Kenapa Beli Mesin Vending Sekali dengan Lokasi Boleh Jadi Mahal Gila dan Risiko Tinggi

beli vending machine + lokasi

Ramai orang ingat beli mesin vending sekali dengan lokasi adalah cara paling senang untuk mula. Tak perlu pening kepala nak cari tempat, tinggal tunggu kutipan. Tapi realitinya tak semudah itu.

Berikut ialah sebab kenapa anda perlu fikir dua kali sebelum beli pakej mesin + lokasi:


1. Harga ‘Pakej’ Selalunya Markup Tinggi

Peniaga tahu anda nak senang, jadi mereka ambil kesempatan. Contohnya:

  • Harga mesin RM9,000 + lokasi, tapi dijual RM30,000

  • Lokasi tak diuji pun lagi, tapi dijual sebagai “lokasi panas”

Anda bayar lebih untuk sesuatu yang belum tentu beri pulangan.


2. Lokasi Tidak Diuji (Tiada Bukti Jualan)

Paling bahaya bila lokasi tersebut belum pernah ada mesin — jadi tiada data jualan sebenar. Bila anda letak, baru tahu tempat tu tak sesuai.

  • Tiada orang guna

  • Laluan sempit

  • Saingan terlalu dekat

Akhirnya, mesin jadi gajah putih.


3. Tiada Jaminan dari Pihak Penjual

  • Bila anda beli pakej sekali dengan lokasi, pastikan ada perjanjian jelas

  • Banyak kes, lepas bayar, penjual “hilang” atau lepas tangan

  • Tiada servis lepas jualan, tiada bantuan jika mesin rosak atau lokasi bermasalah


4. Anda Tak Belajar Skill Paling Penting: Cari Lokasi

Kalau anda asyik harap orang carikan lokasi, sampai bila pun anda bergantung kepada pihak ketiga.

Dalam bisnes vending, skill cari lokasi adalah kemahiran paling penting.

Bila anda tahu sendiri cara:

  • Survey kawasan

  • Pitch kepada pemilik

  • Uji lokasi

…anda boleh bina bisnes vending yang tahan lama dan berkembang.


5. Risiko Berganda Bila Mesin + Lokasi Tak Perform

Kalau beli mesin sahaja dan tak perform, masih boleh pindah.

Tapi bila beli “sekali dengan lokasi”, anda akan:

  • Pening kepala macam nak mula semula bila nak cari lokasi baru sebab anda bermula dengan cara yang terlalu mudah

  • Duit dah keluar banyak

  • Nak alih pun tak tahu nak mula di mana sebab sebelum ini segala urusan diuruskan oleh pihak pembekal


Penutup: Fikir Bijak, Bertindak Dengan Ilmu

Beli mesin vending sekali dengan lokasi bukan salah — tapi mesti dibuat dengan penuh kajian dan bukti.

✅ Tanyalah: Ada data jualan? ✅ Boleh test dulu 1–2 minggu? ✅ Apa perjanjian & jaminan?

Jangan bayar mahal untuk shortcut yang belum tentu berhasil.

👉 Nak belajar cara cari lokasi vending yang betul dan terbukti?

Rujuk panduan kami: Strategi Pilih Lokasi Mesin Vending yang Buat Jualan Anda Meletup

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top