9 Lokasi Yang Menguntungkan Bagi Menempatkan Mesin Layan Diri

Perniagaan mesin layan diri antara perniagaan yang semakin digemari pada masa kini. Hal ini kerana perniagaan mesin layan diri ini sangat mudah dilakukan dan tidak memerlukan anda untuk bekerja dan menjaganya sepanjang masa.

Letak mesin layan diri dan biarkan ia bekerja dan menghasilkan wang untuk anda. Kebelakangan ini terdapat banyak jenis mesin layan diri yang dijual diluar sana antaranya seperti mesin layan diri air tin, kerusi urut , mesin coffee, snak vending dan yang terbaru dan telah pun memasuki pasaran Malaysia iaitu mesin coklat layan diri. Bermula dari yang murah dari harga beratus-ratus ringgit hingga berpuluh-puluh ribu ringgit yang ada dijual diluar sana. Kesemua mesin layan diri ini boleh anda pilih dan gunakan bagi membantu menambah punca pendapatan anda.

Setiap produk dan jenis mesin layan diri ini juga mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Jadi, disini adalah amat penting untuk kita mengetahui setiap kekurangan dan kelebihan sesuatu produk mesin layan diri yang kita gunakan bagi memastikan mesin layan diri yang ditempatkan dapat menghasilkan pulangan yang lumayan dan ditempatkan dikawasan yang betul serta bersesuaian.

Contohnya, mesin layan diri hot and cold atau mesin kopi layan diri antara mesin layan diri yang memberi pulangan antara pulangan yang tinggi akan tetapi ia juga memerlukan pengawasan yang kerap dan memerlu komitment yang lebih dari segi penjagaan dan maintenance. Oleh itu, saya mengesyorkan kepada anda untuk memahami dan memilih mesin layan diri yang bersesuaian dengan diri anda dan masa yang anda ada untuk menjaganya supaya kelak anda tidak menyesalkan dan perputus asa dengan mesin layan diri anda nanti.

Perniagaan mesin layan diri juga memerlukan strategi yang betul.Terdapat pelbagai strategi yang boleh diguna pakai dalam perniagaan ini.Perlu anda tahu bahawa keuntungan bagi perniagaan ini adalah bergantung kepada Lokasi yang ditempatkan. Jadi, lokasi adalah segalanya dalam perniagaan ini. Anda ingin tahu bagaimana saya mendapatkan lokasi dengan mudah tanpa perlu bersemuka dengan onwer tempat ? Klik link  ini

Jadi, amatlah penting bagi anda untuk memilih lokasi yang terbaik bagi memberikan anda pulangan yang lumayan dan membantu proses pembalikan modal yang anda telah laburkan untuk membeli mesin layan diri anda.

Di bawah saya senaraikan 9 Lokasi yang terbaik dan menguntungkan bagi menempatkan mesin layan diri :-

 

1.Sekolah

PELABUHAN KLANG 23 November 2015. Murid-murid Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Klang berlari kegembiraan selepas loceng tamat waktu persekolahan dibunyikan tepat jam 12.00 di hari terakhir sesi persekolahan bagi tahun 2015. STR/Faiz Anuar (FOR HM WAJAH WAAH)

imej-sekolah[1]

Jenis mesin layan diri yang sesuai untuk ditempatkan :-

  • Mesin air tin
  • Hot and cold

Kawasan sekolah antara lokasi yang dapat memberikan keuntungan yang lumayan bagi mesin layan diri jenis air tin dan hot and cold. Pelajar-pelajar sekolah sangat suka membeli air mengunakan mesin layan diri. Mungkin bagi mereka mesin ini agak unik dan canggih. Ada beberapa kawan saya yang meletakkan mesin layan diri air tin dan hot n cold ini di kawasan sekolah memberi tahu, kadang-kadang pagi restock air, petang dah kena restock balik. Wow..Kencangkan….

Perlu kita ketahui juga pick hour bagi mesin ini beroperasi disekolah adalah pada waktu rehat. Jadi, pelajar-pelajar sekolah ini akan berdiri beratur untuk membeli mengunakan mesin layan diri  tersebut . Jadi, pastikan mesin ada dapat beroperasi dengan baik setiap kali tiba waktu ini. Pasti duit syiling,cawan,stock air tin dan sebagainya ditambah secukupnya supaya tidak membantutkan sale anda pada waktu tersebut dan bukan itu sahaja takut kejadian tendang menendang akan berlaku jika mesin layan diri anda gagal untuk berfungsi dengan baik.

Walaupun keuntungan disekolah memberikan pulangan yang lumayan. Perlu anda ingat sale akan jatuh menjunam pada waktu cuti sekolah. Oleh itu, pastikan anda bersedia akan keadaan ini.

 

2.Universiti

Slide31[1]

0MAHASISWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA[1]

Jenis mesin layan diri yang sesuai ditempatkan :-

  • Mesin air tin
  • Hot and cold
  • Snack vending
  • Mesin coklat
  • Ro water

Universiti juga antara tempat sering mendapat sambutan terutama dikawasan kolej kediaman dan fakulti. Mesin layan diri di kawasan universiti merupakan keperluan kerana kebiasaannya kawasan food court adalah jauh daripada kolej kediaman dan food court akan tutup pada waktu malam. Jadi , pelajar-pelajar universiti yang lapar pada tengah malam akan mengunakan mesin layan diri ini.

Lokasi seperti universiti juga hampir sama seperti sekolah .Sale akan kurang pada setiap kali  musim cuti sem. Oleh itu, buat sedikit kajian terperinci mengenai sesuatu kawasan tersebut supaya anda dapat mengawal kadar kerugian pada musin cuti sem.

 

3. Sport centre

untitled

IMG_6653[1]

Jenis mesin layan diri yang sesuai ditempatkan :-

  • Mesin air tin
  • Hot and cold
  • Snack vending
  • Mesin coklat
  • Ro water

Kebiasaannya, orang yang sedang haus dan letih bermain futsal mahupun badminton biasanya confirm mereka akan cari air. Jadi sini kita dapat lihat permintaan bagi mesin air tin diperlukan. Kawasan seperti sport centre anda perlu letak air seperti 100 plus,redbull,isotonic dan sebagainya sebab kalau jual minuman bergas kurang laku sebab mereka-mereka yang datang kesini adalah mereka yang menjaga kesihatan. Ada kalanya kawasan seperti ini juga sukar untuk ditempatkan mesin air tin sebab kebiasaannya sport centre tu sendiri pun dah jual air tin melainkan dengan persetujuan dari pihak mereka sendiri . Jadi, yang penting adalah anda kena bertanya kepada owner kawasan tersebut untuk mendapatkan kebenaran bagi meletak mesin layan diri anda.

 

4. Kawasan Hentian Rehat

Temerloh-Rest-Service-Area-Custom[1]

image[1]

Jenis mesin layan diri yang sesuai ditempatkan :-

Kawasan hentian rehat adalah lokasi yang sangat berharga dan lumayan bagi semua jenis mesin layan diri .Ia juga boleh dikatakan kawasan emas terutama yang bagi kerusi urut layan diri. Anda boleh lihat terdapat banyak kerusi urut layan diri yang diltempatkan dikawasan hentian rehat.Jika anda tinjau dan perhatikan, kalau di kawasan hentian rehat tapah hampir 16 unit kerusi urut layan diri telah pun ditempatkan dikawasan tersebut. Ini menunjukkan walaupun permintaan yang sangat tinggi bagi mesin layan diri seperti kerusi urut .

Tapi kawasan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita tempatkan kerana anda memerlukan portfolio syarikat yang bagus bagi menyakinkan pihak lebuhraya. Selain lokasi yang limited, persaingan juga sangat tinggi memerlukan anda bersaing dengan syarikat-syarikat vending machine yang besar.

 

5. Shopping mall

maxresdefault

hqdefault[1]

Jenis mesin layan diri yang sesuai ditempatkan :-

Shopping Mall adalah Lokasi yang paling terbaik dalam banyak-banyak lokasi bagi menempatkan mesin layan diri. Ini disebabkan shopping mall atau pusat membeli belah adalah tempat yang akan sentiasa ada orang yang datang mengunjungi terutama pada hari sabtu dan ahad. Walau dicelah mana sekalipun anda tempatkan mesin layan diri anda di dalam shopping mall, anda tetap akan mendapat keuntungan yang lumayan. Anda juga boleh tempatkan apa sahaja jenis mesin layan diri yang anda inginkan kerana ianya kawasan yang bertutup, bersih dan berhawa dingin.

Kawasan bagi menempatkan mesin layan diri ini semenangnya mendatangkan keuntungan. Di sebabkan ia mendatang keuntungan yang lumayan, pesaingan untuk mendapatkan lokasi juga amatlah tinggi. Selain itu juga, kadar sewa yang dikenakan bagi sesuatu unit mesin layan diri adalah tinggi. Jadi, anda perlu berhati-hati dengan kadar sewa yang dikenakan supaya kelak tidak menjerut leher anda untuk membayarnya.

Bagi mendapatkan lokasi di dalam shopping mall anda perlu pantas dan mempunyai portfolio yang bagus bagi melayakkan mesin layan diri anda untuk ditempatkan dikawasan shopping mall.

 

6.Dobi Layan Diri

mentari

laundry_cropped_transformed

Jenis mesin layan diri yang sesuai ditempatkan :-

Kepada anda yang baru memulakan perniagaan mesin layan diri saya sangat mengeyorkan kepada anda untuk menempatkan mesin layan diri anda di dobi layan diri 24 jam. Persoalannya adakah ianya menguntungkan?

Jawapannya Ya menguntungkan kerana ianya beroperasi 24 jam. Salah satu rahsia bagi mendapatkan keuntungan yang tinggi bagi sesuatu mesin layan diri ialah lebih panjang masa beroperasi , lebih banyak orang yang akan mengunakan mesin layan diri anda.

Untuk mendapatkan lokasi seperti dobi layan diri amatlah mudah kerana sekarang ini terdapat banyak dobi layan diri diluar sana yang masih baru dibuka dan memerlukan khidmat mesin layan diri seperti air tin, hot and cup,kerusi urut , mesin snack dan sebagainya. Anda juga tidak memerlukan portfolio yang terlalu detail dan cukup hanya membuat surat hitam putih bagi menempat mesin layan diri dikawasan ini.

Lebih mudahnya jika owner kawasan bersetuju ingin menempatkan mesin layan diri dari pihak anda , anda boleh mula letak pada bila-bila masa.

Nasihat saya anda perlu lakukan dengan segera kerana jika anda tidak letak , orang lain akan letak kelak.

 

7. Car wash

Car%20Wash

ls[1]

Jenis mesin layan diri yang sesuai ditempatkan :-

Cari Carwash yang beroperasi lebih 12 jam, besar dan mempunyai customer yang ramai setiap hari. Untuk mendapatkan lokasi seperti car wash juga adalah sama seperti mendapatkan lokasi bagi dobi layan diri . Ianya amatlah mudah kerana banyak car wash yang berada diluar sana yang anda boleh pilih. Cuma anda perlu cari kawasan yang bersesuaian bagi menempatkan mesin layan diri anda .Jika anda ingin menempatkan mesin layan diri kerusi urut pastikan car wash tersebut mempunyai waiting room.

Anda juga tidak memerlukan portfolio yang terlalu detail dan cukup hanya membuat surat hitam putih bagi menempat mesin layan diri di tempat tersebut.

Pastikan car wash yang anda tempatkan bagi mesin layan diri anda mempunyai pelanggan yang ramai dan hampir setiap hari beroperasi. Jika tidak mungkin anda akan mengalami kerugian.

 

8.Masjid

maxresdefault

20141021_060507

Jenis mesin layan diri yang sesuai ditempatkan :-

Masjid boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan sekiranya masjid tersebut adalah masjid yang menjadi tumpuan orang ramai dan mempunyai banyak aktiviti. Untuk memohon lokasi seperti masjid, anda boleh berjumpe dengan AJK atau imam masjid yang menguruskan hal ehwal masjid tersebut.Jika anda tidak tahu mana satu AJK masjid anda boleh melihat dipapan kenyataan bahagian carta organisasi yang disediakan di setiap masjid.

 

9. Kaunter-kaunter menunggu

Bm1dvcoCUAEirEH

20140914_110444

Jenis mesin layan diri yang sesuai ditempatkan :-

Tempat menunggu yang dimaksud adalah kawasan seperti kaunter–kaunter kerajaan seperti JPN, JPJ dan sebagainya. Cari kaunter-kaunter menunggu yang orang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan giliran mereka. Bila mereka boring, haus atau lapar mereka akan mudah untuk mengunakan mesin layan diri anda. Tapi kawasan-kawasan sebegini juga agak terhad dan limited untuk kita dapatkan .Jadi, kalau anda ada peluang boleh try.Mane lah tahu rezeki anda.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda bagi mendapatkan lokasi yang terbaik bagi menempatkan mesin layan diri anda dan sekaligus memberi keuntungan baik kepada anda.

Jika anda ingin memulakan perniagaan mesin layan diri dan ingin mengetahui cara memulakannya sila layari www.rakanvending.com untuk maklumat lanjut

Share the knowledge:

5 Comments

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Cara Mulakan Perniagaan Vending Machine atau Mesin Layan Diri - Sembang Santai Dunia Perniagaan Mesin Layan Diri
  2. Cara Mulakan Perniagaan Vending Machine

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*