
Soalan paling popular yang kami terima sepanjang menjalankan bisnes vending machine:
“Senang ke nak cari lokasi untuk vending machine?”
Soalan ini nampak ringkas, tapi jawapannya boleh jadi sangat subjektif – bergantung pada siapa yang jawab, pengalaman dia, dan jenis mesin yang dia gunakan.
Dalam artikel ni, kami bongkarkan realiti sebenar tentang cabaran dan peluang dalam mencari lokasi vending machine — bukan sekadar teori, tapi berdasarkan pengalaman sebenar kami dan pengusaha lain.
1. Memang Susah Kalau Tak Tahu Cara
Ramai orang ingat bisnes vending ni macam letak mesin → orang datang guna → duit masuk.
Hakikatnya, langkah paling kritikal adalah dapatkan lokasi vending machine yang sesuai.
Kalau main redah tanya satu-satu premis tanpa strategi, memang nampak macam susah:
Asyik ditolak
Tak dapat jumpa owner
Tak tahu nak pitch apa
Tak tahu beza antara lokasi vending machine yang hanya ramai orang lalu lalang, dengan lokasi di mana orang benar-benar berhenti dan guna mesin
Tapi kalau anda tahu apa yang pemilik lokasi mahukan, tahu cara present bisnes anda, dan tahu apa yang mesin anda boleh tawarkan, prosesnya jadi lebih mudah dan berkesan.
2. Jenis Mesin Tentukan Lokasi yang Sesuai untuk Vending Machine
Contoh mudah:
Mesin minuman ringan biasanya sesuai di tempat ramai orang dan lalu lalang seperti kilang, sekolah, universiti.
Mesin kerusi urut sesuai di kawasan menunggu seperti dobi layan diri, Carwash, atau hospital.
Mesin makanan panas lebih sesuai di kawasan pejabat atau kawasan komersial yang kekurangan kedai makan.
Kalau salah padan jenis mesin dengan lokasi vending machine, anda akan rugi masa, tenaga, dan modal.
3. Persaingan Dah Banyak, Tapi Peluang Masih Luas
Ya, memang sekarang banyak orang dah mula masuk bisnes vending. Tapi jangan silap, masih terlalu banyak lokasi vending machine strategik yang belum diteroka.
Ramai pengusaha hanya target lokasi “popular” yang nampak obvious (mall, stesen LRT), tapi terlupa:
Klinik swasta
pusat tuisyen
Kedai dobi 24 jam
Gym & studio kecergasan
Kafeteria kilang
Asrama pekerja asing
Carwash
Lokasi-lokasi ni kadang lebih stabil dan hasilnya lebih konsisten kalau kena gaya.
4. Perlu Pandai Negosiasi & Urus Perhubungan
Satu lagi sebab kenapa orang kata susah cari lokasi vending machine:
Tak tahu cara berunding.
Pemilik lokasi akan tanya:
Apa saya dapat?
Kalau mesin rosak, macam mana?
Di sinilah pentingnya ilmu komunikasi & servis. Bila anda tahu cara jawab, beri jaminan, dan beri nilai tambah kepada pemilik lokasi vending machine, mereka akan lebih yakin dan terbuka.
5. Kesimpulan: Ya, Mungkin Susah… Tapi Boleh Jadi Senang Bila Anda Ada Ilmu & Strategi
Kalau anda betul-betul serius nak mula bisnes vending machine, ilmu cari lokasi vending machine ini WAJIB anda kuasai.
Dan ya, kalau anda ada mentor, sistem, dan rangkaian yang betul — proses cari lokasi vending machine ni boleh jadi sangat lancar, malah menyeronokkan!
➕ Bonus: Nak Belajar Cara Cari Lokasi Vending Machine Dengan Betul?
Kami sediakan panduan & tips percuma yang disertakan dengan contoh sebenar lokasi-lokasi vending machine yang kami sendiri pernah gunakan dan terbukti berkesan.
👉 Klik di sini untuk baca panduan penuh: Strategi Pilih Lokasi Vending yang Buat Jualan Anda Meletup.
