Di sini ingin saya lampirkan juga beberapa tips yang saya ingin kongsikan kepada anda sebelum anda memulakan perniagaan kerusi urut layan diri supaya anda lebih bersedia :-
- Pastikan anda mencari kawasan yang dekatan dengan tempat tinggal supaya memudahkan anda untuk mengutip wang dan mudah untuk anda menjaga kerusi urut anda sekiranya berlaku sebarang hal.
- Kerusi urut yang ditempatkan dipantau sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.
- Dapatkan khidmat nasihat daripada kami melalui telefon, whatsapp atau pun bersemuka bagi mencerahkan lagi pengetahuan anda mengenai perniagaan ini.
- Bertanya dengan rakan-rakan yang telah melakukan perniagaan ini.
- Pastikan sebelum anda membuat pembayaran kepada pembekal, pastikan andamembuat kajian tentang pembekal tersebut bagi mengelakkan anda di Scam oleh pembekal yang tidak bertanggungjawab.
- Sebaik-baiknya bersemuka dengan pembekal sebelum membuat bayaran.
- Cari pembekal yang mempunyai stok untuk barang ini bagi memudahkan anda untuk memulakan perniagaan ini.
- Cari pembekal yang berdekatan dengan kawasan anda supaya anda mudah untuk mendapatkan bantuan.
- Buat kajian yang cukup mengenai lokasi yang anda ingin meletakan kerusi urut layan diri anda kerana ia amat penting bagi keuntungan anda setiap bulan.
- Berbaik dengan orang-orang disekitar tempat anda menempatkan kerusi urut layan diri kerana mereka ini boleh menjadi mata-mata anda jika anda tiada sekaligus mendapat membantu anda jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingin pada kerusi urut anda.
Perniagaan kerusi urut layan diri memerlukan strategi yang betul.Tanpa strategi yang betul berkemungkinan besar hasil kutipan setiap bulan yang dihasilkan oleh kerusi urut layan diri anda tidak mampu membayar sewaan bulanan dan sekaligus mendatangkan kerugian. Perlu anda tahu bahawa keuntungan bagi perniagaan ini adalah bergantung kepada lokasi yang anda tempatkan untuk kerusi urut layan diri anda.
Jika anda inginkan pihak kami membantu anda dalam perniagaan vending machine sila layari www.rakanvending.com
Leave a Reply