3 Cabaran Utama Dalam Perniagaan Vending Machine

Dalam setiap apa bidang perniagaan yang kita ceburi, pasti ada cabaran yang akan menanti. Cabaran boleh datang dari pelbagai sudut dan jika cabaran-cabaran ini tidak di tangani dengan cara yang betul pasti anda yang mudah berasa putus asa.

Perniagaan vending machine juga tidak lari dari cabaran. Walaupun perniagaan vending machine ini mudah, tetapi ianya mempunyai sedikit cabaran yang memerlukan anda bersedia dalam memulakan perniangaan vending machine ini.

Berikut adalah antara 3 cabaran yang perlu anda hadapi sebelum dan semasa anda memulakan perniagaan vending machine :-

1. Modal

Bagi memulakan perniagaan vending machine samalah juga seperti anda mahu memulakan perniagaan yang lain iaitu anda memerlukan modal. Modal ini bertujuan untuk  anda membeli vending machine. Ramai orang diluar sana yang mahu memulakan perniagaan vending machine tapi tidak mempunyai modal yang cukup.

Anda tidak semestinya perlu mengeluarkan modal permulaan yang banyak untuk memulakan sesuatu produk vending machine. Modal yang perlu dikeluarkan oleh anda adalah bergantung pada bajet anda.Terkini terdapat vending machine yang harganya boleh dibeli dengan modal serendah Rm 1000 ringgit.

Jadi nasihat saya, jika anda tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaan vending machine terdapat banyak cara untuk anda mendapatkan modal tersebut. Salah satunya adalah dengan membuat simpanan secara konsisten setiap bulan. Setelah simpanan anda telah cukup barulah anda membeli produk vending machine yang anda inginkan.

2. Tempat

Lokasi juga antara cabaran kenapa ramai yang tidak mahu memulakan perniagaan mesin layan diri. Ramai yang mengadu dan mengeluh kerana  sukar untuk mendapakan lokasi. Ada juga sudah mempunyai modal yang cukup untuk membeli dan memulakan perniagaan vending machine tetapi niatnya terhenti setelah gagal mendapatkan lokasi yang diinginkan.

Terdapat banyak cara untuk mendapatkan lokasi dengan mudah. Antara perkara penting yang anda perlukan untuk mendapatkan lokasi bagi menempatkan vending machine adalah dengan rajin bertanya. Contohnya jika anda terjumpa dobi layan diri yang masih belum menempatkan vending machine dapatkan contact onwer tempat tersebut dan hubungi mereka dan jika anda tidak berani cuma whatsap sahaja kepada onwer tersebut jika onwer tersebut mempunyai whatssap. Banyak lagi tips yang saya telah kongsikan kepada anda tentang bagaimana mendapatkan lokasi dengan mudah dalam post sebelum ini.

3. Maintenance

Antara aspek yang penting yang perlu dititik beratkan dalam perniagaan vending machine adalah maintenance. Sangat penting untuk anda memahami sedikit sebanyak dari segi penjagaan vending machine anda. Hal ini kerana jika sesuatu hal yang tidak diingin berlaku pada vending machine anda , anda tidak panic dan tahu apa tindakan segera yang boleh dilakukan.

Soal maintenance juga banyak berkait rapat dengan pihak pembekal. Dapatkan sekurang2nya  4- 5 pembekal yang boleh anda minta bantuan jika berlaku kerosakan pada vending machine anda.

Semoga entry kali ni memberi manfaat kepada anda

Jika anda inginkan saya membantu anda dalam perniagaan vending machine sila layari www.rakanvending.com

Share the knowledge:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*