
Salah satu ayat yang paling kerap saya dengar bila orang beli vending machine adalah:
“Bro, saya beli dengan bro… tapi boleh tak tolong urus semua sekali? Cari lokasi, angkat vending machine, kutip hasil, servis pun bro tolong ya…”
Mungkin niatnya baik. Tapi realitinya, permintaan begini sangat berisiko dan boleh jadi punca kekecewaan besar – kepada kedua-dua pihak.
❌ Beli vending machine, Tapi Tak Mahu Urus Sendiri?
Ramai orang fikir vending machine ni macam beli rumah pelaburan:
Beli je, duduk diam, duit masuk
Semua urusan orang lain uruskan
Kita tunggu untung bulanan
Tapi bisnes vending tak berfungsi macam tu sepenuhnya. Vending machine tetap perlukan penyelenggaraan, kutipan, dan pemantauan berkala. Kalau anda 100% bergantung kepada orang lain dari A sampai Z — anda bukan buat bisnes, anda cuma beri kepercayaan penuh kepada orang lain untuk urus duit anda.
⚠️ Risiko Bila Terlalu Serah Pada Orang Lain
Antara kes yang pernah berlaku:
Vending machine vending diletakkan di lokasi yang pemilik sendiri pun tak tahu
Duit hasil tak dikutip berbulan-bulan
Servis tak dibuat, vending machine rosak tanpa pemantauan
Bila tanya prestasi vending machine — tiada laporan, tiada data
Ada juga kes di mana sewa yang dibayar oleh pemilik vending machine tidak sampai ke tangan pemilik premis selama berbulan-bulan. Akibatnya, pemilik premis menganggap tiada bayaran dibuat dan meminta vending machine dikeluarkan dari lokasi tersebut.
Akhirnya, siapa yang rugi? Anda sendiri. Sebab walaupun orang lain “tolong urus”, anda tetap pemilik vending machine dan tanggungjawab akhir tetap atas anda.
Kesimpulan
Jangan serahkan bulat-bulat pada orang lain untuk uruskan. Bisnes kita, kita yang patut uruskan sendiri — itu baru betul.
Kalau anda serahkan semua kepada orang lain tanpa pantau, banyak risiko dan kerugian boleh berlaku kerana anda sendiri tak kawal dan tak tahu apa yang sedang berlaku. Anda hilang kuasa untuk membuat keputusan bila berlaku masalah.
Bisnes vending machine boleh jadi pasif, tapi tetap perlukan tindakan aktif daripada anda — terutamanya pada peringkat awal dan apabila berlaku sebarang masalah. Kalau anda hanya mahu beli dan lepas tangan — anda mungkin terdedah pada risiko besar.
Jadi kalau anda pernah terfikir nak beli vending machine dan “semua bro tolong urus,” fikir semula – dan buat keputusan dengan ilmu dan realiti sebenar.
📌 Nak belajar lebih banyak tentang realiti bisnes vending machine?
👉 Layari: www.rakanvending.com
