Macam Mana Nak Bezakan Aset Dan Liabiliti ?

Anda mungkin pernah mendengar istilah “Aset” dan “liabiliti” yang digunakan dalam Istilah kewangan. Jika anda  masih baru dalam dunia pelaburan , anda mungkin tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan aset dan liabiliti? 

Nak mudah faham, Aset adalah sesuatu yang memberi wang ke dalam poket kita. Manakala, liabiliti adalah sesuatu yang mengeluarkan wang dari poket kita. 

Jika anda membeli sesuatu yang menambah menambah duit ke poket anda bermakna itu adalah aset.  Contohnya anda membeli sebuah apartment dengan bayaran installment bank sebanyak RM 1,000 setiap bulan. Kemudian anda sewakan pada harga RM 1,500 setiap bulan. 

Jadi, hasil dari sewaan ini menyebabkan setiap bulan hartanah apartment yang dibeli memberikan lebihan sebanyak RM 500 setiap bulan dan Inilah dinamakan aset.

Contoh :-

Hartanah Apartment 

Bayaran bulanan : RM 1,000

Sewaan bulanan : RM 1,500

Pulangan setiap bulan  = Sewaan bulanan – bayaran bulanan 

= RM 1500 – RM 1,000

= RM 500 ( aset yang terhasil dari sewaan)

Jika anda membeli sesuatu yang  mengeluarkan duit dari poket anda bermakna itu adalah liabiliti. Contohnya, anda membeli sebuah kereta honda city  yang berharga RM 90,000. Bayaran installment bank sebanyak RM 900 setiap bulan. 

Setiap bulan anda perlu mengeluar duit poket anda sebanyak RM 900 ringgit dan ini tidak dapat menambah duit ke dalam poket anda.

Contoh :-

Honda city  (RM 90,000)

Bayaran bulanan : RM 900 ( setiap bulan anda perlu mengeluar RM 900 bg membayar liabiliti ini )

Jadi, apa lagi jenis-jenis aset dan liabiliti

Antara contoh- contoh aset :

  1. Hartanah yang disewakan
  2. Saham2 yang dikawal risikonya dengan baik
  3. Simpanan kedalam unit amanah
  4. perniagaan yang tidak memerlukan anda bergiat secara aktif di dalam perniagaan tersebut

Antara contoh- contoh liabiliti :

  1. Kereta
  2. hutang kad kredit
  3. takaful dan insurance
  4. loan bank 

Mengikut daripada pakar kewangaan Robert Kiyosaki dalam bukunya yang berjadul ” Rich Dad Poor Dad”, Orang kaya hanya fokus kepada bagaimana menambah aset agar suatu hari nanti mereka dapat mencapai tahap kebebasan kewangan yang sebenar dimana duit yang akan bekerja untuk anda. Dimana duit hasil daripada aset yang dihasilkan boleh memberi passive income yang cukup walaupun anda tidak bekerja.

Kurang liabiliti dalam kehidupan. Pastikan Aset yang anda ade melebihi liabiliti yang anda ade.

So, soalan saya. Apakah aset dan liabiliti yang anda sedang kumpul?

Mohon share jika bermanfaat kepada orang lain 🙂

Share the knowledge:

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. 4 jenis aset penyebab orang jadi - Hidup Dengan Pasif Income
  2. Cara Bina Kewangan Dengan Pasif Income - Hidup Dengan Pasif Income

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*