
Kalau anda baru masuk dalam bisnes vending machine, besar kemungkinan anda pernah tanya (atau terfikir nak tanya):
“Bro, boleh tolong carikan lokasi untuk mesin vending saya tak?”
Dan anda bukan keseorangan — ini adalah antara soalan paling popular yang kami terima sejak hari pertama mulakan bisnes ini.
1. Kenapa Semua Orang Nak ‘Lokasi Siap’
Jawapan mudah: sebab cari lokasi itu tak senang, makan masa, dan kadang-kadang… memenatkan!
Ramai orang lebih suka:
Fokus beli mesin
Terima terus lokasi tanpa perlu cari
Dapat income tanpa perlu runding atau “pujuk” pemilik tempat
Tapi, adakah pendekatan ini selamat? Belum tentu.
2. Risiko Bila Terlalu Bergantung Pada Pakej ‘Lokasi Siap’
Kami pernah jumpa ramai pembeli mesin yang:
Beli mesin mahal sekali dengan lokasi
Tapi lepas 1 bulan, lokasi sunyi & tak beri hasil
Atau lebih teruk, kena halau dari lokasi
Sebab apa?
Lokasi tu tak diuji betul-betul
Tiada jaminan trafik pengguna sebenar
Tiada kontrak jelas dengan pemilik premis
Lokasi vending machine yang dibeli ‘sekali pakej’ tanpa semakan sebenar sangat berisiko.
3. Realitinya: Cari Lokasi Memang Cabaran Besar – Tapi Berbaloi
Ya, kami akui — cari lokasi bukan kerja mudah.
Perlu:
Keluar jumpa orang
Tahu bercakap dengan pemilik kedai atau bangunan
Tahu lokasi mana yang sesuai ikut jenis mesin
Tapi bila anda dapat lokasi vending machine yang betul, hasilnya sangat berbaloi.
Satu lokasi baik boleh beri:
✅ Jualan konsisten
✅ Pendapatan pasif bertahun-tahun
✅ Peluang tambah mesin lain di lokasi sama
4. Cara Kami Cari Lokasi Vending Machine Dulu
Masa mula dulu, kami:
Survey kawasan sendiri — dobi, carwash, masjid
Jika dah jumpa lokasi yang sesuai, kami akan hubungi pemilik melalui panggilan atau WhatsApp untuk sampaikan hajat kami nak letakkan mesin vending untuk kegunaan orang ramai di kawasan tersebut
Jika ada respon positif, kami buat pitch ringkas dan tunjuk gambar mesin melalui WhatsApp supaya mereka lebih mudah faham konsep
Sediakan proposal ringkas dan surat permohonan tapak, kemudian hantar secara soft copy kepada pemilik premis
Follow up guna WhatsApp untuk tahu status permohonan dan tindakan seterusnya
Letak dulu satu mesin, dan pantau hasilnya secara berkala
Dari situlah kami belajar:
Lokasi vending machine yang anda sendiri pilih dan uji jauh lebih stabil daripada lokasi beli ‘siap-pasang’.
5. Mahu Bisnes Bertahan? Kawal Lokasi Anda Sendiri
Kalau anda betul-betul serius nak berjaya dalam bisnes vending machine, jangan bergantung 100% pada orang lain untuk cari lokasi.
Lokasi yang anda sendiri cari dan kawal, akan jadi aset yang hasilkan pendapatan paling stabil.
Dan jangan risau — kemahiran cari lokasi ni boleh diasah.
Yang penting: mula sekarang, buat satu demi satu.
6. Nak Tolong? Boleh, Tapi Ini Pendekatan Kami
Ya, kami sedia bantu — tapi bukan dengan cara “janji lokasi power”.
Sebaliknya, kami:
Tunjuk strategi dan teknik cari lokasi yang betul
Kongsikan pengalaman dan tips rundingan dengan pemilik premis
Tawarkan panduan percuma & bengkel jika perlu
👉 Anda boleh mula dengan panduan ini:
Strategi Pilih Lokasi Mesin Vending yang Buat Jualan Anda Meletup
