
Ramai orang tanya — macam mana sebenarnya nak mohon lokasi vending machine secara sah dan berkesan?
Tak cukup hanya “letak mesin dan harap jadi.” Anda perlu ikut proses yang betul untuk pastikan mesin anda selamat, sah, dan stabil menjana pendapatan.
Berikut ialah langkah demi langkah berdasarkan pengalaman sebenar kami letak lebih 70 unit mesin vending aktif di seluruh Lembah Klang.
✅ 1. Kenal Pasti Kawasan Atau Lokasi Vending Machine Berpotensi
Mulakan dengan membuat senarai kawasan yang mempunyai lalu lintas manusia yang konsisten, seperti:
Dobi layan diri 24 jam
Carwash
Masjid
Kedai makan
Klinik
Kedai gunting rambut
Asrama pekerja / pelajar
Pasar mini atau kedai runcit kecil
Pasar raya atau pusat beli-belah (shopping mall)
Fokus pada tempat yang orang biasa tunggu lama atau singgah dengan kerap.
✅ 2. Buat Lawatan atau Survey Lokasi Vending Machine Tersebut Secara Fizikal
Mesti pergi sendiri ke tempat tersebut. Lihat beberapa faktor penting:
Adakah tempat ini mudah diakses?
Ada ruang untuk letak mesin tanpa ganggu laluan?
Ramai orang lalu atau sekadar “tengok je”?
Ada vending machine lain dah wujud? (Saingan atau peluang?)
Sambil lawat, tangkap gambar kawasan dan perhatikan persekitaran — adakah lokasi berdekatan dengan kedai popular seperti MR.DIY, Speedmart, kedai RM2 atau carwash?
Lokasi vending machine yang dikelilingi premis tumpuan seperti ini biasanya mampu bantu tingkatkan potensi kutipan mesin vending anda.
✅ 3. Hubungi Pemilik atau Pengurus Lokasi
Gunakan WhatsApp atau panggilan telefon.
Tunjukkan niat anda secara sopan dan profesional. Contoh mesej:
“Assalamualaikum Tuan/Puan, saya jalankan bisnes mesin vending. Saya ingin mohon letakkan satu unit mesin untuk kemudahan pelanggan di kawasan ini. Boleh saya letak mesin vending di kawasan ini? Jika sesuai, saya boleh sediakan proposal supaya Tuan/Puan dapat gambaran lebih jelas.”
✅ 4. Hantar Gambar Mesin & Penerangan Ringkas
Jika mereka berminat, terus hantar:
Gambar sebenar mesin vending anda
Lokasi yang ingin dipohon
Jenis mesin (air, snek, kerusi urut, topup, dsb)
Saiz dan rupa bentuk mesin
Fungsi atau kelebihan mesin (cashless, urut 15 minit, dan lain-lain)
Ini penting supaya mereka dapat bayangkan mesin anda di premis mereka.
✅ 5. Sediakan Proposal Ringkas & Surat Permohonan Tapak
Antara kandungan yang perlu ada:
Tajuk & pengenalan ringkas
Gambar dan spesifikasi mesin
Manfaat kepada pengguna dan pemilik lokasi vending machine tu
Cadangan bentuk kerjasama (contoh: perkongsian hasil, sewa bulanan, atau percuma)
Maklumat syarikat atau individu yang bertanggungjawab
Simpan dalam PDF dan hantar melalui WhatsApp atau emel. Kami juga ada contoh proposal ringkas yang anda boleh muat turun — cari sahaja dalam laman web kami di RakanVending.com.
✅ 6. Follow Up Secara Profesional
Tunggu 1 ke 2 hari. Jika tiada respon dalam seminggu, buat follow-up dengan ayat mesra dan tidak mendesak.
Beri mereka masa untuk pertimbangan — banyak pemilik lokasi bukan tolak, tapi ambil masa untuk fikir, bincang dengan orang atasan atau bawa ke mesyuarat dalaman.
✅ 7. Jika Diterima, Letakkan Mesin & Pantau Hasil
Kebiasaannya, pemilik premis akan beri kebenaran secara lisan atau melalui WhatsApp seperti “boleh letak” — jadi anda boleh terus aturkan pemasangan mesin. Ada juga pemilik yang akan keluarkan surat kebenaran bertulis — simpan dokumen ini sebagai rujukan rasmi.
Antara perkara lain yang perlu diuruskan:
Kadang-kadang ada sesetengah lokasi vending machine perlu deposit untuk sewa — jadi pastikan anda sediakan duit lebihan untuk deposit sewa.
Jika anda belum beli mesin, ini masa yang sesuai untuk beli vending machine yang anda nak letakkan — kerana anda sudah setelkan bahagian paling penting iaitu lokasi.
Seterusnya, dah boleh atur transport untuk pemasangan.
Pantau jualan dan respons pengguna
Jaga servis & pastikan mesin sentiasa berfungsi
Kekalkan komunikasi baik dengan pemilik lokas
Penutup: Lokasi Vending Machine Tak Datang Sendiri — Anda Perlu Bertindak
Nak mesin vending beri hasil setiap minggu tanpa gagal? Ia bermula dengan lokasi.
Lokasi yang stabil + servis yang konsisten = pendapatan pasif jangka panjang.
Jangan tunggu. Mulakan langkah pertama hari ini.
👉 Layari www.RakanVending.com untuk bantuan & bimbingan.
Terima kasih atas perkongsian,guide yg sgt berguna utk mohon lokasi. Insya Allah nnt sy cuba.Tak sabar nk start bisnes vending ni
Sama2 Insya Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Saya dah ada vending machine tapi masih mencari tempat untuk diletakkan di area sepang .
Jangan risau, Shafiqa
Memang cabaran paling besar dalam bisnes vending machine ialah cari lokasi yang strategik, tapi percayalah… setiap vending machine ada rezeki dan tempatnya. Kadang-kadang proses ni ambil masa sikit, tapi bila jumpa lokasi yang betul, vending machine boleh jadi mesin duit tanpa henti.
Teruskan usaha,guna tips yang saya kongsikan. Saya sangat yakin kalau dalam 10 lokasi yg shafiqa approach, Insya Allah mesti lekat satu. Teruskan follow-up, dan jangan mudah give up. Sepang ni kawasan yang besar byk hotspot area terutama area kota warisan sana, peluang tu sentiasa ada. Yang penting, jangan berhenti bergerak – rezeki datang bila kita terus usaha.