4 Langkah Penting Penjagaan Kerusi Urut Layan Diri

Ramai pengusaha yang menjalankan bisnes kerusi urut layan diri, tetapi tidak tahu bahawa penjagaan mesin ini sebenarnya sangat mudah. Anda hanya perlu pastikan 4 perkara asas ini untuk memastikan kerusi urut layan diri anda beroperasi dengan baik, tahan lama dan sentiasa memberi kepuasan kepada pelanggan.

Berikut adalah panduan penjagaan kerusi urut layan diri yang anda perlu lakukan secara konsisten:


✅ 1. Jaga Kebersihan Kerusi Secara Berkala

Kebersihan kerusi sangat penting untuk memberikan pengalaman pengguna yang selesa dan bersih.

  • Lap kerusi dengan kain lembap atau pembersih khas sekurang-kurangnya dua minggu sekali

  • Sebaiknya bersihkan setiap kali anda datang kutip wang

  • Fokus pada bahagian sandaran, tempat duduk, dan kawasan lengan


✅ 2. Sapu Minyak Grease Pada Roller Urutan Setiap 5 tahun sekali

Bahagian roller belakang adalah komponen utama dalam kerusi urut layan diri. Pastikan ia sentiasa lancar dan tidak berkarat.

  • Guna grease khas untuk alat mekanikal

  • Lakukan setiap 5 tahun sekali

  • Elak guna minyak masak atau pelincir sembarangan


3. Cuba Kerusi Setiap Kali Kutip Wang

Sebelum pulang, pastikan anda uji fungsi kerusi urut layan diri anda. Cuba semua butang dan jenis urutan.

  • Ini membantu anda kesan awal sebarang masalah teknikal

  • Jika ada urutan tak berfungsi, anda boleh baiki segera

  • Elak pelanggan kecewa atau membuat aduan


✅ 4. Pastikan Mesin Boleh Terima Wang Dengan Betul

Bahagian penerima wang (bill acceptor / coin slot) adalah nadi utama mesin layan diri anda.

  • Semak sebelum pelanggan guna

  • Jika tak dapat terima duit, pelanggan tak boleh guna dan ini merugikan anda

  • Bersihkan kawasan acceptor daripada habuk, resit atau duit tersangkut


Kesimpulan

Penjagaan kerusi urut layan diri tak perlu rumit. Dengan hanya 4 langkah mudah ini, anda bukan saja menjamin pengalaman pelanggan yang memuaskan, tetapi juga memastikan mesin anda tahan lama dan menguntungkan.

Jika anda mengalami sebarang masalah teknikal yang rumit atau ingin tahu lebih lanjut tentang bisnes kerusi urut layan diri, sila layari:👉 www.rakanvending.com

Kami sedia membantu anda dari A hingga Z — termasuk pembelian, penyelenggaraan, dan strategi pemasaran mesin vending anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top