Perniagaan kerusi urut memang menguntungkan.Jika ditempatkan ditempat yang betul, pasti boleh menghasilkan pulangan yang lumayan walaupun anda sedang goyang kaki di rumah.
Tapi bagaimana jika kerusi urut anda tiba-tiba mengalami kerosakan yang menyebabkan kerusi urut anda tidak boleh menjanakan pendapatan….pening kepalalah jawabnya.
Harini saya nak kongsikan kepada anda apakah kerosakan yang biasa berlaku pada kerusi urut dan bagaimana cara menanganinya.
kesemua jenis kerosakankan ini bukanlah andaian saya semata2. Tetapi ianya adalah pengalaman saya bersama rakan-rakan dan pelanggan saya sepanjang 3 tahun dalam bidang ini.
1.Kerusi urut menerima duit tapi tidak menjalankan proses urutan
Klau tiba-tiba kerusi urut anda mengalami masalah boleh menerima duit tetapi tidak menjalankan proses urutan bermakna kerusi urut anda mengalami masalah pada bahagian rolling motor. Jadi, cara paling senang nak settlekan masalah ini adalah tukar rolling motor yang rosak tersebut dengan motor yang baru. Kedudukan rolling motor adalah seperti di dalam gambar rajah dibawah. Kami juga jual menjual semua alat ganti bagi kerusi urut layan diri Model RT-MO2 dan RT-MO2A. Sila layari www.rakanvending.com untuk maklumat lanjut.
2. Bill Accepter tak boleh terima duit
Terdapat beberapa sebab kenapa bill accepter pada kerusi urut anda tidak dapat menerima wang. Antaranya :-
- Bill accepter anda perlu di format
Pernah terjadi kepada saya dan beberapa pelanggan saya yang mana duit RM 1, RM 5 dan RM 10 (Baru) tidak boleh diterima oleh bill accepter. Hanya duit RM 1, RM 5 dan RM 10 (lama) sahaja yang boleh diterima. Hal ingin sangat jarang terjadi. Tapi jika ianya terjadi anda perlu format dan Upgrade semula software di dalam bill accepter anda.
Kami juga menyediakan perkhidmatan untuk format dan Upgrade semula software di dalam bill accepter anda. Sila layari www.rakanvending.com untuk maklumat lanjut
- Duit syiling atau duit kertas tersangkut
Ni adalah perkara yang biasa berlaku. Ia biasanya terjadi adalah disebabkan hasil tangan-tangan kanak-kanak dan mungkin juga orang dewasa yang memasukkan duit syiling ke dalam bill accepter. Duit kertas juga boleh tersangkut jika penguna kerusi urut mengunakan wang kertas yang terlampau berkedut atau koyak. Cara mengeluarkan duit yang tersangkut anda boleh ikut didalam blog saya sebelum ini “Cara-Cara Mengeluarkan duit syiling yang tersangkut di bill Accepter Model RT-M02“.
- Sensorboard atau Mainboard pada bill accepter rosak
Anda telah memeriksa bill accepter anda dan mendapati tidak ada duit kertas atau syiling yang tersangkut. Duit baru dan lama juga tidak boleh diterima oleh bill accepter dan monitor screen pada bill accepter tidak mengeluarkan sebarang tanda “Err” ini menunjukkan bawa bill accepter anda telah rosak dan perlu dibaiki. Klik disini jika anda ingin tahu bagaimana “cara-cara membuka bill accepter“Kami juga menyediakan perkhidmatan untuk membaiki bill accepter . Sila layari www.rakanvending.com untuk maklumat lanjut.
Selamat mencuba dan bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk kami sila layari www.rakanvending.com
Leave a Reply