
Ramai orang ingat bisnes vending massage chair ni mudah – letak mesin, kutip duit, siap. Tapi realitinya jauh berbeza. Selepas lebih 10 tahun jaga lebih 70 unit kerusi urut di pelbagai lokasi, saya boleh katakan — ada banyak perkara yang saya sendiri tak expect pada awalnya. Artikel ini saya kongsikan sebagai panduan, teladan dan persediaan untuk anda yang serius nak ceburi bisnes ini.
1. Perangai Pelanggan Yang Tak Dijangka
Anda akan terkejut dengan gelagat pengguna:
Duduk atas mesin tapi tak bayar.
Kanak-kanak jadikan mesin tempat bermain.
Ada juga yang cucuk syiling atau kertas.
Dan yang paling “best” — ada pelanggan siap tertidur atas mesin!
Pengajaran: Bersiap sedia dengan gelagat pengguna pelbagai ragam. Lokasi awam memang penuh kejutan.
2. Orang Suka Off Kerusi dan Cabut Plug
Satu perkara yang selalu berlaku tanpa dijangka — orang suka sangat tutup suis atau cabut plug mesin urut. Bila mesin tidak dimasukkan duit dalam masa 1 minit, ia akan berbunyi sebagai isyarat sistem, dan bunyi ini kadang-kadang dianggap mengganggu oleh staf premis — sebab itulah mereka suka off suis atau cabut terus plug.Paling biasa saya jumpa ada yang guna plug mesin untuk charge telefon.
Pengajaran: Lepas banyak kali berlaku kes seperti ini, saya ambil inisiatif pasang penutup plug bermagnetik (magnet + skru) untuk elakkan orang cabut sewenang-wenangnya.
3. Kos Penyelenggaraan Yang Tak Tetap
Bulan ni mesin okay, bulan depan tiba-tiba motor urut rosak. Ada masa, 3–4 unit kena servis serentak. Bila mesin dah masuk tahun ke-3 hingga ke-5, anda juga kena bersedia untuk tukar bahagian seperti sarung kulit (leather) dan airbag yang sudah mula merekah atau koyak. Kalau tak ganti, mesin nampak uzur dan boleh jejaskan pengalaman pengguna.
Walaupun kutipan tinggi, kos maintenance boleh ganggu cash flow kalau tak diurus baik.
Pengajaran: Sediakan tabung khas untuk maintenance. Jangan guna semua hasil sebagai keuntungan bersih.
4. Musim & Cuti Umum Akan Mempengaruhi Kutipan
Contohnya:
Bulan Ramadan: kutipan naik mendadak juga sebab ramai orang keluar beli baju raya.
Hujung tahun & cuti sekolah: kutipan naik di kawasan tumpuan keluarga.
Pengajaran: Gunakan data untuk buat keputusan lokasi & promosi.
5. Gangguan Pihak Ketiga – dari Vandalisme Sampai “Sampah”
Ada kes mesin saya dikoyakkan pelekatnya, ada yang sabotaj plug, dan yang paling “favorito” sekali — orang suka makan dan minum sambil duduk atas kerusi urut, lepas tu tinggal sampah merata-rata! Ini buat mesin nampak kotor dan boleh ganggu pengguna seterusnya.
Pengajaran: Bersedia dengan realiti industri. Lokasi yang baik perlu dijaga macam aset. Pastikan mesin sentiasa bersih dan mesra pengguna.
6. Sokongan Teknikal Dari Supplier Tak Selalunya Konsisten
Ada supplier yang hanya jaga masa awal pembelian. Selepas setahun, kita kena urus sendiri semua. Jadi penting untuk belajar selok-belok mesin dan ada supplier spare part alternatif.
Pengajaran: Bina network dengan technician dan belajar DIY repair asas.
7. Bina Pasukan & SOP Lebih Pantas Dari Yang Anda Sangka
Awalnya, saya buat semua sendiri – dari refill duit kecil, collect hasil, sampai repair kecil. Tapi bila unit dah lebih 30, saya terpaksa bina sistem. Upah runner, gaji technician, buat Google Sheet, ada checklist lokasi dan SOP kutipan.
Pengajaran: Automasi dan bina pasukan awal supaya bisnes anda boleh berkembang.
8. Kutipan Konsisten Selama Lebih 10 Tahun
Apa yang saya tak sangka — walaupun ada turun naik, gangguan teknikal, dan masalah lokasi, masih ada banyak mesin yang beri kutipan konsisten bulan demi bulan selama lebih 10 tahun. Lokasi yang stabil, mesin yang dijaga rapi, dan pemantauan berkala adalah kunci utama.
Pengajaran: Konsisten dalam penyelenggaraan dan pemilihan lokasi akan hasilkan pendapatan jangka panjang yang stabil.
Kesimpulan
Bisnes vending massage chair ini memang boleh beri pendapatan pasif — tapi jangan ingat ia 100% automatik tanpa cabaran. Realitinya, ia perlukan pengurusan, disiplin dan kesabaran yang tinggi.
Kalau anda bersedia hadapi perkara yang tak dijangka, barulah anda boleh capai keuntungan jangka panjang.
➡️ Nak belajar lebih lanjut tentang bisnes vending machine & massage chair? Kunjungi www.rakanvending.com untuk panduan, support & produk .