Vending Machine Menjual Likes Instagram

Zaman teknologi sekarang ni, semua perkara nak dilakukan dengan cepat, walaupun ia perlu dilakukan dengan mengeluarkan kos, sama juga dengan media social, sebagai contoh, kini terdapat vending machine atau mesin layan diri yang menjual likes dan follower palsu Instagram. Terdapat berpuluh website yang menyediakan servis menjual likes dan follower palsu ini, tapi dengan kehadiran vending machine ini sedikit sebanyak menggugat website-website ini.

instagram-old-new

Mesin layan diri ini yang pada awalnya dikesan oleh wartawan Vasily Sonkin dan di post kan di Twitter oleh rakannya, Alexey Kovalev- mesin layan diri ini menjual likes dan followers di Instagram, mesin ini terletak di dalam pusat membeli-belah Okhotny Ryad di pusat bandar Moscow.

Kovalev memaklumkan vending machine ini boleh didapati bukan sahaja di pusat membeli-belah Okhotny Ryad, mesin layan diri yang sama boleh didapati di seluruh Moscow, dan terdapat laporan bahawa ia boleh ditemui di bandar-bandar lain Rusia.

Dengan harga sebanyak 50 Rubles Rusia, iaitu lebih kurang RM3.60 anda boleh memastikan selfie anda mendapat 100 likes di instagram. Dengan menggandakan harga, anda boleh membeli 100 pengikut Instagram. Vending machine ini juga boleh menjaga keperluan media sosial anda yang lain. Selain menjual ia boleh mengambil gambar dan mencetak gambar Instagram, dan ia juga menjual followers dan likes untuk VK, iaitu media sosial yang popular di Rusia.

vending machine likes

Penerbitan teknologi Rusia vc.ru dilaporkan mencuba vending machine itu. Salah seorang wartawan mereka berjaya membeli follower di instagram, tia mengambil masa beberapa jam untuk mendapatkan follower.

Vending machine pun berevolusi mengikut permintaan dan kehendak pasaran, sebagai contoh mesin yang terdapat di Rusia ini, kita maklum bahawa Instagram adalah salah satu media social yang penting pada zaman ini, samaada untuk kegunaan peribadi atau pun perniagaan. Agak-agaknya boleh sampai tak kat Malaysia?

Semoga dengan perkongsian kali ini memberikan informasi yang berguna untuk anda.

Sumber: https://motherboard.vice.com

Jika anda inginkan kami membantu anda dalam menjalankan perniagaan vending machine atau mesin layan diri sila layari www.rakanvending.com

Share the knowledge:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*