
Kerosakan vending machine atau mesin layan diri boleh menjadi pengalaman yang buruk kepada pemiliknya. Biasanya, mesin layan diri mengalami kerosakan yang perlu dibaiki adalah akibat dari vandalisme atau kecurian. Sebagai pemilik mesin layan diri, mungkin anda tertanya-tanya, apa yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan atau mengelak mesin anda menjadi mangsa vandalisme atau kecurian. Ini kerana, kerosakan mesin layan diri boleh menjejaskan pendapatan serta mungkin kos untuk membaiki menjadi sangat tinggi. Ingin mengelakkan perkara seperti ni daripada berlaku? Mungkin tips dibawah ini boleh dipraktikkan, untuk mengurangkan vandalisme atau kecurian.

Menempatkan CCTV (kamera keselamatan) di sekitar vending machine walaupun ini bukan pilihan yang paling murah untuk mencegah kecurian atau vandalisme pada mesin layan diri anda, biasanya penjenayah akan memeriksa untuk melihat jika terdapat CCTV sebelum mereka mencuba dan merompak vending machine anda. Jika mereka mendapati terdapat CCTV, biasanya mereka membatalkan hasrat untuk mereka merosakkan atau mencuri mesin layan diri anda. Ingat, penjenayah cenderung menumpukan kepada titik-titik kelemahan. Dengan meletakkan CCTV di mesin layan diri anda, anda akan mengubah titik kelemahan menjadi titik kekuatan :-
1) Tingkatkan ciri keselamatan vending machine

Biasanya penjenayah yang melakukan kecurian mesin layan diri sudah biasa melakukan kecurian dari vending machine, dan mereka hanya nak ambil duit yang terdapat dalam mesin tersebut, jadi sebagai pemilik kita boleh meningkatkan ciri keselamatan seperti menambah kunci mangga.
Jika vending machine anda mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lemah, pastikan anda membuat extra lock kerana extra lock anda memyusahkan dan melambatkan proses kecurian atau vandalisme berlaku sekaligus berkemungkinan besar pencuri akan berputus asa untuk memcuri atau memecah vending machine anda.
2) Letakkan vending machine di kawasan yang mudah dilihat
untuk mendapatkan hasil jualan mesin layan diri anda yang maksima, letakkan mesin anda di kawasan yang mudah dilihat orang, ia bukan sahaja menguntungkan perniagaan mesin anda tetapi mengurangkan risiko vandalisme atau kecurian. Sebab itu pentingnya anda mencari lokasi yang betul untuk meletakkan mesin anda. Biasanya penjenayah tidak akan berani melakukan kegiatan jahat mereka di kawasan yang mudah terlihat orang, mudah kata letakkan vending machine anda di lokasi yang tidak sunyi pada waktu siang atau pun malam.

Kos membaiki kerosakan mesin layan diri adalah mahal, dan biasanya faktor utama kerosakan adalah akibat vandalisme atau kecurian. Dengan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk mempertahankan vending machine anda daripada penjenayah. Dengan menggunakan tips diatas, ia boleh membantu anda daripada menjadi mangsa kecurian dan memastikan mesin layan diri anda beroperasi dan memberi keuntungan.
Semoga dengan perkongsian kali ini memberikan informasi yang berguna untuk anda
Jika anda ingin kami membantu anda memulakan atau menjalankan perniagaan vending machine (mesin layan diri), layari 👉 www.rakanvending.com untuk maklumat lanjut.
