
Antara kisah yang paling memberi inspirasi ialah kisah Puan Syafiqah — seorang suri rumah yang bermula dengan 1 unit kerusi urut layan diri, dan akhirnya berjaya mengembangkan kepada belasan unit untuk bantu menambah pendapatan keluarga.
Bermula Sebagai Suri Rumah Yang Jaga Anak di Rumah
Kisah ini bermula kira-kira 11 tahun lepas.
Puan Syafiqah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang juga jaga anak-anak kecil di rumah. Beliau ada jalankan bisnes kecil-kecilan sebelum ini, tapi mahukan sesuatu yang lebih stabil dan tidak terlalu menuntut masa dan tenaga.
Dengan duit simpanan yang ada, beliau berani buat keputusan beli 1 unit kerusi urut layan diri daripada saya.
Nampak Potensi Walaupun Terikat Dengan Komitmen Keluarga
Walaupun sibuk sebagai suri rumah dan menjaga anak, Puan Syafiqah nampak bahawa:
“Bisnes vending machine boleh bantu dari segi masa dan tenaga — sebab saya tak perlu jaga setiap masa, tapi masih boleh hasilkan pendapatan.”
Inilah mindset yang luar biasa.
Fokus Lokasi: Kawasan Dobi Layan Diri
Beliau banyak mohon lokasi di kawasan dobi layan diri — hampir semua lokasi awal beliau berada dalam kategori ini.
Saya hanya beri tip dan panduan ringkas — selebihnya, beliau sendiri ambil tindakan.
Dapat je lokasi, kami bantu pasang dan setup vending machine.
Suami Seorang Juruteknik — Guna Kelebihan Yang Ada
Apa yang menarik, suami Puan Syafiqah ialah seorang juruteknik. Jadi:
Isteri uruskan lokasi & pemasangan
Suami uruskan servis & penyelenggaraan
Gabungan mantap ini menyebabkan mereka boleh urus semua vending machine sendiri tanpa perlu terlalu bergantung kepada orang luar.
Dari 1 Unit Ke Belasan Unit
Dengan usaha konsisten dan sokongan suami, Puan Syafiqah kini berjaya mengembangkan perniagaannya kepada belasan unit kerusi urut layan diri — semuanya diletakkan di lokasi strategik yang beliau usahakan sendiri.
Pengajaran Dari Kisah Puan Syafiqah
Suri rumah pun boleh buat duit dengan vending machine
– Tak perlu keluar bekerja tetap. Boleh urus dari rumah jika ada sistem dan sokongan.Guna kekuatan yang ada
– Suami ada skill maintenance, isteri urus lokasi. Kombinasi yang sangat berkesan.Tindakan kecil boleh bawa hasil besar
– Bermula dengan 1 unit, akhirnya jadi belasan unit. Semua bermula dengan satu langkah pertama.
Nak Jadi Macam Puan Syafiqah?
📘 Nak mula dengan langkah bisnes vending machine dengan betul?
👉 Layari: www.rakanvending.com
