
Nak ada pendapatan kedua tanpa perlu berhenti kerja atau ganggu masa keluarga? Bisnes mesin vending boleh jadi pilihan terbaik untuk anda.
Kalau anda seorang yang bekerja sepenuh masa, masa memang sangat terhad — balik kerja dah malam, kena urus anak dan keluarga pula. Gaji pula cukup-cukup makan. Nak berniaga buka gerai atau kedai, kos tinggi dan masa pula banyak habis. Bila nak rehat?
Sebab itu ramai yang mula cari bisnes yang tak ganggu kerja sedia ada, dan mesin vending adalah salah satu pilihan paling logik.
Dengan strategi yang betul, anda boleh jana pendapatan pasif setiap bulan walaupun masih bekerja sepenuh masa. Ramai pengusaha mesin vending bermula secara part-time dan berjaya kembangkan pendapatan hingga empat angka sebulan.
Kenapa Mesin Vending Sesuai Untuk Part-Timer?
Operasi automatik 24 jam — tak perlu anda jaga kedai atau tunggu pelanggan
Urusan isian & servis boleh dijadual — hanya perlu 1–2 kali seminggu
Ada apps untuk pantau jualan — tak perlu sentiasa berada di lokasi
Boleh mula dengan satu mesin dulu — risikonya rendah dan mudah dikawal
Jenis Mesin Yang Mudah Diurus
Untuk permulaan yang fleksibel, fokus pada mesin seperti:
Mesin air tin/botol – tahan lasak, mudah refill, sentiasa ada permintaan
Mesin snek/jajan – sesuai untuk sekolah, kilang, tempat kerja
Mesin kerusi urut – tak perlu isi stok, hanya servis berkala
Ketiga-tiga jenis ini sangat sesuai untuk yang sibuk bekerja.
Lokasi: Pilih Yang Dekat & Mudah Akses
Tip penting:
Pilih lokasi berdekatan rumah atau tempat kerja
Cari lokasi yang boleh dilawati waktu rehat atau hujung minggu
Elakkan lokasi yang jauh atau trafik terlalu sesak
Contoh lokasi: apartment, pejabat, sekolah, universiti, masjid, hotel
Jadualkan Pengurusan Dengan Teratur
Walaupun mesin vending berjalan sendiri, anda tetap perlu:
Semak stok & hasil jualan (guna apps)
Isi semula air/snack setiap 3–7 hari
Servis teknikal jika ada masalah (boleh belajar sendiri atau guna vendor)
Dengan jadual yang teratur, semua ini boleh siap dalam 1–2 jam seminggu.
💡 Penutup
Tak perlu tunggu kaya baru mula bisnes. Anda boleh mula buat duit tepi dengan mesin vending sambil teruskan kerja harian seperti biasa. Mesin pun boleh dicari mengikut bajet — tak semestinya perlu mula besar, yang penting mula sekarang.
👉 Nak tahu jenis mesin terbaik ikut bajet dan masa anda? Layari rakanvending.com untuk bantuan & panduan lengkap.

Saya nak cuba business ni
Alhamdulillah Amirah, bagus tu! Bisnes vending ni memang ada potensi kalau tahu cara yang betul. Jangan risau, saya akan terus kongsikan ilmu & pengalaman di blog ni. Kalau nak mula, boleh juga layari http://www.rakanvending.com untuk info lanjut