adalakala jika sesuatu masalah itu rumit dan tidak dapat diselesaikan , kita terpaksa juga kita meminta bantuan dari pihak yang lebih arif akan masalah tersebut. Tapi, sebaik-baiknya kurangkan ke bergantungan terhadap pihak pembekal kerana saya pasti kerja anda akan menjadi lebih mudah dan pantas.
Semoga sedikit info ini dapat memberi manfaat kepada anda dalam menjalankan perniagaan vending machine.
Jika anda perlukan bimbingan atau ingin saya bantu anda memulakan perniagaan vending machine, layari 👉 www.rakanvending.com
