Ramai Tak Tahu Cara Ni Boleh Dapatkan Mesin Vending Pertama dengan Murah

Mesin vending murah

Ramai orang tertarik dengan idea menjana pendapatan pasif melalui mesin vending. Tapi ramai juga yang sangka mereka perlukan modal besar — puluhan ribu ringgit — untuk mula. Hakikatnya, ada cara realistik untuk dapatkan mesin vending pertama anda dengan bajet kecil, asalkan anda tahu strategi yang betul.

✅ 1. Fahami Dulu Jenis Mesin Vending

Mesin Vending bukan sekadar yang jual air tin dan snek. Sekarang dah ada:

  • Mesin kerusi urut (passive income tinggi)

  • Mesin mainan capsule (sesuai untuk lokasi ramai kanak-kanak)

  • Mesin minuman panas (kopi, teh)

Bila anda tahu jenis mesin mana sesuai dengan bajet, lebih mudah buat pilihan bijak.

✅ 2. Beli Mesin Vending Murah dari Pemilik Lama

Ramai orang tak tahu, ada pemilik mesin vending yang nak jual mesin lama mereka dengan harga sangat murah. Ada yang serendah RM1,500 – RM3,000, bergantung kepada keadaan mesin dan lokasi.

Tips:

  • Cari di Mudah.my, Facebook Group atau Telegram Group

  • Pastikan tanya kenapa dijual

  • Tanya dan periksa sama ada mesin ada kerosakan

  • Datang tengok mesin dulu sebelum buat sebarang pembayaran

  • Kalau risau orang lain beli dulu, bincang untuk bayar sedikit wang booking dan tengok sendiri keadaan mesin

  • Jangan terus buat full payment — risiko sangat besar!

BONUS TIP: Kadang-kadang mesin tak ada masalah langsung, cuma pemilik tak cukup masa uruskan.

✅ 3. Jangan Takut Guna Mesin Vending Terpakai

Rule yang saya selalu pegang: mesin lama boleh rosak, mesin vending baru pun boleh rosak juga suatu hari nnt — jadi sama sahaja. Yang penting, macam mana kita nak handle kerosakan tu — cari solusi untuk belajar dan repair, tahu cara urus dan servis.

Mesin vending murah tak semestinya rosak. Ada banyak mesin terpakai yang masih power kalau diservis dengan betul.

Apa yang perlu diperiksa:

  • Sistem pembayaran (tunai/QR)

  • Sistem dalaman mesin vending (motor, wiring)

  • Kondisi fizikal — terutama untuk mesin air/snek, dan untuk mesin kerusi urut periksa keadaan kulit (leather) dan airbag

Kalau tak pasti, bawa orang yang pakar pasal mesin vending atau juruteknik berpengalaman yang anda kenal untuk periksa mesin terlebih dahulu. Anda juga boleh belajar servis mesin sendiri — ada banyak video di YouTube yang anda boleh tonton. Kalau anda nak servis mesin kerusi urut layan diri, anda boleh tengok di channel YouTube Rakan Vending

✅ 4. Guna Geran atau Pinjaman Mikro Usahawan

Beberapa agensi ada menawarkan geran atau pinjaman kecil untuk bantu usahawan:

  • TEKUN

  • Yayasan Peneraju

  • Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)

  • Platform crowdfunding (jika anda aktif media sosial)

Tak salah mohon, terutama jika anda serius nak jadikan mesin vending sebagai sumber pendapatan pasif jangka panjang.


Kesimpulan

Nak mula bisnes mesin vending tak semestinya kena keluarkan RM10,000 – RM30,000 terus. Ramai yang berjaya mula dengan modal kecil, tapi ilmu yang besar. Kuncinya ialah:

✅ Faham jenis mesin
✅ Bijak cari peluang beli murah
✅ Berani cari lokasi sendiri
✅ Tak takut belajar servis sendiri

Kalau anda serius nak mula dengan bajet kecil, banyak peluang yang terbuka — asalkan anda tak malas buat kajian.


📌 Nak belajar lebih banyak strategi mula bisnes mesin vending dengan bajet rendah?
👉 Layari: www.rakanvending.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top