Cara Bina Kewangan Dengan Pasif Income

Matlamat kekayaan yang sebenar adalah apabila kita bebas daripada masalah wang. Bebas kewangan bermaksud dimana jika kita tidak bekerja suatu hari nanti kita mampu menyara kehidupan hasil daripada kekayaan yang dikumpul. Tapi persoalannya adalah, bagaimanakah yang dikatakan kita telah mencapai tahap kewangan yang sebenar ?

Kebiasaanya, seseorang itu mencapai tahap kewangan yang sebenar apabila harta kekayaan dan aset yang dimiliki mampu menghasilkan pasif income setiap bulan melebihi perbelanjaan anda setiap bulan. Konsep ini dipanggil “Money work for you”. 

Perbezaan duit bekerja untuk anda dan bekerja untuk duit

Contohnya, jika anda tidak bekerja tapi anda berjaya menghasilkan pasif income sebanyak RM 10,000 setiap bulan hasil dari duit sewaan rumah, pelaburan saham dan sebagainya.

Kos perbelanjaan anda pula hanya RM 5,000 setiap bulan. Bermakna, anda mempunyai lebihan RM 5,000 setiap bulan yang mana anda boleh gunakan utk menambah lagi aset anda dan sebagainya. Contohnya seperti dibawah :-

1.Gaji bekerja = RM 0

2.Pasif Income :

  • Duit sewaan 5 unit hartanah = RM 5,000
  • Margin Profit pelaburan saham = RM 4,000
  • Dividen Unit trust setahun = RM 12,000/12 bulan = RM 1,000

Total Pasif Income : RM 10,000 (duit yang masuk setiap bulan walaupun tidak bekerja)

 

3. Kos perbelanjaan :

  • Kereta = RM 1500
  • Kad kredit = RM 500
  • Barang Dapur = RM 500
  • Duit minyak RM = RM500
  • Duit makan = RM 500
  • Duit untuk Mak ayah = RM 500
  • Takaful : RM 500
  • Duit bill air dan bill api ; RM 500

Total Perbelanjaan : RM 5000

 

Lebihan pasif income = Total Pasif Income – Total Perbelanjaan

                                       = RM 10,000RM 5,000

                                       = RM 5000 (lebihan pasif income melebihi perbelanjaan tanpa perlu bekerja)

Bagaimana nak bina pasif income

Bagi membina pasif income  anda perlu membeli sesuatu yang dipanggil “aset”. Aset adalah sesuatu yang memberikan duit kedalam poket anda. Segala sesuatu benda yang kita beli yang memberikan duit kepada kita ianya dipanggil aset.

Contoh aset seperti membeli sebuah rumah yang disewakan, membeli saham amanah yang memberi pulangan dividen setiap tahun dan banyak lagi. Jadi, setiap kali anda membeli sesuatu aset bagi menjana pasif income, pastikan aset itu membeli duit ke dalam poket anda.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aset anda boleh membaca  dalam post article saya sebelum ini iaitu ” 4 Jenis Aset Penyebab Orang Menjadi Kaya​” dan “Macam Mana Nak Bezakan Aset Dan Liabiliti ?”

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda 🙂

Share the knowledge:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*