Beli Vending Machine Sekali Lokasi ? Berbaloi ke…?

Sepanjang saya melakukan perniagaan vending machine, saya dapati terlalu ramai mereka diluar sana yang tidak suka dan mahu mencari lokasi untuk vending machine. Mereka lebih suka menyuruh pihak pembekal mendapat dan mencari lokasi untuk  diri mereka.

Kebiasaannya, jika anda membeli vending machine, anda memerlukan sedikit usaha bagi mencari dan mendapatkan lokasi bagi membolehkan vending machine anda beroperasi dan menjana wang untuk anda. Tapi, bagaimana pula bagi anda yang nak beli vending machine tapi tak mahu cari lokasi dan bolehkah anda membeli vending machine beserta lokasi ?

Mungkin ada diantara anda yang mendapat peluang berurusan dengan syarikat pembekal vending machine yang boleh provide lokasi untuk  vending machine anda tapi adakah anda boleh terus menerima tawaran itu ? dan Adakah anda telah melakukan keputusan yang bijak ?

Dibawah saya senarai 3 tips  peringatan sebagai panduan bagi anda ingin membeli vending machine beserta lokasi :

Semak dan teliti dahulu term & condition yang ditawarkan oleh pihak pembekal berkaitan lokasi yang disediakan

Private-Investigator-Qualifications-UK1-e1443664140619

Pihak pembekal yang menawarkan pakej  beli vending machine beserta lokasi kebiasaannya akan menaburkan janji manis yang akan membuatkan anda terpesona bila mendengarnya. Jangan cepat terpergaruh semak dahulu latar belakang syarikat pembekal, mesin yang ditawar dan juga lokasi yang akan dijanjikan.

Anda perlu mengetahui ada sesetengah pembekal yang hanya mendapatkan lokasi untuk anda hanya sekadar untuk menempatkan vending machine anda sahaja. Mereka tidak menghiraukan jika anda tidak boleh menjana pendapatan atau sebaliknya. Anda juga perlu ingat bahawa belum pasti lokasi yang dijanjikan akan mendatangkan hasil yang lumayan. Jadi, Pastikan anda semak betul-betul.

 

Anda perlu membayar lebih dan mengeluarkan modal permulaan yang besar

money-stack1

Beli vending machine yang dijual sekali lokasi kebiasaannya  akan dijual pada harga yang tinggi. Ini adalah kerana harga yang tinggi diletak pada lokasi yang diberikan kepada anda. Jadi, perlu diingatkan jangan sesekali anda terus membuat pembayaran penuh kepada pihak pembekal jika anda belum mendapatkan mesin dan lokasi yang dijanjikan. Anda akan meletakkan diri anda dalam zone bahaya.

Pastikan anda membayar sekurang-kurangnya deposit bagi membolehkan proses order dilakukan. Setelah pemasangan dilakukan dan segala yang dijanjikan ditunaikan, barulah anda membuat pembayaran selebihnya. Jika pihak pembekal tidak menerima pembayaran deposit anda dan mereka hanya membenarkan anda untuk membuat pembayaran penuh sahaja, adalah lebih baik untuk anda mengambil keputusan untuk tidak berurusan dengan mereka.

Mudah dan berisiko yang tinggi

tight-rope-walker-risk_blog-post

Jika anda membeli vending machine termasuk pakej sekali lokasi, Anda tidak perlu memeningkan kepala dan bersusah payah untuk mendapatkan lokasi. Kebiasaannya semua urusan mendapatkan lokasi akan diuruskan oleh pihak pembekal. Tugas anda hanya perlu membayar kepada pihak pembekal dan  segala urusan berkaitan pemasangan vending machine dan lokasi akan diuruskan oleh mereka.

Perlu diingat terdapat banyak kes penipuan yang melibat jualan vending machine secara pakej ini dan ianya juga melibat belasan hingga puluhan ribu ringgit. Jadi, Saya saranankan kepada anda untuk menyemak dan meneliti terlebih dahulu dengan pembekal yang anda berurusan sebelum membuat bayaran kepada pihak tersebut bagi mengelakkan anda ditipu dan menyelamatkan duit anda.

Semoga dengan ketiga-tiga tips ini dapat membantu anda dalam membuat keputusan untuk membeli vending machine dari pihak pembekal dan sekaligus mengelak risiko anda ditipu

Jika anda inginkan kami membantu anda dalam menjalankan perniagaan vending machine atau mesin layan diri sila layari www.rakanvending.com

Share the knowledge:

66 Comments

  1. yer betul tu. aku silap byr penuh sblm drg install mesin aku. skrg masih lg menunggu lokasi. padahal, aku dh byr separuh dr harga mesin pd awl april18. separuh lg 8may18. skrg dh akhir bulan 25july18. mesin msh blm install.
    mase dipromote, di sogok dgn rhbeasyloan. padahnyeee nk byr insllmnt. tiap2 buln. mesin xde income lg. salesman melayu. tp jatuhkn melayu jugk. owner die india. . mmg sakit hati betul. klu die xbg location yg betul2 dpt income. mmg aku dedahkn unuk korang name director. tempat. name company. salesman2. semua.. ygg best part. aggeremnt. blh plakk die stamp june. padahl dh full byr sblm june. kauuu raseeeee ??!!

    bydawayy.. korangg jangan laa tertipu gan free voucher yg dieorg nk bg.. xdenyee nk bg free.. (location hotel shah alam).

  2. Saya nyaris terkena sabtu lepas. Panggillan pengambilan voucher percutian percuma kononnya tapi dengan syarat kena dengar talks dia dlm masa 45 minit. Syarikat UB Solutions Sdn Bhd pastu harga machine di tawarkan RM29,500 dan kena bayar deposit guna credit card $8500. Punyalah beriya2 dia beri penerangan sorry ler dari gaya pun dah tau. Penuh dengan perempuan pakai seksi siap merokok sekali. Ingat buat kat hotel orang mudah percaya…siap cakap hanya org tertentu sahaja yang terpilih untuk program ni dan kami bukan kelas buka booth bagai. Banyaklah dia punya kelas ..melayu menipu melayu cam ni lah. Alhamdulillah selamat. Lagi satu voucher pun menipu juga dah lah kena buat booking 2 bulan in advance lepas tu discount hanya $5-$10 jer. Siap kurang ajar bila follow up dgn kata u dah dpt percuma kan? so saya balas balik duit minyak? tol? masa i tu percuma ker? amat tak ber etika diaorang ni. Semoga boleh menjadi pengajaran kepada semua.

  3. Saya Baru balik Dari talk. Vending machine company MK vending . harga 30K. Da bayar depo 5k. Rasanya OK MK vending company ni OK or handing .. Takutnyaa …

  4. Saya Baru balik Dari talk. Vending machine company MK vending . harga 30K. Da bayar depo 5k. Rasanya OK tak MK vending company ni? . Takutnyaa plak …

  5. Boleh menang kes ke kalau dah terang terang langgar kontrak. Contoh kata mesin akan dapat dalam masa 90 hari, kalau tak dapat boleh request refund, tapi dlm kontrak siap kata kalau dalam 90 hari tak dapat, kena tengok pulak mungkin shipping mesin lambat.

    • Salam tuan biasanya kalau mesin kita tu tak dapat dalam tempoh masa yang dijanji..kalau terlewat skit 2 ke 4 minggu tapi mesin sampai mungkin boleh dimaafkan..yang penting mesin tak dapat ke tangan onwer..ade kes yang kami jumpe sampai dengan setahun tunggu tak dapat..itu tuan mungkin boleh buat laporan polis..biasa order paling lewat pun sampai biasa 2 ke 3 bulan tuan.. harap membantu

  6. Salam,saya baru deal dengan UB solution vending machine,company ni menipu atau tak? Sebab bila saya cek mesin v/m ni baru bape belas ribu je, saya ambik pakej 38k , katanya semua insuran siap ada.

  7. Kenal tak syarikat Imtiyaz Vending (M) Sdn Bhd? Ownernya melayu. Refer SSM, Akta Jualan Langsung AJL, KPDNKK, BNM…syarikat Imtiyaz ini memang berdaftar.

    Salinan surat perjanjian ada ditangan saya dan telah disah cop LHDN.

    Masalahnya machine ni belum sampai ditangan saya. Dah dekat 1 bulan lebih. Bayar cash plak tu. Huhu

    • Yang ni tuan kne sentiasa follow dengan pihak syarikat sehingga tuan dapat mesin tuan…dan sebaiknya tuan byr booking je dlu sebab bila dah bayar abis pihak syarikat sewenang2nya boleh buat ape sahaja selepas tu dengan duit kita.. 1 bulan lebih tempoh yang lama tu…takpe bagi change sampai 2-3 bulan kalau xde tuan boleh ambik tindakan undang2… harap membantu 🙂

    • salam mohamad firdaus..

      sy pun sama.. beli dgn syariakt NRmgmt.. april18..
      lepas tu katanya syarikat tu dah bangkrap.. imtiyaz ambik alih..anehnya CEO dia org yg sama..

      skrg ini sampai skrg mesin tidak ada lagi… dah 5 bulan nih.. klu ikut kontrak ..mereka dah breach kontrak..
      apa patut kite buat ya…

    • Assalamualaikum En. Mohamad Firdaus, boleh sy tahu status terkini tentang urusniaga tuan dgn syarikat tersebut? Berapa lama tempoh utk tuan terima machine tersebut?

  8. saya hari tu dapat call dri sorg individu ni ckp SM solution terpilih utk sertai survey psl industri pelncongan..dia kata dpt baucer 2h1malam ke salah 1 dri 6 pulau di malaysia.. saya pun pergilah,buat dekat hotel.. tgk2 masuk dlm, dia mintak isi soalan psl percutian tu je.. lps tu dok promot VM ni.. 1 VM rm38k.. saya cakap xmau lah.. dia dok lekeh2kan saya,,siap kata kalau suami mati at least ada duit dri VM ni.. dan dia lekehkan saya mcm2.. serta paksa try submit loan dgn RHB.. dia kata kita try je xlepas xpe..habis kalau lepas xkan saya nk bayar??? dah la cakap riak.. 1st time jumpa org cakap xwajib beli rumah,sebab xbalik modal,lebih baik beli VM dari beli rumah.. kesian dkt org yg betul2 nak jual VM,, kalau nk cari client jgn la lekehkan client..mcm mana client berminat nk beli kalau mcm ni kan

    • Nor mieda saya setuju dengan anda.. sebagai penjual kte tak sepatutnya memperlekehkan pelanggan..itu mmg tidak patut..pihak tersebut sepatut membantu pelanggan dengan guide pembeli bagaimana nak jalan2 bisnes ni dengan btl supaya boleh buat income yang konsisten setiap bulan…bukan dengan memperlekehkan client.

      Xpe yang penting kte sebagai client ada hak untuk tidak membeli dengan mereka kalau kte rase tak happy..cari pihak pembekal vending machine yang lain di internet..kalau kte buat carian kt internet banyak je pembekal yang kte boleh jumpe

      Harap membantu 🙂

  9. Sy pon br attend kt hotel ibis melaka. Dpt call suruh ambil voucher taman tema legoland percuma utk 6org.excited gak.. Yela tiket themepark sorg je da brp ratus. Dpt free sape xnk? Brp kali confirmkan dgn telemarketer tu fully free ka atau discount voucher.. Skali p hampeh.. Janji 30mnt,jd 3jam.puas kena psiko beli vending machine rega 39k..pulangan yg dijanjikan 2k tiap bulan selama 30bulan.at last sy berjaya elak sbb ragu2 pulangan bleh flat camtu takat jual air tin kan. And voucher yg dijanjikan dpt tu adalah discount voucher bkn free voucer. Bila aq ckp telemarketer tu gtau dia mcm blur. Tny nama org tu sape lak. Buang masa minyak tenaga tmbh jln jammed.. Angin 1 bdn. Nama comp tu hessa merge sdn bhd. Beware

  10. Salam.. Saya baru je dapat free voucher dan ditawarkan peluang untuk invest dalam perniagaan vending machine ni dari MK vending. Katenye dapat consistent 2100 bulan2 selama 2tahun sbb dpt contract kerajaan. Tapak pun dorg carikan cume kena letak duit full je. Lps abis contract br dorg bg machine utk kt manage sendri tapi dorg still akn tlg carikan tapak. Ade sesape boleh advice tak samada bnde2 cmni salah satu scam or boleh dipercayai

  11. aku dapat panggilan telefon utk bg opinion ttg taman tema & bisnes opportunity dgn ganjaran voucher penginapan. dh tau benda free confirm ada catch tp manatau voucher tu brbaloi. sampai di sunway velocity naik ke ofis aras 9. lps isi borang maklumat peribadi, sorg staff perempuan terangkan pasal asal usul company Sky Master Solution dan peluang perniagaan vending machine selama 40 minit. siap buat bisnes plan, tp atas kertas mmg cantik la. lastly, lepas aku kata xberminat, staff ni pon panggil manager dia. gaya dia mcm gangster tarik kereta. dia duduk depan aku & pertikaikan keputusan aku ala samseng. mmg diperlekehkan kt situ jg. 2 kali jg la dia dok datang & push tp aku mmg melawan mulut. marah gila time tu, nk brtumbuk xleh, confirm kalah. in the end staff dia bagi voucher yg mcm hampeh. xberbaloi. keluar je dr ofis tu mmg rasa marah & kesian dgn org yg dh terkena. sebelum korg nk invest dlm apa2 bisnes, balik umh pikir dl & jgn takut utk kata saya xbrminat.

  12. sy baru sign dgn 1 company Q-iR. mmg dorang ade call tuk bg voucer percutian di 1 hotel di Shah Alam. bila sy bce comment korang rase mcm kne tipu pulak sbb dh bg deposit dlm 2k. harge mesin total 36k.korang rase betul ke?? mintak pendapat please..

  13. Salaam,
    Ramai rupenye YG dh terkenl. MasyaAllah. Ramai jgk org melayu YG buat kje nie. Maaf trlmbat nk dedahkn. Bru dtg blik page nie. Xsngka ade jgk compny2 baru YG lain.
    Kpdnkk dh serbu. Tp office die dh kosong.
    company Tu
    Perfect Edition (m) sdn bhd
    Director: Viswanath a/l subramaniam 820611-14-6249
    Director: Subramaniam a/l mutalu 470919-02-5067

    Salesman: Ryn (kononnye dh diberhentikan sbb sy byr separuh.sound balik, ‘korg jgn nk menipu plk’ permainan2 Mmg tgh menipukan..hahaha)
    Tukar pd Muhammad Ajamal (selps fullpymnt terus kononnye bercuti sbulan-call whtps langsung xreply.comisen dh dptkan.. larilaaa klu x.hri2 mntk byr. Ade je jmp fb die. Tpp.. mmm sy Masih ade rse kesian)
    Cari manager die plk.. katenye die jge semua sales aritu mse mntk duit lg sepruh sembng gempaq. En.Zali
    (tnye psl vm ble nk smp.awlnye elak kte kt hosptl Bini bersalin, pstu bzy ank kne kuning, lps Tu call whtps xrply2. Hahahaha jahanam dh la time nk berhari raye. Hahahha die nie JD sales kerete jgk tau. Hati2la korg.hahh!)

    Management YG sllu reply korngnye pm kt fb kt Google Tu. Mr.subra. ini mmg kje tahan maki. Hahahaha.bagus dpt pekerja MCM die nie.

    Installer aka tukang carik location. En.mikail
    dienye office dekat Binova Industries centre, segambut bawah industrial park. Hahahha ini alamat Google. Blh search klu nak. Tgkt 1 ke 2 Lupe dh.. tp sayap Kiri. Dekat dgn guard.. die nie pow bagus. Tahan maki. Hahahha

    • Hi..vendorluxe sdn bhd ok ke? Cube search Kat internet, hanya jumpa laman web company..x byk info.. Mcm mn Nak th Satu2 company tu valid and ok,,?

    • Uishhh.. Anak bapak menipu ye…elok la tu. Yg melayu lak jd kuli menipu sama bangsa. Zmn la ni mmg ramai penipu. Hati2 la tuan2.. Yg kecewanya.. Melayu yg ramai tipu melayu. Bangsa lain pun ada jugak.. Ntah la apa nak jd. Seeloknya sebelum berurusan apa2 dgn mana2 company search dulu dekat ssm wujud x company tu. Google serach nama company, director.. No akaun bank samada ada sejarah menipu atau tidak.. Dan setiap transaksi duit yg dilakukan mesti ada bukti utk buat report polis kalau betul di tipu.

  14. Minggu lepas saya ada terima panggilan telefon utk minta hadir ke 1 hotel ni utk dptkan voucher pelancongan 2h1m… bila sâmpai2 kena dengar talk berkaitan VM… syarikat Imtiyaz dgn kerjasama RfZ.. ok ke sỷarikat ni?? RM 28K VENDING MESIN…

  15. kalau ada rakan2 yang tahu dimana ofis UB solutions harap diberikan disini. UB solutions pun sangat meragukan. saya telah bayar RM1K deposit dan minta salinan perjanjian untuk saya semak sebelum membuat bayaran penuh tetapi tidak diberikan. mereka kata akan berikan perjanjian selepas bayaran penuh dibuat. Ofis di empire tower dan kilang dirawang yang tertulis di purchase order sudah tidak boleh digunakan. bila call minta alamat tempat baru , tidak diberikan dan dinasihatkan berkomunikasi melalui email dan telefon sahaja. Kes saya bawa ke tribunal pengguna tetapi terpaksa dbatalkan kerana diluar bidang kuasa tribunal. tribunal tidak boleh mengendalikan kes yang melibatkan perniagaan

  16. Isteri sy baru terkena dgn promo yg dibuat oleh Imtiyaz Vending machine dr Rawang.Wife dpt call psl percutian percuma tp kena dgr talk yg diaorg buat dlm masa lbh kurang 45 minit.Sy dgn wife pun dtg kat event yg dibuat Di Silka Hotel,Plentong…Promote mesin vending dgn harga RM 38,500…Company bg lokasi dn mesin akan sampai dlm masa 90 Hari.Pancing baik,suruh wife sy buat credit checking dgn RHB easy loan ..tau² jerk panggil sign agreement sbb loan dh lulus…Date event Tu pada 9/12/2018..Sales manager dia,En. F***** terus paksa wife sy transfer 38k dlm Acct imtiyaz.Bila dh settle,tunggu 1 bln,tkder status update melalui wassap.Call no manager td pun dh tk berjwb.Sampai Skrg dh 3 bln lbh tp tkder apa² kabar berita.Sy call office Tanya psl status pun susah nk jawab.Sampai satu Hari,dpt contact managernya,blh plak kata agreement yg wife sign masa Beli dh hilang. Sampai Hari nie,tkder kabar berita.Ini Ker yg nk dikatakn utk upgrade income bulanan?sedangkan loan tiap² bln kena byr RM 900++ ….Ada Komen @ cadangan Dr sesiapa yg blh membantu dptkan balik duit RM 38k?..

  17. Nak Tanya tau x company showtek enterprise, owner Saufi, cari Dlm fb x jumps company in, VM dgn location 23k, Bayar deposit 3k, die kata die Ada Surat kebenaran masuk dkt klinik kesihatan dgn hospital kerajaan dr KKM. Boleh percaya x company ni

  18. Sy pun dah beli vm ni kat maha serdang 2018 haritu.. Dlm perjanjian 6 bulan, sampai sekarang dah lebih dari 6 bulan, mv pun tak de.. Bile tanye, diorg cakap lokasi blm jumpe.. Mase beli haritu, diorg cakap lokasi diorg handle. Adoiii, takutnyee.. Dah la beli 23 ribu plak tu.. Nama syarikat tu vc venture .. Ada Sape2 dlm ni yg tahu pasal syarikat tu tak.. Tolong bagi info plezz.

  19. baru2 ni pn ada gk dpt call psal VM ni..company Vendor Luxe..ok x? yg dok wt survey tu org melayu kta gk..dah baya2 ayah sy dah..tskut gk ni..

  20. Sy pun ada beli vm sampai sekarang masih xdpt lagi .bile tanye dorang cakap masalah pada lokasi masih xbg tarikh untuk masuk. Dah 7bulan dh.ada tak siape2 boleh advise, dekat mane sy boleh buat aduan sebegini. sy ingt nk buat laporan polis,tp takut dorg x layan pulak.ada saluran lain ke yg boleh sy buat aduan

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*