Mesin Coklat Layan Diri ….. Boleh buat untung ke ?

Ramai yang tanya soalan in kat saya…..

“Mesin coklat layan diri ini untung ke ?”

“Berapa Collection boleh dapat seminggu ?”

“Macam mana nak kira untung ? “

“Nak letak kat mana mesin coklat ini ?”

Dan macam lagi….

Sebelum saya menjawab pertanyaan di atas, biar saya terangkan serba sedikit mengenai mesin coklat layan diri ni..


APA ITU MESIN COKLAT LAYAN DIRI ?

20160308_103116[1]

Mesin Coklat layan diri adalah sejenis produk vending machine yang lebih ekonomi,mesra pengguna, murah dan berpatutan bagi membantu golongan yang ingin mencari pendapatan tambahan dengan cara yang mudah dan sekaligus mengukuhkan sumber kewangaan anda

Tidak seperti produk vending machine lain, dengan Mesin Coklat layan diri  anda hanya memerlukan modal yang permulaan sangat rendah berbanding produk vending machine yang lain yang memerlukan anda mengeluarkan sejumlah wang yang sangat besar sebagai modal permulaan

Mengikut kajian saya ramai orang malaysia yang tak tahu pasal perniagaan mesin coklat layan diri ni. Dengan mengunakan produk utama iaitu coklat M&Ms,ia bukan sahaja digemari ramai malah juga tahan cair berbanding daripada coklat-coklat lain yang ada dipasaran . Dengan mesin coklat layan diri ,anda boleh menjana pendapatan ratusan ringgit tanpa perlu mengawasan yang rapi dan kerap seperti perniagaan vending machine yang lain. Cukup hanya dengan membuat pemantauan sekali sebulan bagi memastikan bekalan coklat sentiasa cukup untuk mesin coklat anda.


MESIN COKLAT LAYAN DIRI NI BOLEH BUAT DUIT KE ? BERAPA BANYAK COLLECT DALAM MASA SEMINGGU ?

Persoalan untung atau tidak adalah  sesuatu yang amat subjektif. Cuba anda bayangkan, dengan membeli mesin ini pada kadar harga sekitar RM 1+++.00, anda boleh menjana pendapatan di antara RM 100-RM 300 sebulan seunit. Tidakkah itu sesuatu yang bagus untuk dijadikan side income bagi anda ?

Bagi saya, itu sesuatu yang bagus kerana dengan mengeluarkan modal sekitar RM 1000 ke RM 1500 , anda sudah pun boleh menjana pendapatan sampingan tanpa perlu mengeluarkan modal yang banyak sehingga beribu-ribu ringgit seperti mesin layan diri air tin dan lain2.

Jika anda ingin keuntungan yang lebih hasil dari kutipan mesin coklat ini ,saya mengesyorkan kepada anda menempatkannya lebih dari 1 unit. Bayangkan anda mempunyai 10 unit mesin coklat yang telah pun ditempatkan. Setiap satu darinya boleh menghasilkan lebih kurang 200 ringgit sebulan. So, sebulan anda boleh mendapat income tambahan lebih kurang RM2000 ringgit.Tolak sewa bulanan utk 10 mesin dalam RM 300 ( sewa 1 mesin RM 30 ). Buta-buta anda boleh dapat RM 1700 ringgit sebulan dengan hanya goyang kaki dirumah.


MACAM MANA NAK KIRA UNTUNG UNTUK MESIN COKLAT NI ?

Hasil daripada kajian yang saya lakukan. Mesin ni hanya berfungi mengunakan duit 50 sen baru sebanyak 2 keping bersamaan RM 1.00. Margin keuntungan dari RM 1.00 adalah sebanyak 50 sen dan 50 sen lagi adalah modal untuk coklat( bergantung pada harga dan modal coklat yang dikeluarkan untuk membeli coklat M&Ms ) .Di Malaysia ,size paling besar bagi Coklat M&Ms yang dijual adalah 200g bagi flavour peanut dan Milky chocolate. So, macam mana saya boleh setkan untung margin dalam dalam 50 sen ?…Caranya kiraannya seperti dibawah :-

Harga bagi 200g coklat M&Ms :

  1. M&Ms Peanut (200g) -RM 9.00 –> ade lebih kurang 85 Biji
  2. M&Ms Milky Chocolate (200g) -RM 9.00 –> ade lebih kurang 230 Biji

Katakan kita set setiap kali orang guna ( 50 sen x 2 keping)  , jumlah coklat yang akan keluar :

  • M&Ms Peanut –> 5 Biji (seringgit)
  • M&Ms Milky Chocolate  –> 12 Biji (seringgit)

So, untung bagi 1 paket coklat M&Ms (200g) :

  1. M&Ms Peanut (200g) –  85 Biji / 5 biji = RM 17.00 – RM 9.00 = RM 9.00
  2. M&Ms Milky Chocolate (200g) – 230 Biji / 12 biji =  RM 19.00 – RM 9.00 = RM 10.00

Untung bagi 1 pusingan mesin coklat :

M&Ms Peanut = (RM 9/RM 17) = 0.52 sen

M&Ms Milky Chocolate = (RM 10/RM 19) = 0.53 sen


NAK LETAK KAT MANE MESIN COKLAT NI ?

Lokasi adalah segala-galanya dalam perniagaan ini. Perlu anda tahu bahawa keuntungan bagi perniagaan ini adalah bergantung kepada lokasi yang anda tempatkan untuk mesin coklat anda .Banyak lokasi yang sesuai bagi menempatkan mesin coklat layan diri .Antaranya, seperti pejabat kerajaan,shopping mall, kaunter-kaunter menunggu,pusat sukan dan banyak lagi. Disebabkan mesin coklat ini agak kecil dan mudah dialih, kawasan yang terbaik untuk ditempatkan adalah dikawasan yang bertutup ,ini bagi mengelakkan sebarang aktiviti vandislime berlaku. Jika anda ingin tempatkan mesin coklat anda seperti dikawasan dobi layan diri pastikan anda menambat atau mounting mesin coklat anda seperti gambar dibawah dan pasangkan alat penggera keselamatan bagi menambah lagi ciri-ciri keselamatan bagi mesin anda.

20160308_163337[1]

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda.
Jika anda berminat untuk memulakan perniagaan mesin layan diri dan ingin tahu bagaimana untuk bermula, layari 👉 www.rakanvending.com untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top