
Ramai orang tanya: “Penat ke buat bisnes vending machine?”
Jawapannya: Ya, ada penat — tapi bukan sepanjang masa. Dan yang penting, penat yang berbaloi.
Jom saya kongsikan dari pengalaman sebenar.
✅ Fasa Awal – Memang Akan Rasa Penat Sikit
Bila baru mula, semuanya anda kena buat sendiri:
Survey lokasi satu-satu
Angkut & setup mesin
Belajar cara kutipan, maintenance, kira margin
Handle masalah sendiri (duit sangkut, skrin tak menyala, rosak tak tahu punca)
Ini normal. Setiap bisnes ada fasa susahnya. Tapi yang ini — kalau anda rajin belajar dan ambil tindakan, cepat stabil.
✅ Bila Dah Ada Sistem – Penat Makin Kurang
Lepas beberapa bulan:
Anda tahu lokasi mana perform
Dah ada jadual kutipan
Gunakan Google Sheets atau sistem IOT untuk pantau
Dah simpan sparepart siap-siap
Ada team atau staff bantu
Masa ni, anda cuma perlu:
Datang 1–2 kali seminggu ikut lokasi
Servis biasa & topup barang
Terima duit & report kutipan
Contoh:
Saya urus lebih 70 unit kerusi urut — tapi saya cuma ambil masa beberapa hari je setiap minggu. Yang penting: sistem dan team.
✅ Jenis Penat Yang Boleh Dielakkan
Ada penat yang buat orang give up:
Letak mesin jauh sangat dari rumah
Tak ada sistem — semua buat manual
Tak tahu nak handle masalah teknikal
Lokasi tak perform — tapi dibiarkan
Cara elak:
Letak lokasi ‘senang jaga’ & dekat
Gunakan tools percuma seperti Google Sheets
Simpan SOP dan log masalah
Bersedia belajar — ikut komuniti atau mentor vending
✅ Penat Tapi Sangat Puas Hati
Bisnes vending machine bukan goyang kaki — tapi:
Anda ada mesin bekerja untuk anda 24 jam
Kutipan masuk walaupun anda bercuti
1 mesin pun boleh bantu bayar bil elektrik atau duit minyak
Bila cukup unit, boleh tukar jadi full income
Ia macam tanam pokok: mula-mula susah, tapi bila berbuah — puas hati sangat.
Penutup
Vending machine bukan skim cepat kaya. Tapi kalau anda buat dengan betul, ia jadi side income paling konsisten dan stabil.
Ya, ada penat sikit. Tapi bila tengok hasil, penat tu hilang, tinggal puas.
👉 Nak belajar cara mulakan vending machine dengan strategi jimat, lokasi power & sistem yang mudah urus? Layari www.RakanVending.com
