4 Jenis Aset Penyebab Orang Menjadi Kaya

Apakah aset yang menyebabkan orang kaya bertambah kaya?

Apakah aset yang mampu membantu mengumpul harta kekayaan?

So, sebelum saya mengupas dengan lebih lanjut, anda perlu terlebih dahulu membezakan antara aset dan liabiliti. Bagi anda, yang masih kurang jelas mengenai apa itu aset dan liabiliti, anda boleh baca dalam perkongsian saya sebelum ni mengenai perbezaan aset dan liabiliti.

Pakar kewangan umumnya bersetuju bahawa terdapat 4 jenis kelas aset. 

Apakah 4 jenis kelas aset tersebut ?

Ada banyak cara untuk melabur dan membina kekayaan. Dan apabila anda meningkatkan ilmu anda dalam bidang kewangan, anda akan dapat  gambaran & pemahaman yang lebih jelas tentang pelaburan yang terbaik buat diri anda. Tetapi untuk membantu anda bagi memulakan sesuatu pelaburan yang boleh dijadikan aset, berikut adalah 4 jenis kelas aset yang dimiliki untuk si kaya bertambah kaya.

1. Hartanah

Hartanah adalah salah satu contoh aset pelaburan terbaik yang selamat, stabil dan menguntungkan. Dengan membeli hartanah, anda dapat menikmati 2 aliran duit masuk iaitu hasil daripada sewaan dan hasil dari kenaikan harga hartanah.

Hartanah boleh dijadikan sebagai aset jika hartanah tersebut disewakan melebihi dari kos bayaran balik setiap bulan kepada pihak bank. Tapi, Jika hartanah tersebut anda beli hanya untuk di jadikan tempat tinggal, maka Ia tidak dikira sebagai aset akan tetapi dikira sebagai liabiliti.

2. Saham,Bon, Unit Amanah

Terdapat banyak jenis pelaburan yang anda boleh pilih seperti saham, bon, unit amanah. Pelaburan bagi aset kelas ini boleh dibahagikan kepada 3 jenis risiko iaitu pelaburan yang berisiko tinggi (bursa saham) , sederhana (Unit amanah) dan rendah (Fixed deposit).

Setiap pelaburan aset seperti ini boleh mendatangkan keuntungan yang berbeza kepada anda. Sama ada anda melabur untuk keuntungan modal atau untuk aliran tunai melalui dividen saham. Tapi, yang lebih penting adalah anda bijak dalam mengawal risiko bagi setiap pelaburan yang anda ceburi.

3. Perniagaan

Anda boleh melabur dalam perniagaan anda sendiri atau menjadi rakan kongsi atau pelabur dalam syarikat orang lain. Perniagaan merupakan aset yang sangat menguntungkan jika diuruskan dengan baik.

Dengan perniagaan, anda dapat mempercepatkan lagi pertambahan aset-aset lain buat diri anda. Pastikan anda mengkaji dan menganalisis terlebih dahulu sebelum terjun ke dalam sesuatu perniagaan.

4. Komoditi

Komoditi yang dimaksudkan adalah seperti makanan (bijirin, jagung, kopi, dan gula) dan bahan mentah (minyak, gas, kapas, dll.). Jika anda seorang pelabur yang baru berjinak-jinak dalam  dunia pelaburan, anda mungkin boleh melaburkan sedikit wang pelaburan anda ke dalam kelas aset ini.

Sebagai contoh, seperti membeli saham-saham berkait dengan  komoditi seperti saham nestle, saham minyak dan gas atau membeli emas, perak dan dll.

Pelbagaikan pelaburan adalah pilihan terbaik (diversify)

Mempelbagaikan pelaburan bagi ke 4 empat kelas aset  adalah antara pelaburan yang bijak untuk dilakukan . Seperti kata perpatah 

Don’t put all egg in 1 bucket

Bermaksud jika anda meletakkan pelaburan anda kepada sesuatu kelas aset sahaja, adalah lebih berisiko berbanding jika anda mempelbagaikan pelaburan anda kepada 4 jenis aset.

Sebagai contoh risiko pelaburan anda adalah lebih rendah jika anda melaburkan 1/3 kepada hartanah, 1/3 lagi dalam pelaburan saham dan 1/3 lagi ke dalam pelaburan unit Amanah.

Berbanding menempatkan pelaburan anda ke dalam 1 kelas aset sahaja.

Kesemua aset-aset di atas sememangnya mampu memberi pulangan yang lumayan kepada anda. Akan tetapi Kesemua aset-aset ini juga  mampu mendatangkan kerugian kepada anda jika tidak diurus  dan di kawal risikonya dengan baik.

Bagi mengawal risiko dengan baik anda perlu mempersiapkan diri anda dengan ilmu terlebih dahulu. Buat kajian, reseacrh dan cari ilmu sebanyak mungkin agar dapat memberi gambaran jelas  kepada anda bagi mengawal risiko dan memaksimakan keuntungan bagi pelaburan anda. 

Pelaburan terbaik adalah pelaburan ilmu buat diri anda

Share the knowledge:

1 Trackback / Pingback

  1. Cara Bina Kewangan Dengan Pasif Income - Hidup Dengan Pasif Income

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*