
Ramai orang fikir pengurusan mesin vending hanya tentang kutipan dan maintenance. Tapi kalau anda nak kekal lama dalam bisnes ni, ada satu lagi komponen penting:
π Urus duit dan urus stok.
Tanpa pengurusan yang betul, duit hilang entah ke mana, stok selalu habis, dan bisnes jadi kelam-kabut.
Jom saya kongsikan asas penting yang saya sendiri guna untuk urus 70+ unit vending machine saya.
β 1. Rekod Kutipan Dengan Sistem
Setiap kali anda kutip duit dari mesin:
Catat jumlah kutipan tunai
Catat tarikh kutipan
Simpan dalam fail Google Sheets atau Excel
Tujuannya:
Tahu mesin mana perform atau tidak
Elak kes duit hilang atau tak cukup
Ada rekod bila audit atau nak bagi laporan ke pemilik lokasi
β 2. Pecah Duit Kutipan Ikut Tujuan
Jangan campur semua kutipan vending dengan duit harian anda. Pisahkan kutipan vending kepada:
Kos operasi (minyak, tol, alat ganti)
Bayaran sewa lokasi
Simpanan / reinvest beli mesin baru
Gaji staff (jika ada)
Gunakan akaun bank bisnes khas untuk vending supaya aliran tunai lebih jelas.
β 3. Pantau Stok & Barang Guna Habis
Untuk vending jenis minuman, makanan, sabun β pastikan anda:
Tahu barang mana paling laku
Tahu bila kena restock
Tahu bila expiry date
Guna sistem ringkas:
Guna borang checklist semasa restock
Atau guna Google Form untuk staff isi semasa refill
Boleh juga pakai sistem POS atau inventory tracker
β 4. Simpan Alat Ganti & Barang Standby
Contoh alat ganti penting:
Motor
Note accepter
Transformer
Kabel & fuse
Untuk barang jualan:
Simpan stok untuk 2β4 minggu ke hadapan
Buat jadual belian borong supaya lebih jimat
β 5. Audit & Semak Secara Berkala
Sekali sebulan atau 2 minggu sekali:
Semak jumlah kutipan vs prestasi lokasi
Semak stok: mana barang habis cepat, mana slow
Kira semula kos & keuntungan bersih
Gunakan laporan ni untuk:
Rancang tambah mesin
Tukar produk
Atau terminate lokasi tak perform
Penutup
Jangan hanya fokus pada βduit kutipanβ sahaja. Kalau anda urus duit dan stok vending machine dengan baik, anda:
Kurang stress
Dapat pulangan lebih konsisten
Mudah scale-up dengan lebih banyak mesin
π Nak belajar lebih banyak tips realistik dan sistem urus vending? Layari www.RakanVending.com
Β
