
amai orang tanya saya, “Apa saya kena tahu dulu sebelum mula bisnes vending machine?”
Jawapan saya ringkas tapi penting — dua perkara asas ini akan tentukan sama ada anda:
Buat keputusan bijak, atau
Rugi ribu-ribu sebab tersalah langkah.
Nak tahu apa dua perkara asas tu?
✅ 1. Jenis Vending Machine Yang Sesuai
Sebelum beli mana-mana vending machine, anda kena tahu ada pelbagai jenis mesin. Contohnya:
Kerusi urut layan diri
Mesin air tin atau botol
Mesin snek atau makanan ringan
Mesin layan diri kopi atau minuman panas
Mesin mainan (toy capsule)
Mesin RO water refill
Mesin sabun atau keperluan harian
dan banyak lagi
Setiap jenis ada kelebihan dan kekurangannya:
Kos permulaan
Keuntungan margin
Kos penyelenggaraan
Masa dan komitmen yang anda boleh berikan (ada mesin perlu dipantau setiap 2 hari, seminggu sekali, atau 2 minggu sekali)
Kesesuaian lokasi dan target market customer anda
Contohnya, kerusi urut layan diri sesuai untuk tempat orang tunggu lama (pusat servis, carwash,dobi layan diri, terminal). Tapi ia perlukan lebih penyelenggaraan berbanding mesin air tin.
👉 Jadi, buat kajian dulu. Tanya diri:
Siapa sasaran pelanggan saya?
Saya sanggup urus mesin jenis apa?
Berapa bajet saya untuk permulaan?
Berapa banyak masa yang saya boleh luangkan untuk jaga mesin?
Saya boleh tak komited untuk maintain mesin ni secara konsisten?
✅ 2. Lokasi Yang Betul
Lokasi boleh jadi faktor paling penting dalam kejayaan bisnes vending machine. Mesin paling canggih pun boleh tak dapat kutipan kalau lokasi tak sesuai.
Ciri lokasi yang bagus:
Ramai orang lalu atau tunggu lama
Selamat, terang dan mudah akses
Ada kerjasama baik dengan pemilik lokasi
Contoh lokasi terbaik:
Klinik atau hospital
Pusat servis kereta
Kolej, universiti atau asrama
Kawasan apartment yang ramai orang
Tempat kerja atau kilang
👉 Biasanya saya akan buat site visit beberapa kali untuk kita betul-betul nampak potensi di lokasi tu. Saya akan tangkap gambar, buat pemerhatian, dan tanya orang-orang yang memang sentiasa berada di situ. Dari situ barulah kita boleh buat keputusan yang terbaik — buat penilaian ikut potensi trafik & kesesuaian mesin.
Penutup
Kalau anda serius nak mula bisnes vending machine — fahami betul-betul dua asas ni dulu:
Pilih jenis mesin yang sesuai dengan bajet, kemampuan & minat anda.
Dapatkan lokasi yang strategik, mudah dijaga dan berpotensi tinggi.
Dua keputusan awal ni akan tentukan arah bisnes anda nanti.
Nak belajar lebih lanjut dari pengalaman sebenar? 👉 Layari RakanVending.com untuk ilmu & strategi bisnes vending machine yang praktikal.
Jangan buat keputusan tergesa-gesa — buat keputusan bijak.
Kalau anda mulakan dengan asas yang betul, insyaAllah hasilnya pun akan lebih stabil dan lumayan!