
“Macam mana nak jaga 70 unit vending machine — kadang-kadang 4, 5 unit pun dah pening kepala.”
Soalan ni selalu saya dapat — dan jujurnya, saya faham kenapa orang risau.
Uruskan satu-dua vending machine mungkin nampak mudah. Tapi bila masuk ke angka puluhan, macam saya sekarang, 70 unit kerusi urut vending machine aktif di seluruh Lembah Klang — ia bukan lagi sekadar bisnes kecil. Ia satu sistem yang perlu diurus dengan bijak.
Dalam artikel ni, saya akan kongsi rahsia sebenar bagaimana saya berjaya urus dan kekalkan lebih 70 unit kerusi urut vending machine selama lebih 10 tahun, dalam keadaan yang terkawal dan teratur. Ini bukan kisah teori — ini pengalaman sebenar saya.
✅ 1. Pilih Lokasi Yang Dekat & ‘Senang Jaga’
Lebih 70% masalah maintenance dapat dikurangkan kalau letak vending macine di lokasi yang berdekatan dengan tempat kita tinggal.
Ciri-ciri utama lokasi yang saya pilih:
Saya pilih lokasi yang strategik seperti yang saya terangkan dalam artikel Strategi Pilih Lokasi Mesin Vending.
Berbumbung dan ada kawalan keselamatan: Kurang risiko vandalisme dan lebih terjaga.
Mudah akses: Mudah untuk kita datang tengok dan masuk, serta senang untuk vending machine dibawa masuk dan keluar — incase perlu buat maintenance atau relocate vending machine anda.
Dekat dengan rumah atau dalam laluan harian: Jimat masa, minyak, dan tenaga.
Contohnya, saya target hanya lokasi dalam kawasan sekitar Lembah Klang. Itu lebih baik berbanding letak vending di seluruh Semenanjung — kecuali kalau anda ada team maintenance yang benar-benar solid dan boleh diharap.
✅ 2. Ada Sistem Kutipan & Servis Yang Konsisten
Ramai orang gagal bila mereka main redah je, kutip ikut mood atau hanya pergi bila vending machine rosak. Saya tak buat macam tu.
Saya:
Susun jadual kutipan ikut zon (contoh: Isnin – Shah Alam, Selasa – Bangi).
Gunakan sistem Google Sheets, Excel dan yang terbaru sistem IoT untuk track koleksi secara lebih real-time dan teratur.
Pantau secara berkala. Macam saya, setiap minggu saya akan check keadaan kerusi — kalau ada yang rosak, saya akan ambil tindakan segera untuk baiki.
Untuk lokasi yang perlu dipantau lebih kerap, saya akan pastikan tiada gangguan seperti duit syiling tersangkut, note accepter tersekat, vending machine kotor, atau lokasi jadi sempit kerana dihalang barang lain.
Semua ni saya pantau sendiri untuk pastikan servis terbaik kepada pelanggan.

✅ 3. Saya Belajar Baiki Sendiri
Saya sedar, tak semua masalah vending machine perlu tunggu orang datang baiki. Bila kita urus banyak vending machine, lebih baik kita sendiri tahu asas-asas pembaikan. Saya ambil masa belajar troubleshoot kerosakan biasa — seperti motor tersekat, note accepter bermasalah dan sebagainya.
Waktu awal-awal dulu, saya tak tahu langsung pasal maintenance vending machine, sejujurnya — walaupun saya belajar engineering. Tapi saya ambil inisiatif untuk pergi tengok sendiri, cuba faham dan cari solusi satu-satu.
Selepas 10 tahun, sekarang bila saya dengar je kerosakan dari customer — saya dah tahu dah puncanya dan terus tahu nak buat apa. Sampai tahap tu pengalaman bantu saya jimat masa dan kekal tenang bila berlaku kerosakan. Bila nampak ada kerosakan kecil, saya terus ambil tindakan.
Ini bukan saja jimat kos, tapi juga bantu jaga hubungan baik dengan pemilik lokasi. Pemilik lokasi pun lebih yakin sebab mereka tahu saya tak lepas tangan bila ada masalah. Ramai pemilik lokasi yang rekomen lokasi baru kepada saya sebab mereka puas hati dengan servis saya.
✅ 4. Guna Teknologi Sebaik Mungkin
Antara sebab saya boleh urus banyak unit tanpa tekanan: saya automasikan apa yang boleh.
Contoh:
Guna kamera CCTV mini di beberapa lokasi strategik.
Gunakan QR code payment system yang hantar notifikasi terus ke phone.
Sistem ticketing WhatsApp untuk pelanggan buat aduan — automatik masuk ke dashboard.
Saya tak tunggu semua jadi “perfect”, tapi saya pastikan semua mudah dipantau walau dari jauh.
✅ 5. Simpan Alat Ganti & Servis Sendiri
Saya akan pastikan segala alat ganti — terutama yang menyebabkan vending mahcine tak boleh berfungsi — sentiasa ada dalam stok yang mencukupi. Bila kita dah lama urus vending machine, kita akan tahu berapa unit alat ganti perlu kita simpan sebagai persediaan.
Saya simpan stok spare part macam:
Motor
Bill accepter (unit tambahan)
PCB (board control)
Transformer
Ini semua saya standby awal untuk bersedia dengan sebarang kerosakan yang bakal berlaku. Dengan pengalaman bertahun-tahun, saya dah boleh agak alat mana yang selalu rosak dan perlu ditukar. Jadi tak adalah vending machine tersadai lama bila ada masalah.

✅ 6. Latih Team & Delegate Kerja
Masa awal-awal, saya memang buat semua sendiri. Tapi bila vending machine dah banyak, saya latih orang kepercayaan untuk tolong kutipan, servis, dan pantau lokasi.
Latihan termasuk:
Cara buka vending machine dengan selamat.
Prosedur kira duit dan masukkan dalam beg kutipan.
Tangani isu pelanggan (contoh: vending machine tak berfungsi, refund).
Sebelum nak delegate kerja kepada orang lain, kena hati-hati. Pastikan kita dah siapkan satu SOP lengkap untuk setiap proses — daripada kutipan, servis hingga komunikasi dengan pemilik lokasi.
Bila SOP dah jelas, barulah kita boleh monitor staf dan pastikan semua ikut garis panduan yang ditetapkan. Ini penting untuk elak isu besar seperti kecurian atau salah guna kuasa.
Bila ada team yang boleh diharap dan ikut SOP, barulah saya boleh lebih fokus kepada strategi dan kembangkan bisnes, bukan hanya padam api masalah setiap hari.
✅ 7. Sabar, Konsisten & Fikiran Jangka Panjang
10 tahun bukan sekejap.
Ada masa vending machine rosak. Ada masa lokasi kena tutup. Ada masa untung kurang.
Tapi saya percaya:
“Sabar & konsisten akan kalahkan siapa yang terlalu gopoh.”
Ramai orang gagal sebab terlalu cepat nak rasa hasil. Bila mereka tengok kutipan tak banyak lepas 2-3 bulan, terus give up.
Saya pula upgrade sikit-sikit:
Dulu ada 1 vending machine → sekarang 70+
Dulu manual kutip duit → sekarang ada QR + bank-in terus
Dulu sorang-sorang → sekarang ada team
Penutup: Kalau Saya Boleh, Anda Pun Boleh
Saya bukan orang teknikal pun pada awalnya. Tapi saya belajar, buat dan terus konsisten.
Urus 70 unit kerusi urut vending machine bukan mustahil — dengan strategi yang betul, mindset yang kuat, dan sistem yang teratur.
Kalau anda baru nak mula, ingat: 📌 Fokus pada asas yang kukuh 📌 Jangan kejar kuantiti sebelum mahir urus kualiti 📌 Dan paling penting — buat dengan niat yang betul
📢 Nak tahu lebih banyak tips & strategi tentang bisnes vending machine?
Layari RakanVending.com untuk lebih banyak ilmu praktikal dan info untuk bantu anda buat bisnes vending machine dengan baik!

Pingback: Tips Servis Mesin Vending Supaya Sentiasa Lancar & Menguntungkan - Fahzal Shahrel