
Ramai orang baru dalam dunia vending machine selalu fikir kena beli mesin baru kalau nak mula bisnes. Tapi bila tanya pada pemain lama atau “otai” dalam industri vending machine, kebanyakan mereka jarang beli mesin baru.
Kenapa jadi macam tu? Apa yang mereka tahu, tapi orang baru belum tahu?
1. Mesin Baru Cepat Susut Nilai
Macam kereta, vending machine juga ada susut nilai. Bila anda beli mesin baru dengan harga RM12,000 – RM15,000, nilai akan jatuh sebaik sahaja anda gunakan kerana dah jadi secondhand.
Otai vending machine tahu benda ni. Jadi mereka akan cari jalan kurangkan kos permulaan supaya pulangan pelaburan (ROI) lebih cepat.
2. Mesin Secondhand Masih Berfungsi Baik Kalau Dijaga
Kebanyakan otai beli mesin secondhand, tapi mereka tahu apa yang perlu disemak:
Model mesin & ketersediaan spare part
Keadaan motor, sensor & panel
Panel cashless / sistem bayaran masih berfungsi atau tidak
Kalau perlu, mereka buat servis dulu sebelum pasang di lokasi baru. Harga boleh dapat jauh lebih murah – kadang-kadang harga tak masuk akal.
3. Mereka Dah Ada Kepakaran Baiki Sendiri
Otai biasanya dah tahu selok-belok mesin – jadi tak kisah kalau beli mesin yang perlukan sedikit baik pulih. Mereka boleh:
Buka dan servis semula mesin
Tukar part rosak dengan mudah
Jimat kos technician luar
4. Modal Kecil, Tapi Boleh Cepat Gandakan Mesin
Kalau satu mesin baru RM12,000, tapi mesin secondhand cuma RM5,000 ke RM6,000 – otai boleh beli 3 mesin secondhand dengan bajet yang sama.
Ini bagi mereka lebih banyak peluang uji lokasi dan gandakan income dengan lebih pantas.
5. Mesin Baru Pun Akan Rosak
Ini poin paling realistik. Mesin baru tak jamin tiada rosak.
Jadi otai akan tanya:
“Kalau kedua-dua akan rosak, baik aku beli yang murah dulu.”
Asalkan tahu cara selenggara dan baiki, mesin secondhand tetap boleh beri pulangan yang baik.
6. Ada Juga Otai Suka Mesin Baru
Walaupun ramai otai suka beli mesin secondhand, ada juga otai yang tetap pilih beli mesin baru — biasanya:
Mereka ada bajet lebih
Mahu kurangkan risiko maintenance pada awal
Pentingkan imej & penampilan mesin untuk jaga branding perniagaan mereka
Tak ada yang salah. Yang penting, tahu kenapa anda pilih sesuatu strategi dan pastikan ianya sesuai dengan matlamat anda.
Kesimpulan
Beli mesin baru tak salah. Tapi kalau anda baru mula dan bajet terhad, jangan takut untuk pertimbangkan mesin secondhand.
Belajar dari otai – mereka utamakan:
Kos rendah untuk mula
Ilmu tinggi untuk jaga & baiki mesin
Tindakan cepat untuk gandakan hasil
📘 Nak mula dengan langkah bisnes vending machine dengan betul? 👉 Layari: www.rakanvending.com
