
Masalah motor adalah masalah yang biasa terjadi pada kerusi urut layan diri. Antara tanda-tanda yang memerlukan kerusi urut layan diri anda menukar motor adalah :-
- Menerima wang tetapi tidak menjalan proses urutan
- Vibrate pada motor hilang secara tiba-tiba
- Kerusi urut layan diri anda menerima wang dan menjalankan urutan dan secara tiba-tiba terhenti ketika menjalankan proses urutan
Terdapat juga beberapa faktor lain yang menyebabkan masalah ini dan akan tetapi 3 tanda-tanda diatas antara punca utama yang sering terjadi. Kesemua tanda-tanda ini adalah berpunca dari kerosakan yang berlaku pada Kneading dan rolling motor yang berada dibahagian urutan didalam kerusi urut layan diri anda. Jadi , disini saya ingin membantu anda bagaimanakah langkah-langkah untuk membuka dan memasang semula Kneading dan rolling Motor.
Cara Membuka Rolling Motor
- Buka zip sarung cover belakang kerusi urut anda
- Buka cover belakang kerusi urut anda dengan membuka 5 skru (1 skru diatas ,2 skru di tengah dan 2 lagi skru dibawah) dan tanggalkan cover belakang tersebut.
- Selepas membuka cover tersebut anda , akan nampak 2 motor iaitu 1 motor disebelah atas Kneading dan 1 motor lagi di sebelah kanan iaitu rolling motor ) seperti rajah di bawah :-
- Buka 4 skru yang dimountkan bersama motor rolling dengan mengunakan ellenkey seperti rajah di bawah
Tanggal belting dibahagian kepada belting gear dan Buka 2 skru kecil mengunakan ellenkey dibahagian kepada belting gear.
- Tanggalkan connecter rolling motor dan potong cable tight yang diikat sepanjang cable rolling motor dan rolling motor berjaya di tanggalkan
- Proses untuk menukar motor Kneading dan motor rolling adalah sama.Jadi, Saya hanya akan menerangkan bagaimana membuka dan memasang baru motor pada motor rolling sahaja
Cara Memasang rolling Motor
- Pasang 4 skru yang dimountkan bersama motor rolling dengan mengunakan ellenkey seperti rajah di bawah.Pastikan kedudukan 4 skru yang di pasang sama pada kedudukan ketika anda sedang membuka 4 skru tersebut.
- Pasang 2 skru kecil mengunakan ellenkey dibahagian belting gear dan pasang belting
- Pasang connecter rolling motor dan gunakan beberapa cable tight baru untuk diikat sepanjang cable rolling motor dan rolling motor berjaya berjaya di pasang semula.
- Proses untuk Memasang motor Kneading dan motor rolling adalah sama.Jadi, Saya hanya akan menerangkan bagaimana memasang baru motor pada motor rolling sahaja
- Pasti anda memeriksa dan memcuba terlebih dahulu kerusi anda dengan memasukan wang dan pasti kerusi urut layan diri anda berfungsi seperti biasa.
- Setelah kerusi anda pulih seperti biasa Pasang semula cover belakang kerusi urut anda dengan memasang 5 skru tadi (1 skru diatas ,2 skru di tengah dan 2 lagi skru dibawah).
- Sarungkan cover belakang kerusi urut anda kembali
Selamat mencuba,untuk maklumat lanjut mengenai produk kerusi urut layan diri anda boleh melayari www.rakanvending.com