Mula Bisnes Vending Dengan Bajet Kecil — Ramai Tak Tahu Cara Ni Boleh Dapatkan Vending Machine Murah

vending machine murah

Ramai orang rasa bisnes vending perlukan modal besar, tapi sebenarnya anda boleh mula dengan bajet kecil — kalau anda tahu caranya.

Saya sendiri bermula dengan bajet yang terhad, tetapi alhamdulillah kini urus lebih 70 unit vending machine aktif seluruh Lembah Klang.

Berikut antara strategi yang boleh bantu anda mula bisnes vending machine murah walaupun bajet tak besar:


✅ 1. Mulakan Dengan 1 Unit Dulu — Vending Machine Murah Pun Dah Cukup

Ramai nak terus mula dengan 3–5 unit, tapi bagi saya cukup mulakan dengan 1 unit vending machine sahaja. Contoh:

  • Kerusi urut layan diri

  • Mesin minuman

1 unit pun boleh jana RM300–RM1,000 sebulan — cukup untuk test market dan belajar operasi sebenar.


✅ 2. Gunakan Vending Machine Murah & Terpakai

Tak perlu beli baru terus. Anda boleh mula dengan mesin:

  • Secondhand dari marketplace

  • Beli dari orang yang nak let go mesin

  • Beli mesin rosak dan baiki sedikit (jika ada ilmu)

Kos jauh lebih murah dan ROI lebih cepat.


✅ 3. Cari Lokasi Power Sebelum Beli Vending Machine

Lokasi penting. Kalau lokasi bagus:

  • Mesin perform baik walaupun model lama

  • Kutipan stabil dan cepat capai modal

Contoh lokasi bagus:

  • Klinik

  • Kedai dobi

  • Pusat servis kereta

Lokasi terbaik = tempat orang tunggu lama & mudah nampak.


✅ 4. Guna Sistem Sewa Beli / Konsainan Untuk Dapatkan Vending Machine Murah

Jika bajet ketat:

  • Cari pembekal yang sediakan mesin secara sewa beli

  • Atau model konsainan: anda urus, kongsi keuntungan

Tiada kos permulaan tinggi, dan anda boleh mula segera.


✅ 5. Simpan Bajet Kecemasan

Pastikan simpan bajet untuk:

  • Alat ganti (motor, note accepter, transformer)

  • Kerosakan luar jangka

  • Kos pindah mesin jika perlu

Bajet RM200–500 cukup sebagai buffer awal.


✅ 6. Belajar Ilmu Asas Maintenance Vending Machine

Kalau anda tahu:

  • Tukar motor

  • Reset mesin

  • Tukar fuse / sensor

…anda dah boleh jimat kos ratusan ringgit sebulan.

Video & panduan percuma banyak tersedia di internet — termasuk di group Facebook, Youtube dan forum komuniti vending.


✅ 7. Urus Duit & Kutipan Vending Machine Dengan Sistem

Walaupun baru 1 mesin, mula simpan rekod:

  • Kutipan mingguan

  • Kos servis

  • Untung bersih

Guna Excel atau Google Sheets. Bila dah banyak mesin nanti, data ni sangat berguna.


Penutup

Jangan tunggu cukup RM10,000 baru nak mula. Mulakan dengan apa yang ada, dan grow secara bertahap.

Yang penting:

  • Lokasi bagus

  • Ilmu asas

  • Konsisten urus & belajar

👉 Nak belajar dari pengalaman sebenar urus lebih 70 unit vending machine? Baca: Rahsia Jaga 70 Unit Mesin Layan Diri Selama 10 Tahun

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top